KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, August 19, 2011

"MAAF. SAYA BUKAN ORANG LAIN"


Ever feel like you need a genie to make your wishes come true?

Get addicted gaming to win your share of RM25,000!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi saya drive ke bank untuk bank in kan hasil jabatan. Alang-alang dah keluar, saya terus tukar tayar belakang saya yang bunganya dah terhakis dan buat alignment sikit. Terbang la sikit duit. Pastu, baru ke Maybank di Hutan Melintang.

Saya terus ke mesin ATM sebab nak keluar sikit duit. Kemudian saya ke kaunter pertanyaan untuk ambil slip borang masuk duit ke dalam Akaun Emas saya. Petugas perempuan kat kaunter pertanyaan tu tiba-tiba tanya saya:

"Nak masukkan lagi? Semua orang keluarkan sebab nak raya ni"

Saya cuma senyum dan jawab.

"Maaf. Saya bukan orang lain"

Pastu terus ambil nombor giliran dan naik ke tingkat atas untuk urus niaga. Duduk kejap, nombor giliran saya pun dipanggil.

Pergi ke kaunter, bank in hasil jabatan dan berikan buku Akaun Emas saya untuk tambah 1 gram lagi.

"Emas mahal la sekarang. Tunggu emas turun la baru tambah"

"Takpe. Nanti lama-lama naik gak. Tak rugi pun. Lagipun saya dah tetapkan setiap kali gaji dan apa saja elaun saya dapat, saya akan masukkan sekurang-kurangnya 1 gram emas dalam Akaun Emas Maybank saya ni"

"Owh"

Saya memang pelik sikit. Masa orang keluarkan duit, saya pergi menyimpan. Tapi saya lebih suka simpan dalam bentuk emas sebab terjamin. Actually, Akaun Emas Maybank saya tu saya reserve untuk urusan kahwin saya bila dah ada jodoh. Tak nak last minit baru nak kumpul duit. Lagipun, kalau nak ikutkan mahal emas ni, sampai bila pun saya takkan beli.

Dulu orang cakap emas mahal.
Sekarang orang cakap emas mahal.
Masa depan pasti orang akan cakap emas mahal.

Betul tak?
Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

9 comments:

  1. wah hbt.. btl3... dpt jodoh trus kawin xpyh pk2 ag hiihihihihihi :)

    ReplyDelete
  2. salam jumaat... sy tag ni k :-)

    http://putributterflypunyablog.blogspot.com/2011/08/saya-mahu-duit-syiling-malaysia-siri.html

    ReplyDelete
  3. cara menabung yang sangat efektif....boleh di praktikkan juga bila da keje nanti neh...hehehhhehehee...biar org kate kite pelik...yang penting kita buat untuk masa depan...

    ReplyDelete
  4. ha btul setuju sgt. dlm quran pun ada sbut ttg emas, mana ada sebut simpan ringgit ka dollar ka...hrga emas akan ttp naik dan naik.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum....sikit sikit lama lama jadi bukit...tq

    ReplyDelete
  6. teringin lah nak simpan emas jugak..heheh

    ReplyDelete
  7. wah bgusnya suka menyimpan n melabur bkn cam ak yg boros ni!

    ReplyDelete