KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, August 1, 2011

"TAKUT NAK BERCINTA LAGI"

MENARIK:


Credit Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

"Saya Takut Nak Bercinta Lagi"

Saya baru sempat baca suratkhabar Metro tadi. Terbaca satu luahan hati seorang perempuan yang takut untuk bercinta lagi sebab pernah dikecewakan sebelum ini. Bila dia berkawan dengan seorang lelaki dan tiba-tiba terasa jatuh cinta, dia terus nafikan perasaan dia. Dia sangat takut untuk kecewa lagi. Dia takut ditipu lagi. Dia macam bina satu dinding besar untuk halang diri dia bercinta lagi. Dia mengaku dia tempek muka dia dengan senyuman tapi dalam hati sunyi dan sedih.

Kenapa perkara ni berlaku ye? Salah lelaki saja ke? Salah perempuan saja ke? Atau salah kedua-dua sekali? Macam biasa, pendapat saya je, tak ada salah siapa-siapa sebab kita hanya manusia. Kita akan sentiasa buat salah. Tapi, kita akan cuba untuk tak ulang kesalahan yang sama.

Saya baca gak jawapan yang dorang berikan untuk permasalahan ni. Memang ada betulnya. Antara yang dorang jawab adalah daripada membina dinding menghalang cinta, lebih baik dibina satu jambatan menghubungkan dua hati. Dan apa yang lepas, jangan dikenang dan mulakan cinta yang baru. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kita takut nak bercinta semula sebab kita takut dikecewakan dan ditipu lagi.

Saya setuju dengan statement "Cinta itu satu risiko". Bila kita bercinta, kita ambil risiko sama ada kita akan kecewa atau bahagia. Oleh itu, dorang kata buka hati untuk terima cinta yang baru sebab antara semua cinta kita terima, mungkin salah satunya cinta sebenar kita.

Cinta juga adalah anugerah daripada Allah. Kenapa perlu kita membina dinding dan menyeksa diri untuk menerima cinta. Ya, semua orang takut dikecewakan dan ditipu. Menurut dorang, nak kurangkan risiko dikecewakan atau ditipu, hargailah diri korang sendiri. Bila korang hargai diri korang, korang akan nampak apabila si dia cuba nak menipu dan bagai-bagai.

Ini daripada apa yang saya baca dan faham. Saya baca ada sebabnya. Sebabnya saya pun menghadapi perkara yang sama. Hahaha... Kantoi sudah. Tapi saya kan still ada kawan-kawan. So? WTH.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. hehe.
    rakan blogger ramai je. jgn risau

    selamat berpuasa ^__^

    ReplyDelete
  2. yg pntg dripada bercinta lebih baik membina mahligai..incya-Allah lagi indah cinta tersebut

    ReplyDelete
  3. saya juga takut untuk bercinta lagi... tapi saya percaya satu saja... jika betul itu jodoh saya, and jika betul Allah ingin pertemukan saya dengan dia, saya binalah dinding setebal and setinggi mana pon... Allah akan tetap pertemukan saya dengan dia.. sekarang saya hanya berserah dan yakin dengan segala ketentuan Allah...:) huhu... sekadar pemikiran saya...

    ReplyDelete
  4. jangan takut bercinta...bukalah lorong untuk menemui cinta sebenar...wahh cam pakar motivasi lah plak..haha..

    ReplyDelete
  5. hmm jangan takut bercinta. huhuhu.


    tea bercinta tapi tak percaya lelaki. boleh kan gitu? ^^,

    ReplyDelete
  6. same goes to me..
    sangat takut utk bercinte lagi..
    tak tau knp..cume skang ni berserah semuanye kpd Allah..yakin dengan jodoh yg Allah tentukan

    ReplyDelete
  7. saya pon rasa cm tue gak...

    kdg2 bnci ngan laki nie...tp xsmua la...

    ReplyDelete
  8. huhuhu....yahooo...x prnh bercinta pun sblm ni..so x prnh rasa lah camne org bercinta....mesti seksa kan???

    ReplyDelete