Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, June 30, 2011

MACAM-MACAM RAGAM...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Cuba korang tengok orang-orang kat sekeliling korang? Korang mesti nampak macam-macam ragam manusia ni.

Kadang-kadang bila saya tengok dorang, ada masa rasa nak tergelak dam ada masa rasa bengang. Huhu...

Disebabkan saya duduk dan bekerja di kampung, dekat pula dengan laut, saya selalu gak jumpa nelayan, petani, buruh ladang dan macam-macam lagi. Kadang-kadang ada jumpa cikgu sekolah, pegawai bank, polis dan lain-lain.

Setiap orang saya jumpa ada ragam yang berbeza. Ada perangai berbeza. Pada pendapat saya, mungkin disebabkan latar belakang pendidikan dorang dan pendedahan dorang dengan orang selain rakan-rakan dorang.

So, cara dorang respon pun berbeza. Macam-macam respon saya pernah kena. Huhu...

Apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

TIKAM BELAKANG...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua

Korang pernah kena tikam belakang tak? Saya mengaku saya pernah sampai saya susah nak percayakan orang lain. Memang terasa dan sakitnya memang tak terkata. Tambahan orang tu adalah orang kita paling percaya.

Tikam belakang ni berlaku sebab ada perasaan hasad dengki dan tamak haloba. Ada yang sanggup tikam belakang kawan baik sendiri untuk ke jawatan yang lebih tinggi.

Terfikir gak saya, apa dorang rasa masa menikam belakang kawan baik dorang? Seronok?

Korang rasa la apa dorang rasa sebenarnya?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

INDAHNYA ...

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pagi ini saya keluar minum di kedai mamak dekat pejabat saya. Selalunya saya hanya fokus untuk minum dan masuk kerja semula. Tapi hari ini saya rasakan kelainan.  Walaupun dekat tapi saya kena drive sebab kalau nak jalan kaki, memang agak memenatkan. Huhu...

Sambil drive tu, saya terpandang pokok-pokok dan langit yang cerah. Indahnya suasana di pagi hari. Saya bekerja di kawasan kampung dan permandangan macam ini sepatutnya selalu saya tengok tapi disebabkan saya ni workaholic atau gila kerja, so, saya tak ambil kisah sangat dengan perkara-perkara begini.

Bila saya tengok langit yang cerah, hati saya jadi lapang. Pokok-pokok menyejukkan mata yang memandang. Dunia ini betul-betul indah sebab gabungan warna yang paling sesuai. Contohnya, batang pokok yang berwarna coklat dengan dedaunan yang berwarna hijau.

So, sesape yang tengah stress tu, keluar rumah atau pejabat sekejap, tengok langit dan pokok-pokok yang ada kat sekeliling korang. Insya Allah, hati korang akan tenang.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, June 29, 2011

SUBSIDI PETROL...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi mengisi minyak di Stesen Minyak Shell di Selekoh, Perak. Ternampak satu maklumat yang dilekatkan berkenaan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.

Terfikir saya, Kerajaan betul-betul dah takde duit ke? Terfikir gak saya kalau tiba-tiba Kerajaan tarik subsidi dan rakyat kena tanggung kos petrol seratus peratus, macam mana respon rakyat nanti?

Tadi saya tengok untuk Petrol RON 95, harga selepas subsidi ialah RM1.90 seliter. Subsidi ditanggung oleh Kerajaan ialah RM0.80 seliter. Kalau Kerajaan tarik subsidi tu semua, rakyat kena bayar untuk seliter petrol RON 95 sebanyak RM2.70.

Masa tu, confirm harga barang semua akan naik. Huhu... Tak dapat bayangkan dengan gaji sekarang nak survive.

Apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

AKIBAT SALAH FAHAM...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini saya nak ceritakan pendapat saya salah faham. Bagi salah faham sangat bahaya. Sebab pe ye? Sebab salah boleh sebabkan pergaduhan dan juga kadang-kadang peperangan.

Kita dalam skop yang lebih kecil akibat salah faham ni. Salah faham antara suami dan isteri boleh akibatkan perceraian. Salah faham antara adik beradik boleh akibatkan putus saudara. Salah faham antara sahabat boleh akibatkan putus sahabat.

Itu saya hanya ceritakan mengenai akibat salam faham dalam skop yang kecil saja. Kalau melibatkan skop besar, saya rasa korang pun boleh agak apa yang akan berlaku.

Penyebab salam faham ini banyak. Antaranya niat untuk melagakan kawan baik, hasad dengki dengan kebahagiaan orang lain, rasa tidak percaya dengan pasangan, menghasut dengan fitnah dan macam-macam-macam lagi. Saya rasa korang pun boleh senaraikan.

Macam mana nak elakkan salah faham? Bagi saya, kita kena percaya kepada pasangan kita, kalau kita terdengar cerita tak baik mengenai orang lain, kita cuba siasat dulu, jangan terus serang je.

Entry ni cuma luahan pendapat saya. Kalau korang ada pendapat lain, share la. Huhu...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

JANGAN KAU TIPU AKU !

Korang nak join, klik SINI.

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saja nak join segmen Abang Ben yang best ni. Huhu...

Eloklah untuk penipu macam saya (saya ni penipu ke? konfius..). Hahaha... Gurau je k?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

KENAPA BLOGGING? KENAPA TAK ...

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak korang bertanya pada diri sendiri ataupun orang tanya korang ditanya kenapa blogging? Kenapa kita berblogging? Kalau nak menyampaikan maklumat, kita kan dah ada facebook dan twitter. Lagi cepat maklumat kita sampai kepada rakan-rakan kita.  Kenapa perlu susahkan diri untuk buat template cantik-cantik, tulis dan updated entry setiap hari?

Saya ramai pernah ditanya atau bertanya mengenai soalan ini. Saya blogging sebab pada mula-mulanya dulu, saya mengejar duit semata-mata. Ya, saya mengaku. Sekarang? Sekarang saya masih lagi mengejar duit tapi pada masa yang sama saya enjoy berblogging. Saya akan jadi sangat seronok bila ada orang baca dan komen entry saya. Suatu ketika dulu, saya terasa macam terpaksa untuk berblogging sebab terlalu fokus untuk buat duit lebih dengan blog.

Selepas itu, kerana fokus saya dah salah, saya abaikan blog saya ini dan pada suatu hari, saya teringin nak buka blog saya semula dan mulakan semula. Pada masa itu, saya tetapkan matlamat baru saya iaitu saya nak duit lebih dan saya nak enjoy blogging. Lepas saya tetapkan matlamat tu, saya mula terasa keseronokan berblogging. Saya jumpa ramai kawan-kawan baru.

Kepada semua rakan-rakan blogger, saya harap kita akan jadi rakan blogger yang kekal. Terima kasih semua.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 28, 2011

CEMBURU...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya yakin semua orang ada perasaan cemburu. Kalau seseorang tu takde perasaan cemburu tu, maknanya dia masalah. Dicadangkan berjumpa denga doktor pakar psikologi.

Kadang- kadang cuba sembunyikan perasaan cemburu kita tu. Sebabnya? Bergantung setiap individu dan situasi. Kita kena faham, setiap situasi yang berbeza akan menghasilkan sebab yang berbeza.

Ada juga yang jenis suka menunjukkan perasaan cemburu. Cemburu yang sederhana rasanya bagi sesetengah orang, tak mengapa tapi kalau cemburu yang terlampau, boleh merimaskan orang lain.

Cemburu ni timbul disebabkan pelbagai faktor. Antaranya sebab terlalu sayang pada seseorang, kurang rasa percaya pada seseorang, tidak puas dengan kejayaan seseorang, dengki dan macam-macam lagi.

Bukan tak boleh cemburu tapi berpada-padalah. Cemburu supaya kita dapat meningkatkan kebolehan kita. Cemburu supaya kita akan berusaha dengan lebih gigih lagi. Cemburu yang ke arah positif. Pasti kita yang untung. Kan?

Korang tak setuju ke? Huhu...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

SYUKUR ... NEGARA SAYA AMAN...

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya nak menyeru kepada semua rakan-rakan blogger supaya sama-sama kita bersyukur dengan keamanan yang dikecapi oleh negara kita kini.  Bila kita imbas semula peritnya generasi sebelum kita memperjuangkan pembebasan negara kita dari tangan pejajah, kita akan nampak betapa teruknya pada waktu itu.

Kalau korang baca buku sejarah, ada menceritakan pada masa penjajahan Jepun, rakyat terpaksa mengalas perut dengan ubi kayu.  Masa tu, bekalan makanan dimonopoli oleh Askar Jepun pada masa itu.  Korang tak ingatkah macam mana rakyat kita dipaksa bekerja siang dan malam serta perempuan dirogol. Korang boleh tengok dalam movie sejarah yang diarahkan oleh pengarah kita. Antaranya adalah Embun dan paling saya tersentuh hati adalah Bukit Kepong.

Keamanan yang kita kecapi sekarang ni pun adalah hasil perjuangan mereka yang menumpahkan darah demi pembebasan negara kita dari penjajahan. Tapi, cuba kita cari balik pahlawan-pahlawan yang berkorban untuk negara kita, apa terjadi kepada mereka? Saya ada baca dalam surat khabar suatu ketika dulu yang seorang pahlawan kita dibiarkan hidup daif. Padahal dia adalah salah seorang yang memperjuangkan pembebasan negara kita daripada penjajah.

Saya tulis entry ini adalah untuk mengingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan blogger supaya bersyukur dengan keamanan yang kita ada sekarang.  Jangan cuba rosakkan dan hancurkan keamanan yang kita kecapi sekarang. Saya tak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa. Entry ini ditulis mengikut apa kata isi hati saya. Sekiranya ada yang terasa hati, ribuan maaf saya pinta.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

TRANSFORMERS 3 : DARK OF THE MOON

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Esok tayangan Transformers 3 bermula. Mesti panggung penuh. Saya pun nak tengok tapi kerja pulak. Huhu... Tapi minggu saya akan balik sebab adik saya ada karnival kat Kem PLKN dia.

Hari Sabtu nanti, saya cadang nak pergi tengok yang 3D nyer. Huhu... Alang-alang nak tengok, biar yang 3D. Baru best. Huhu... Mungkin saya pergi GSC Sunway Carnival Mall.

Memang saya dah tunggu lama sambungan movie Transformers ni. Banyak saya tengok Movie Transformers 1 dan 2. Rasa tak sabar-sabar nak tengok ni. Huhu...

Ada sape-sape nak join saya? Tapi bayar sendiri. Muahaha...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

SAYA SAYANGKAN BLOG SAYA ... KORANG?


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Walaupun header saya biasa-biasa je, background saya tak la cantik sangat, susunan blog saya berterabur, entry yang saya tulis pun tak la bagus dan macam-macam lagi, saya tetap sayangkan blog saya.  Korang boleh kata apa pun. Saya tak kisah sebab blog saya adalah identiti saya. Hehehe...

Kepada Mr. Hacker yang berkaitan, silalah jangan hack dan kacau blog saya. Sebab saya sayang blog saya. Pergilah hack kedai roti ke, kedai jual nasi lemak ke, kedai makan ke, tapi jangan hack blog saya. Please...please...please..Huhu...

Beria-ia saya tulis macam ni, dalam senarai blog nak di hack tu ada ke blog saya? Huhu... Tak tengok pun senarai tu. Blog saya ni walaupun hanya cebisan kecil dalam dunia blogging, taklah sebesar keratan seperti blog Abang Ben dan Cik Epal, tapi blog ni tetap menjadi pujaan hatiku.

Saya sayangkan blog saya walau macam mana pun rupanya.  Korang macam mana plak? Sayang ke dengan blog korang?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN DAN JOM DAPATKAN 1000 FOLLOWER BULAN INI

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kali ini nak join segmen dan jom dapatkan 1000 follower bulan ini yang dianjurkan oleh Encik Naimul Firdaus. Saya Follower ke 919.

Kalau korang nak join gak, klik SINI.

Apa yang saya mahu? Saya mahu berkawan dengan ramai blogger. Kalau boleh, dan kalau ada yang buat gathering, teringin gak nak pergi. Main bowling ke, tengok movie beramai-ramai ke, dan aktiviti-aktiviti yang boleh merapatkan lagi hubungan kekawanan antara blogger semua. Dengan kata lain, saya nak cari ramai kawan tapi tak nak cari musuh kalau boleh.

Encik Naimul Firdaus ada nyatakan kalau cukup 1000 follower, dia akan beri hadiah. Huhu... Best-best.

Hadiah-hadiahnya:

  • semua penyertaan akan dimasukkan ke dalam senarai bloglist saya yang baru.
  • 20 penyertaan terawal akan mendapat promosi di dalam artikel-artikel saya.
  • 2 penyertaan terbaik akan dapat hadiah misteri
Harap dapat la hadiah daripada Encik Naimul. Huhu... (Dengan muka comel sangat-sangat).

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 27, 2011

KENANGAN..SETIAP KELAS ADA...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Teringat zaman sekolah dulu. Gambar kat atas tu melambangkan setiap karektor atau watak atau perangai yang ada dalam setiap kelas. Tengah belek- belek handphone tengok gambar-gambar lama, terjumpa gambar kat atas tu.

Dah lama nak tulis satu entry tentang kenangan zaman sekolah. Masa tu saya ni budak baik (baik la sangat...huhu..). Saya jenis pendiam dan selalu kena buli.

Saya ada kawan-kawan yang selalu backing saya dan hampir semuanya perempuan. Hehe... Saya hensem kot? (perasan lagi..muahaha..). Saya kiranya memang baik sangat dengan budak perempuan tapi saya bukan lembut k?

Teringat masa pemilhan ketua darjah dulu. Penyokong saya semuanya perempuan sampai cikgu pun terkejut. Confirm saya menang la sebab masa tu dalam kelas, perempuan lebih banyak daripada lelaki. Muahahaha...

So, korang mesti ada kenangan masa zaman sekolah kan? Apa karektor korang dalam gambar kat atas tu? Ce kongsi... Saya? Nerd atau Skema kot?

Wassalam.


-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

JADI DIRI SENDIRI ... BUAT APA NAK JADI ORANG LAIN?

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang masih sudi membaca hasil penulisan newbie ni. Huhu...

Kali ni saya nak menulis mengenai menjadi diri sendiri.  Ini melalui pengamatan dan pengalaman saya gak. Saya pernah tengok orang yang nak jadi seperti artis idola dorang. Nak ikut trend dan cara pemakaian dorang.  Saya mengaku saya pun sama.  Siapa artis tu? Tak perlulah ditulis kat sini. Huhu...

Sama juga seperti menulis blog, lebih baik menulis dengan cara tulisan yang melambangkan diri sendiri.  Tak payah nak jadi macam penulis berita dan segala bagai. Kadang-kadang tu, penulisan kita sendiri adalah terbaik. Tapi kita dibutakan dengan penulisan orang lain. Semua orang sanjung.

Saya mengaku pernah menulis seperti orang lain sebab nak dapatkan trafik tinggi. Lepas tu saya sedar, sampai bila saya nak menulis macam ni? Trafik yang dapat pun tak banyak. So, saya ambil keputusan nak menulis dengan cara saya sendiri. Menggunakan diri sendiri sebagai platform. Melontarkan pandangan dalam hasil penulisan saya.

Saya yakin kat luar sana banyak penulis blog yang menulis berdasarkan diri sendiri. Sebab apa? Sebab lagi mudah kita nak menulis sebab kita selesa dengan diri sendiri. Huhu... Apa saya merepek ni? Huhu..

Anyway, korang setuju tak? Kalau tak setuju, ce citer nape? Huhu...

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

DEPAN MATA TAK NAMPAK, DAH HILANG BARU NAK MENYESAL...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tajuk kali ini panjang skit. Huhu...

Saya tulis entry ni melalui pengalaman dan pengamatan saya. Biasanya kita tak nampak kepentingan orang yang dekat dengan kita.

Kita akan layan dorang dengan sambil lewa. Kita anggap dorang tak terasa bila kita abaikan. Tapi bila dorang dah tak ada sisi kita, baru perasan kepentingan dorang.

Masa tu baru nak jaga dia elok-elok. Masa tu kalau dapat peluang dia masih ada lagi, dapatlah kita jaga dia elok-elok. Tapi dia dah pergi untuk selamanya, menyesal tak sudah.

Cuba korang tengok balik orang yang terdekat korang. Ada tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, June 26, 2011

SEMANGATLAH...JANGAN PUTUS ASA

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Selama saya berblogging, saya nampak ramai blogger yang kecundang (bahasa sastera lak..huhu). Blogger-blogger ni (termasuk saya sendiri) sebab tak ada idea nak update blog, malas nak update blog, sibuk dengan keje dan macam-macam lagi la. Saya pun sama gak. Huhu...

Bila kecundang dalam dunia blogging ni, sesetengah blogger cepat bangun balik. Sesetengah blogger tu ambil masa yang lama untuk bangun balik. Ada yang tak bangun-bangun terus.

Melalui pengamatan saya bila tengok blogger feymes macam abang Ben, saya yakin dia pun penah jatuh dan bangun semula. Sebab itu dia berjaya jadi blogger yang feymes sekarang.

Apa yang saya nak tekankan di sini, jangan mudah putus asa. Bersemangatlah. Kalau korang kecundang, bangun balik. Sampai bila korang nak kecundang? Bangun dan terus maju ke depan.

Betul tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (LPKN)

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi saya baru lepas pergi melawat adik lelaki saya yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara di Kem Syruz. Gambar kat atas tu adik lelaki saya yang masuk PLKN dan adil perempuan saya.

Masa saya belajar dulu tak ada peluang nak join program macam ni. Masa sekolah rendah dulu saya join Pengakap. Masa sekolah Menengah dulu saya masuk Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM). Tak pernah dapat elaun macam dalam PLKN.

Budak-budak sekarang untung. Adik saya bagitau yang dia makan sehari 6 kali. Masuk PLKN ni boleh belajar berdisiplinkan diri. Saya tengok adik saya dah makin disiplin. Dulu nakal gak dia. Huhu...

Ada rakan-rakan blogger yang ada pengalaman masuk PLKN?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

KEYCHAIN DARI PENANG...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam tak sempat nak snap gambar keychain Penang kat atas sebab dah lambat sangat balik dari Batu Feringghi.

Lepas beli DVD Drama Korea, saya pun ajak Emak saya jalan-jalan dekat gerai kat Batu Feringghi tu. Saja nak cari hadiah untuk Giveaway saya nanti. Huhu...

Jalan-jalan tu nampak keychain Penang kat atas. So, saya fikir kalau saya buat Giveaway Simple untuk cari Blogger terawal pun bagus gak. Huhu... Terbocor rahsia la plak.

Saya pun terfikir gak. Sape nak keychain Penang ni? Korang nak ke?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

BATU FERINGGHI...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya baru balik dari Batu Feringghi. Saja jalan-jalan sambil cari dvd korea dan movie lain. Sambil tu cari gak hadiah untuk giveaway or contest saya nanti.

Emak saya nak join sebab adik-adik saya keje dan dia duk umah sorang. So, saya bawa sekali. Baik kan saya. Hehe....

Saya beli full drama korea Dream High. Macam best cite tu. Ada la movie lain saya beli tapi tak perlu dinyatakan di sini. Huhu...

Sape minat cite korea, angkat tangan macam Girl Generation. Cite ape korang minat? Huhu...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, June 25, 2011

ENTRY SAMPAH KE?

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ada terbaca satu entry satu blog ni. Tak payah la bagitau blog mana. Tak nak burukkan orang lain. Entry tu berkenaan entry sampah (tajuknya saya tak ingat...huhu).

Saya tak setuju sebab setiap entry yang ditulis oleh seseorang blogger tu adalah melambangkan keperibadian dia. Entry yang pendek tapi cerita tentang diri sendiri adalah lebih daripada entry yang di copy dan paste bulat-bulat.

Gaya penulisan seseorang blogger ni akan sentiasa berkembang. Korang cuba baca balik entry korang masa mula-mula blogging dulu. Korang mesti rasa nak tergelak kan? Saya mengaku saya sendiri bila baca entry saya masa mula-mula blogging pun tergelak besar saya.

Sekarang cuba bandingkan dengan entry-entry korang sekarang? Ada nampak perbezaan tak? Apa yang saya nak bagitau adalah gaya penulisan kita akan sentiasa berkembang. Tiada entry sampah kecuali entry copy dan paste bulat-bulat.

Apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

KEYCHAIN COMEY....


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah jalan-jalan dalam Sunway Carnival Mall, ternampak keychain comey dalam gambar kat atas. Macam best je.

Saya tak terus beli. Saya jalan-jalan dulu sambil fikir. Akhirnya saya telah amik keputusan untuk beli 4 keychain comey dengan design yang berlainan.

Tapi persoalan yang sama juga saya fikir. Ada ke orang nak keychain comey ni? Atau saya simpan je.

Ada sape-sape nak ke?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

BACK TO AMAZON...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang tengah jalan-jalan kat Sunway Carnival Mall. Huhu... Macam biasa, sorang-sorang. Tapi best sebab bebas. Hehe...

Gambar kat atas tadi tu saya snap untuk program back to amazon yang dianjurkan oleh pengurusan mall ni.

Ada ramai budak-budak participate. Teringat saya kecil dulu, program macam ni mana pernah participate. Program yang saya participate adalah program perpustakaan bergerak je. Huhu...

Budak-budak sekarang macam-macam program ada. Rasa jeles gak. Tapi bila fikir balik, saya suka program saya lagi klasik. Hehe..

Dulu korang penah participate apa-apa program tak? Tak kira pengakap ke? Kelab buku ke? Huhu...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

DOMO...OH DOMO...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi tengah round-round satu Megamall Pacific, ternampak patung Domo yang comel lote. Ada gak belek-belek kepala patung Angry Bird.

Terfikir kalau saya giveaway atau contest, hadiahnya adalah Domo ada orang nak tak? Lama gak fikir. Sampai dekat lama la. Haha...

Dan akhirnya, saya mengambil keputusan untuk membeli 5 patung Domo. Hehe...

Kora g rasa ada tak rakan-rakan blogger nak Patung Domo ni? Ce bagitau.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

WINDOW SHOPPING DI MEGAMALL PACIFIC....


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang saya tengah window shopping sorang-sorang kat Megamall pacific Prai. Huhu...Awek pun tak ada. So, sorang-sorang je la. Huhu...

Saja je jalan-jalan kat umah pun bukan ada orang pun. Astro pin takde. Huhu... Teringat masa studi dan keje kat penang duli, selalu gak lepak-lepak kat sini dengan kawan-kawan. Tapi dulu tempat faveret kamo adalah Summit Bukit Mertajam. Sesape yang duk kat penang tau la katne tempat tu. Sekarang ni masih ada lagi tapi tak semeriah dulu.

Tengah boring ni. Nak jalan-jalan dulu la. Sape nak ikut? Sila angkat perut. Huhu..

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

TAK DAPAT TENGOK..MAHARAJA LAWAK AKHIR...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam disebabkan rumah saya di kampung tak ada astro, tak dapatlah saya tonton pentas terakhir Maharaja Lawak. Sedih woo...

Tadi sempat saya terjah blog rakan-rakan untuk tengok keputusannya. SEPAH adalah juara Maharaja Lawak. JOZAN dapat nombor 2, NABIL dapat nombor 3 dan JAMBU dapat nombor 4. Huhu... Takpelah. Asalkan JOZAN dapat nombor dua.

Ahad ni saya balik rumah sewa, saya kena tengok ulangannya la. Astro jangan tak ulang ek? Hehe...

Kepada rakan-rakan blogger yang tengok Maharaja Lawak semalam, berapa bintang korang bagi untuk setiap persembahan dorang?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

SARAPAN PAGI....

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah. Saya dah rumah dengan selamat. Siap dapat makam sambal tumis daging lagi. Hehe.... Sedap tau...

Bangun awal gak hari ni. Terasa lapar ni. So, saya amik keputusan nak bersarapan roti canai di kedai mamak. Huhu....biasalah. Penang terkenal dengan nasi kandar.

Korang dah bangun blum ni? Isk...isk....(macam saya ni bangun awal sangat..haha). Korang tau tak menurut kata pakar, sarapan pagi adalah menu yang paling setiap hari? Saya pun baru tau.

Sebab pe ek? Pada pendapat saya, sarapan pagi ni adalah sumber tenaga pertama kita hari tersebut. Huhu...

Korang dah sarapan blum ni? Korang rasa sarapan pagi penting? Ce kongsi... Ce kongsi...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

PARANORMAL...

(nota:sepatutnya post ni nak hantar semalam tp masalah internet)

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Saya sekarang tengah rehat-rehat di Hentian Rehat Taiping. Baru je berjaya melepasi jalan kampung sangat gelap dan berliku-liku. Memang sangat bahaya jalan tu. Sebab kalau tengah malam, sunyi dan gelap. Kadang-kadang bahaya sebab banyak lori lalu lalang.

Saja tengah drive dalam mengantuk, terlintas satu tajuk...paranormal. Huhu...seram tak? Saya dah sangat melalui jalan yang gelap dengan kereta dan motor. Seram? Memang la seram. Sape kata tak seram? Huhu... Tapi Alhamdulillah, setakat hari saya dilindungi Allah. Saya bersyukur sangat-sangat.

Saya pernah nenghadapi situasi paranormal ni. Masa zaman sekolah dulu dan universiti. Sekarang pun ada tapi makhluk tak munculkan diri. Huhu... Takut gak la.

Saja je takutkan korang gak. Korang pernah menghadapi situasi paranormal tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 24, 2011

PETANG INI SAYA BALIK KAMPUNG ... SUNGAI BAKAP, PENANG!!!

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini saya akan balik kampung. Kampung saya di Sungai Bakap, Penang. Huhu.. Balik sampai Ahad je. Dekat sebulan tak balik kampung. Emak saya pun dah telefon tanya.

Di rumah saya memang tak ada internet tapi ada cyber cafe. Cyber cafe ni agak jauh. So, saya nak bagitau saya tetap akan updated blog kesayangan saya ni guna Handphone Android saya je. Hehe...

Saya mungkin nak ronda Batu Feringghi, cari dvd cite korea atau cite yang berkaitan. Memang selalu jalan-jalan sana. Kalau ada duit lebih, mungkin boleh cari barang yang boleh dijadikan giveaway blog saya nanti. Hehe...

Banyak benda nak buat kat kampung tapi rasanya tak terbuat kot? Harap korang doakan saya selamat sampai ke kampung ye? Hehe..

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

LIST SEGMEN SIMPLE : SAMBUNG CERITA INI ...



Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua blogger yang sudi join segmen simple merapu saya ni. Niat saya cuma nak tengok betapa kreatifnya rakan-rakan blogger saya. Di samping boleh kenal dengan kawan baru dan mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kawan lama.

Segmen simple ni saya buat supaya sekurang-kurangnya blogger-blogger yang aktif dapat saling berblogwalking dengan blogger-blogger yang aktif yang lain (saya pun pening dengan ayat ni..hehe..)

Jom terjah sambil baca entry sempoi daripada blogger-blogger yang join segmen simple saya ni. 

Senarainya:


Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN SIMPLE : SAMBUNG CERITA INI ...


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Tadi tengah minum pagi atau bahasa saya "ngomgi", terlintas idea untuk buat segmen simple sambung cerita ni. Saja nak buat segmen simple untuk santai dengan korang dan tolong korang dapat kawan baru. Huhu...

Korang kena buat:

1. Macam biasa, copy dan paste header kat atas dan letakkan kat entry korang

2. Link kan post ni dalam entry korang.

3. Salin tajuk ni "SEGMEN SIMPLE : SAMBUNG CERITA INI ... ".

4. Tulis satu entry selepas cerita yang saya tulis ni:

Pak Cak (singkatan bagi Pak kacak) memandu kereta Mersedit Ban pulang ke rumah. Pak Cak memandu dengan penuh keberhatian yang sangat tinggi.  Takut tercalar kereta mahal dan barunya. Pak Cak memandu dengan penuh fokus. Matanya sentiasa melihat ke depan.  Risau sangat. Kereta baru la katakan. Pak Cak terus memandu, memandu dan memandu. Radionya tidak dipasang sebab tak jimat bateri katanya. Air Cond pun tak dibuka. Di dalam kereta yang bertutup rapat tu, Pak Cak terus memandu.


Setibanya di hadapan rumahnya, Mak Tiful (singkatan untuk Mak Beautiful) berdiri megah di hadapan pintu. ...

Korang sambung cerita ini dari situ ek?

Macam biasa, saya akan buat satu list untuk korang berblogwalking sambil baca cerita yang dikarang oleh rakan-rakan blogger yang join segmen merapu ni. Huhu...

Kalau korang suka, korang komen la. Kalau kawan baru, berkenalan dan follow ek?. So, boleh bertambah ramai kawan korang dan saya juga. Haha..

Tutup pada pukul 4 petang hari ini (24hb Jun 2011).

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

BILA KEPERCAYAAN KITA DIKHIANATI ...

Credit Google

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Korang pernah dikhianati tak? Korang letak sepenuh kepercayaan korang tapi dia khianati macam tu je. Saya pernah dan memang rasanya sangat menyakitkan. Huhu.. Tapi saya ok sekarang.

Korang terfikir tak kenapa senang-senang je kepercayaan yang kita letakkan senang dikhianati? Ini pendapat saya je. Huhu... Kebanyakkannya sebab sifat dengki yang ada dalam diri kebanyakkan masyarakat sekarang.

Saya pernah meletakkan kepercayaan pada seseorang yang memang saya yakin dia adalah takkan khianati saya. Saya jaga dan beri dia setakat saya mampu. Tapi, dia buang saya dan berpaling kepada SEORANG PENGKID. Saya sangat terkilan sebab saya betul-betul cuba tunaikan janji-janji saya. Tapi janji-janji dia, dia sendiri yang khianati. Dia khianati kepercayaan saya dan dia pijak-pijak macam tu je.

Sampai hari ini, saya masih bencikan PENGKID. Bila saja saya jumpa PENGKID kat mana-mana, saya akan pandang dorang dengan muka benci. Huhu... Teremosi plak.

Kepercayaan ni sangat penting sebab tanpa kepercayaan dalam diri kita, kita akan berasa tak selamat dan sentiasa curiga antara satu sama lain.  Bila orang tak mula hilang kepercayaan pada seseorang, seseorang yang telah hilang kepercayaan orang lain tu akan hilang rakan, pengikut, teman dan macam-macam lagi.

Bila kepercayaan kita dikhianati, kita susah nak percaya pada orang lain.  Sebab perasaan takut dikhianati masih lagi terasa dan akan ambil masa yang lama untuk diubati.

Ini cuma pendapat saya, kalau korang ada pendapat lain, kongsi-kongsikanlah ye? Huhu...

Wasssalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 23, 2011

LIST SEGMEN SIMPLE : MY WISH ...


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang join segmen simple saya ni. Huhu... Saya buka segmen ni dalam pukul 7.26 malam sampai 11.59 malam ini. Dan sambutannya agak menggalakkan.

Ini senarai rakan-rakan blogger yang join:


Jom terjah sambil baca wish dorang. Kalau sudi, komen dan follow sekali blog dorang. Dapatlah korang kawan baru kan? Huhu... Saya pun sama, dapat kawan baru.

Harap korang suka segmen simple yang merapu ni. Saja buat, untuk santai minda korang. Huhu...

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN SIMPLE : MY WISH ...


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Dah lama tak buat segmen simple. Huhu... Kali ni saya nak satu segmen simple : My Wish ...

Ceritanya bermula, korang sedang berjalan-jalan pulang ke rumah. Korang berjalan melalui sebatang jalan yang sunyi. Korang pun jalanlah dengan penuh keberanian yang membara. Tiba-tiba sebuah teko lama jatuh di depan korang. Korang pun terkejut. Korang tengok tengok tu. Dalam takut-takut tu, korang pun pegang teko lama tu. Korang pun terfikir, "teko apa ni? Berhabuk la".  Korang pun lap teko lama tu dan tiba-tiba asap putih pun keluar dari teko tu. Korang terduduk sambil tengok asap putih tu membentuk seorang lelaki yang tampan. "Assalamualaikum, saya adalah Jin Teko. Oleh kerana, awak telah membuang habuk pada teko saya, saya akan tunaikan satu WISH".

So, apa WISH korang?

Apa yang korang kena buat adalah:

1. Copy dan paste header kat atas tu kat entry korang.

2. Link kan entry korang post ini.

3. Salin tajuk ni, "SEGMEN SIMPLE : MY WISH ...".

4. Tulis satu entry selepas cerita merepek saya kat atas tu. Ceritakan tentang apa wish korang? Panjang entry, ikut korang.

5. Letakkan url entry korang ruang komen.

Seperti biasa, saya akan buat satu list untuk korang berblogwalking sambil baca wish rakan-rakan blogger yang lain. Kalau best, korang komen la.

Tarikh tutupnya pukul 11.59 malam ini (23hb Jun 2011).

Jom join segmen simple saya ni. Huhu...

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

APA AKAN BERLAKU KALAU...KITA TAK BERPERASAAN?

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Setiap ada perasaan. Kalau yang mengaku takde tu, bukan dorang takde perasaan tapi dorang tak mengaku dan menipu diri sendiri je. Orang begini memang ada. Dorang nak kita je jaga perasaan dorang. Perasaan kita sape nak jaga? Kita gak nak jaga. Huhu...

Perasaan memainkan peranan sangat penting dalam pembentukan seorang manusia. Kalau manusia itu diselubungi perasaan negatif je, maka kehidupannya pada depan ada potensi untuk menjadi negatif. Begitulah sebaliknya.

Even seorang kanak-kanak pun ada perasaan. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab kanak-kanak ni sedih, dorang menangis. Bila hepi, dorang akan gelak. Betul tak?...huhu...

Kalau kita takde perasaan, pada pendapat saya, dunia ini takkan semenarik sekarang. Tiada dunia blogging dan cuba ada dunia yang manusianya bekerja dan hidup dalam suasana tak berperasaan.

Korang boleh bayangkan?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

NAWAITU ...

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nawaitu..Apa tu Nawaitu? Korang tahu tak? Saya tau korang tau. Nawaitu tu adalah ... Niat. Kenapa saya buat tajuk ni hari ni? ...jawapannya ... Ntah ... Terdetik di fikiran untuk tulis.

Setiap perkara yang kita buat, mesti kita akan berniat atau bahasa modennya ber'nawaitu' dulu kan? Contohnya kita nak makan, kita akan ber'nawaitu', "saya nak makan sebab saya lapar".

Nawaitu atau niat penting dalam perjalanan hidup kita. Nawaitu yang tak baik akan bawa ke arah yang tidak baik dan juga sebaliknya.  So, pastikan korang tetapkan nawaitu korang sebelum buat sesuatu perkara. Huhu..

Yang menulis pun tak tentu apa nawaitu dia. Haha... Actually nawaitu penulis adalah untuk berkongsi pendapat dengan rakan-rakan bloggernya.

Teringat masa studi dulu, saya kira wakil pelajar dan kerja saya adalah sebagai setiausaha. Presiden saya iaitu seorang student Arkitek selalu tak ada dalam bilik.  Waktu nak jumpa dia adalah selepas pukul 12 tengah malam.  Masa tu kami akan berbincang dan bagi dia sign apa yang patut. Presiden saya ni saya respek bila dia bagi speech. Dia tak payah ada sebarang nota. Dia boleh bagi speech dengan baik. Saya pun tak mampu. Huhu..

Setiap kali dia bagi speech, dia mesti akan mulakan dengan peringatan tentang pentingnya penetapan nawaitu dalam setiap kerja yang dibuat. Sejak tu la saya cuba sedaya upaya tetapkan nawaitu saya supaya sentiasa baik je. Kadang-kadang ada gak yang terbabas.Huhu...

Nawaitu saya nak buat blog ini adalah nak kongsi-kongsi pendapat dan idea serta generate side income. Hehe... Saya mengaku k?

Apa Nawaitu korang plak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

KENAPA SUKA MEMILIH KERJA ?

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Entry ni bukan untuk mengutuk atau menghina sesape. Entry ditulis mengikut pengalaman saya sendiri. Sesape yang terasa, sila mohon kemaafan yang mendalam. Entry adalah hanya sebagai perkongsian kepada semua rakan-rakan blogger.

Saya pernah belajar dalam tingkatan 6 dan dengan rendah dirinya saya mengaku saya gagal dalam STPM. Lepas itu, saya bekerja di sebuah kilang perabot.  Emak saya masa tu memang berharap sangat tengok saya sambung studi ke universiti. Tapi saya bagitau emak saya yang saya dalam usaha untuk apply menggunakan sijil SPM dan minta doa dia mengiringi saya.

Hampir setahun saya kerja di kilang perabot tu, saya dapat tawaran intake kedua bagi kemasukan Diploma di UiTM. Emak saya gembira sangat-sangat. Bapa dan mak saudara saya semua berbangga dengan saya. Saya pun bangga gak la. Hehe...

Saya belajar di UiTM selama 3 tahun dan grad dengan kelulusan taklah tinggi sangat... 3.41. Selepas saya selesai belajar, saya terima 4 tawaran kerja tapi saya dah berjanji dengan diri saya, tawaran pertama yang sampai dulu, saya akan terima. So, saya dapat kerja di Contact Centre TM sebagai pegawai khidmat pelanggan.

Masa tu banyak gak la kenalan saya yang menganggur. Saya tanya dorang, dorang tak apply mana-mana ke? Jawapan dorang, dapat keje macam ni tak sesuai la dengan kelayakan dorang. Saya terdiam. Bagi saya, sementara nak tunggu kerja yang sama taraf dengan kelayakan kita, baik kita keje di mana- mana dulu sebab boleh dapatkan pengalaman dulu.

Majikan sekarang tengok pengalaman kita.  Walaupun sebagus mana pun CGPA kita, dorang tetap tanya apa pengalaman yang kita ada. Pengalaman dititikberatkan sebab dorang pun nak pekerja yang berkualiti dan boleh bekerja dengan pengawasan yang kurang.

Selepas beberapa lama saya bekerja di swasta, ada la 2,3 saya tukar keje tapi saya akan pastikan kontrak saya habis dan keje baru tu saya dah confirm dapat, baru saya resign. Sebab apa? Sebab kalau tiba-tiba saya resign dan keje baru tu ditarik balik oleh majikan, saya gak yang akan ternganga sebab takde keje. Huhu...

So, bagi yang sedang cari keje tu, terima dulu tawaran yang ada sementara menanti tawaran yang lebih baik.  Saya menulis entry ni berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya.

Kalau korang ada pendapat lain dan tak setuju dengan saya, boleh kongsi di ruangan komen.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, June 22, 2011

NAK PUASKAN HATI SEMUA ORANG ... BOLEH BUAT?

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang rasa korang boleh puaskan hati semua orang tak? Saya mengaku dengan sesungguh keikhlasan di hati yang suci ini memang saya tak mampu tapi saya akan cuba sebaiknya. Huhu..

Setiap orang ada citarasa yang berbeza. Kadang-kadang kita suka makan McD, ada yang suka makan KFC. Ada yang suka makan A & W. Apa yang kita boleh buat adalah cuba sebaik mungkin.

Kalau ada gak orang yang still tak puas hati selepas kita dah cuba sebaik mungkin, camne plak? Kita redha je la. Tapi kita mungkin boleh cuba fahami orang tu.

Dalam dunia blogging, kita boleh belajar mcam-macam ragam manusia. Tak payah nak pergi shopping complex dan duduk lepak kat tangga-tangga buang masa. Caranya dengan blogwalking. Dah lari tajuk rasanya ni. Huhu...

Persoalan saya, korang rasa korang mampu nak puaskan hati semua orang?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN : JOM KITA MAIN-MAIN DI BULAN

Nak join, klik SINI

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak join segmen Zul Fattah kali ini.  Dia nak kumpul blogger-blogger untuk main game malam ni. Bukan game bola atau bowling. Tapi game di blog. Macam mana? Malam nanti dia cerita.

Saya macam berminat nak join sebab dah lama tak main game di blog. Korang pun support la. Boleh kita main ramai-ramai.

Senang je nak join. Tak rugi. Jom try ramai-ramai. Support rakan-rakan blogger kita. Pukul 6 petang ni tutup.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

RAHMAT TUHAN ... HUJAN

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pagi ini hujan lebat turun.  Tapi sempat gak saya masuk pejabat. Kalau tak sempat pun, tak basah pun sebab saya drive Kenari kesayangan saya. Huhu...

Bila tengok kat luar ofis hujan ni, terdetik nak buat satu lagi entry pagi ni. Huhu...

Korang pernah tengok movie "Lu Fikirlah Sendiri" lakonan Nabil Raja Lawak? Dalam movie tu, ada satu scene Nabil terjumpa orang gila masa hujan. Orang gila tu lari tengah-tengah hujan sambil jerit "Rahmat Tuhan...Rahmat Tuhan".  Saya suka movie ni sebab banyak mesej saya dapat.

Hujan ni bagus sebab dapat membersihkan udara yang penuh dengan debu-debu.  Korang pernah perasan tak bila lepas hujan je, korang sedut udaranya, rasa segar je. Kan?

Tapi kalau korang main hujan dan demam, itu korang yang salah.  Korang sendiri yang cari penyakit. Haha...

Tak ke gitu?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

BILA ORANG KOMEN ENTRY KORANG ... APA KORANG RASA?



Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya nak berterima kasih teramat sangat kepada rakan-rakan blogger yang sudi meninggalkan komen di entry yang saya post. Saya rasa gembira bila ada orang yang sudi komen entry saya.  Sebab itu, saya cuma ringkaskan dan padatkan entry yang saya tulis.

Saya sedaya upaya untuk reply semua komen-komen rakan-rakan blogger. Tapi kadang-kadang pun terbabas gak. Huhu.. Saya minta maaf ye?

Setiap komen yang kita beri besar maknanya kepada pemilik blog tu. Kadang-kadang, komen yang kita beri tu membakar semangat dorang untuk terus berblogging.

Tak guna follower beribu-ribu tapi entry tak ada orang komen. Sebab apa tak ada orang komen, itu saya tak pasti sebab setiap orang ada sebab sendiri. Saya kalau berblogwalking, saya lebih suka tinggalkan komen dan link saya.  Senang owner tu nak terjah blog saya. Huhu..

Komen positif atau negatif tak penting.  Sekurang-kurangnya ada orang sudi komen saya.  Saya dah bersyukur sangat-sangat. Huhu...

So, apa korang rasa bila ada orang komen entry korang?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 21, 2011

BLOG KORANG = IDENTITI KORANG

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sebelum ini saya ada buat satu entry berkenaan Setiap Blog Adalah Unik ... Seperti Pemiliknya. Sape nak baca, silakanlah ye?

Tadi tengah blogwalking, saya terterjah satu blog ni. Dia sedang mengamuk sebab tutorial/entry dia buat pagi tadi ada orang copy sebijik dan tak bagi kredit. Dia bagitau betapa penat dia buat tutorial/entry tu.  Saya kesian kat dia.

Korang setuju tak, blog korang adalah identiti korang? Blog korang kalau korang karang sendiri dengan cara korang sendiri akan melambang identiti korang. Kalau blog tu jenis copy dan paste, blog tu sepatutnya blog yang mengumpul informasi macam Peluang Kerjaya dan sebagainya.  Takkan tajuknya "Si Polan Blog" dorang letakkan entry copy dan paste tentang bola. Kan?

Bagi saya, entry yang diolah dengan ayat sendiri dan cara penulisan sendiri lagi seronok dibaca.  Bila orang komen, kita rasa seronok dan puas. Kan?

Banyak betul kan saya kan? Hahaha....

Ini cuma pendapat saya.  Sebab melalui pemerhatian saya selama saya berblogwalking, saya tengok setiap ada cara penulisan berbeza. Termasuk saya. Kenapa? Sebab pendedahan dan pengalaman yang diterima adalah berbeza.  Kalau semua orang sama je, tak syok la berblogging kan?

Apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SENYUM ... SALAH KE?

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terima kasih sebab masih sudi singgah dan baca hasil penulisan saya yang tak seberapa ni.

Sejak dua menjak ni, saya selalu dengar di radio tentang senyum. Yang Radio Era bagitau, dorang senyum masa bertugas, cuma kita tak nampak.  Dalam TV pun ada gak saya tengok iklan galakkan senyum dengan lagu 'senyum'.  Huhu...

Senyum ni memang bagus. Elok untuk awet muda dan mudahkan orang nak dekati kita.  Tapi kalau terlebih senyum, orang cakap kita gila plak. Huhu...

Pada pendapat saya, senyum mesti penting sebab bila orang senyum pada kita, akan terbitlah rasa senang hati dan mesra untuk bertegur sapa. Masa tu, memang senang nak bertukar-tukar fikiran. Huhu...

Saja nak cerita kisah saya tersenyum pada awek yang saya tak kenal. Masa tu, saya tengah jalan-jalan kat The Store Teluk Intan, masa tu baru lepas makan McD...Macam biasa...Spicy Chicken McDeluxe Burger faveret saya. Hehe.. Tengah naik escalator, saya tak sengaja senyum pada seorang awek ni. Saya tengah mamai. Mungkin disebabkan oleh keenakan Spicy Chicken McDeluxe Burger tu. (Hehe...teringin..ada sape-sape nak belanja?). Pastu, awek tu senyum balik dan saya baru tersedar. Saya terus senyum kepada tengok tempat lain pelan-pelan.

Rasa lawak masa tu.  Actually tengah cari TV baru sebab TV lama rosak.  Duduk umah seminggu macam orang gila. Haha..Ngadap netbook je.

Dah melalut ke mana saya ni. Pendapat saya, senyum tu bagus tapi akan jadi tak bagus bila terlebih senyum. Huhu...

Apa pendapat korang plak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

RINDUNYA MASAKAN EMAK SAYA ...

Sambal tumis udang dan sotong (faveret)
Credit Google

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Rindunya masakan emak saya. Masak apa je, saya mesti makan. Kalau emak saya masak, fuh... sedap je. Huhu..

Tiba-tiba rindu nak makan masakan emak. Saya kerja di Bagan Datoh, Perak dan kampung saya di Sungai Bakap, Pulau Pinang. Dah dekat sebulan saya tak balik kampung. Memang saya dah bagitau emak saya yang sekurang-kurangnya saya akan cuba balik sebulan sekali.

Kenapa ye? Sebab budget. Saya kawal perbelanjaan saya tapi ada masa terbabas gak. Huhu... Sebahagian simpanan saya, saya simpanan dalam bentuk emas dan akaun emas. Memang kalis inflasi.

Sekurang-kurangnya bila saya balik, ada gak duit sikit nak buat belanja adik-adik dan emak saya. Selalunya saya balik rumah, sampai je umah, saya akan tanya emak dah makan belum? Kalau belum, saya mesti ajak makan luar. Kalau semua adik-adik ada, semua saya bawa. Haha...

Korang tak rindukan masakan emak korang?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

JOZAN...JOZAN...JOZAN...

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan semua.

saja nak buat entry sokongan padu saya kepada Kumpulan Jozan.  Saya minat dengan lawak dorang. Rasa nak tergelak bila teringat lawak-lawak dorang dari Raja Lawak sampailah Maharaja Lawak.

Alhamdulillah... Dorang akhirnya berjaya ke Final. Saya memang dah jangka sebab setiap minggu ranking dorang sentiasa di atas je.

Kepada peserta Maharaja Lawak lain, bukan lawak dorang tak best, best tapi saya lebih sokong Jozan.

Harap Jozan menang Maharaja Lawak. Huhu...

Korang sokong sape dalam Maharaja Lawak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

PERLU KE BERLAGAK?

Credit Google

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Perlu ke berlagak kalau ada jawatan besar-besar dan duit berkepuk-kepuk? Saya dah jumpa macam-macam orang. Sejak kerja dalam bidang customer service dulu kat cinemas sampai keje kerajaan sekarang ini.  Macam-macam perangai orang saya tengok.

Jawatan tinggi tu takkan selamanya kita pegang. Dah tua nanti, kena lepaskan gak kan? So, buat apa bila lalu sebelah staf-staf berpangkat rendah perlu berlagak? Huhu...

Bagi saya, walaupun setinggi mana pun jawatan yang kita ada, kalau kita saling hormat menghormati, pasti staf kita akan menghormati kita. Tak gitu?

Korang rasa korang berlagak ke?

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

HARGAILAH MEREKA ...

Saya dengan anak saudara saya

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Hargailah mereka.  Hargai siapa? Korang rasa korang kena hargai siapa?

Yang paling, korang hargailah ibu dan ayah korang.  Sejahat mana pun ibu dan ayah korang, dorang tetap ibu dan ayah korang.

Korang kena setiasa ingat pengorbanan mereka.  Bila mereka dah tua, korang pun busy dengan keje dan family korang, mereka akan cepat terasa hati.  Mereka akan terasa macam korang tak sayang mereka dah. Padahal korang sebenarnya busy.  Bila mereka merajuk, pujuk mereka.

Mak dan adik-adik masa bercuti di Melaka

Mak saya pernah merajuk sebab anak-anak dia busy dan hari minggu, selalu tak ada kat rumah.  Masa tu saya cuti dan ada di rumah.  Dia dah masak untuk makan sama-sama tapi adik-adik saya nak keluar. Pastu, dia merungut dan merajuk dalam bilik.

Adik-adik saya tak pandai pujuk mak saya. Saya je yang pandai. Haha... Pelik kan? Saya bagitau kat adik saya, hidang makanan ni atas dan saya pujuk mak makan. Mula-mula memang dia tak nak, saya pujuk dengan baik, mak saya bangun gak makan dengan muka muncung. Huhu...

Pastu, kat meja makan, saya buat la lawak untuk ceriakan keadaan. Baru mak saya tersenyum pastu mula bersembang balik. Habis makan, saya bawa suruh mak saya siap.  Saya bawa jalan-jalan. Seronok mak saya masa tu. Huhu..

Dah melalut plak ni. Haha... Sape yang ada ibu dan ayah tu, hargailah mereka sementara mereka masih ada.

Apa korang dah buat untuk hargai ibu dan bapa korang?

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 20, 2011

SETIAP BLOG ADALAH UNIK ... SEPERTI PEMILIKNYA ...

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bagi saya, setiap blog yang wujud di dalam dunia blogging adalah sangat unik seperti pemiliknya. Kenapa? Sebab setiap dilahirkan dengan keunikan dan kebolehan masing-masing.  Setiap manusia juga mempunyai sifat yang berbeza. Even cap jari pun berbeza bagi setiap manusia di atas muka bumi ni.

Sama juga dengan blog.  Gaya penulisan, penyusunan dan pemilihan warna serta sebagainya adalah berbeza.  Berbeza mengikut keunikan setiap blogger. Inilah keunikan yang ada dalam setiap blog yang telah saya terjah.  Setiap blog mempunyai auranya tersendiri.

So, korang patut bangga dengan hasil blog korang. Sebab blog korang tu unik.

Korang setuju tak?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

BLOG SAYA BERAT KE?

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru-baru ni saya buang beberapa widget yang memberatkan dan melambatkan loading blog saya.  Saya fikir kalau lagi senang blog tu diupload, lagi ramai akan datang. Betul ke?

Saya cuba kekalkan apa yang saya rasa perlu. Tapi saya still rasa macam tak yakin sama ada blog saya ni loading lebih baik atau tidak. Tak nak syok sendiri je. Huhu...

So, nak tanya pendapat rakan-rakan blogger yang budiman dan cantik serta hensem, macam mana tahap ke'loading'an blog saya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka