Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Tanggal 9hb Mac 2012, masa selepas Solat Isyak, bermula saat saya menghadapkan diri di hadapan tok kadi dengan rela hati untuk ijab dan kabul di Masjid Sauk, Kuala Kangsar. Memang nervous tak perlu dikatakan lagi. Tapi saya kuatkan hati, tabahkan hati, keraskan hati, dan segala-galanya yang boleh mengurangkan rasa nervous saya. Hehehe. Biasalah, risau tok kadi tu tanya macam-macam plak dan masa tu panik dan pasti saya otak saya akan terus blank. Hehehe.
Memang rasa janggal sikit sebab semua orang duk perhati saya. Tok kadi pun nasib baik yang ok je. Sempoi je. Hehehe. Tok kadi mula mengucapkan ijab dan menggoyangkan tangan saya. Dengan pantasnya saya menjawab :
"Aku terima nikah Mariam binti Hamidon dengan mas kawinnya seribu satu ringgit tunai"
Tok kadi tanya saksi sebelah kiri:
"Sah"
Tok kadi tanya saksi sebelah kanan:
"Sah"
Tok kadi terus mengesah sambil menggoyangkan tangan lagi:
"Sah"
Alhamdulillah saya berjaya kabul dengan satu lafaz saja tanpa henti atau tersekat-sekat. Bersyukur kepada Allah memakbulkan doa saya supaya lidah saya lancar untuk mengucapkan kabul. Alhamdulillah.
Dengan ini saya telah menjadi suami kepada Mariam binti Hamidon.
Selamat tinggal zaman bujang.
Selamat datang zaman rumahtangga.
Mohon kawan-kawan semoga doakan perkahwinan kami berkenalan hingga ke akhir hayat kami ye?
p/s : Gambar nanti saya letak buat tatapan semua. Hehehe.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka