Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, April 28, 2011

KALAU KORANG DAPAT PELUANG MELANCONG ...


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Sekarang saya ada di McDonald Prangin Mall sambil makan McChicken Deluxe faveret saya sambil update entry.  Hehe..

Saja nak buat entry untuk kita sama-sama yang tak ada peluang nak melancong ke luar negara boleh meluahkan rasa teringin.  Huhu... Bagi sesape yang dapat peluang pergi melancong ke luar negara tu, tahniah la.

Orait.  Straight to the point.  Kalau saya dapat peluang melancong ke luar negara ... saya nak pergi KOREA - Jumpa my faveret artis Kwon Boa, Kara, Gee dan ramai lagi.  Nak pergi sana semata-mata nak jumpa dorang je.  Haha..

Korang plak, kalau dapat peluang melancong ke luar negara, korang nak pergi mana?

Ce kongsi ... Ce kongsi.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, April 27, 2011

SEMPOI...GOOGLE SPHERE

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Tengah jalan-jalan online tadi. Terjumpa satu aplikasi Google yang agak sempoi.  So, saya ambil keputusan nak kongsikan dengan rakan-rakan blogger di sini.  Bagi yang dah tahu tu, takpelah.  Ini bagi yang tak tahu.

Korang ikut step ni ye?

1. Korang buka Google Search.

2. Kat kota Search tu, korang taip "Google Sphere"

3. Klik kat "I'm Feeling Lucky" dan page macam kat bawah akan terjadi.


Sempoi kan? Huhu.  Sebelum ni saya try guna "Google gravity".  Sempoi gak.  Step sama je.

Try la.  Best gak.  Huhu.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, April 26, 2011

YUNA MINISODES ... INSPIRED!!!


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Sekarang ni ramai yang tengah demam Akademi Fantasia 9 dan Maharaja Lawak.  Saya minat Maharaja Lawak tapi sekarang dah kurang minat Akademi Fantasia.  Ada la beberapa orang artis AF yang saya minat.  Saya minat sebab suara dorang best.  Antaranya Hafiz, Stacy, Akim, Maulana dan Shahir.

Saya tak nak cerita tentang AF ataupun Maharaja Lawak sebab ramai blogger dah pun cerita.  So, saya sekarang tengah syok tengok Yuna Minisodes ... Inspired kat channel Astro 705.  Saya suka suara dia.  Best.

Ada suara-suara yang tidak sedap didengar mengatakan Yuna ni menyanyi macam nak tido.  So, what? Itu cara dia menyanyi.  Saya suka.  Masa saya tengok Yuna Minisodes, saya tengok even orang luar negara pun suka suara Yuna.  Yuna dah bawa nama Malaysia ke dunia luar.  Lagipun, Yuna tu bertudung.  So, comel sangat-sangat.  Tercair gak saya.  Huhu...


Kepada Yuna, teruskan apa yang awak buat dan saya akan terus sokong Yuna.  Dan kepada peminat Yuna, sama-sama kita doakan kejayaan Yuna.  Tak lupa pada yang tak suka Yuna, no komen. Haha..

Kalau korang ada pendapat yang lain, bolehlah kongsi kat kotak komen kat bawah ni k?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, April 25, 2011

ASLEENDA 2ND GIVEAWAY


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.  Kali ni saya nak join satu lagi GA yang dianjurkan oleh Asleenda plak.  Ini GA yang kedua saya join dan Asleenda buat untuk 2nd Giveaway sebab blog dia dah berusia 2 tahun.  Kalau korang nak join, klik SINI.

Tarikh Tutup : 30hb April 2011

Kenapa saya join GA ni?  Sebabnya simple je.  Nak kenal rakan-rakan blogger baru dan juga tolong blogger sambil promote blog saya ni.  Huhu...

Anyway...saya nak tag:


Done. May the best man win.  Huhu.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

PEREBUTAN ... PART 4



Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Hari ni nak sambung cerita merepek aku... Part 4.  Bagi korang yang sudi membaca cerita merepek ni, thanx samgat-sangat. Huhu..

Sesiapa yang belum baca lagi, sila-silakan la ye?  Part 1, Part 2 dan Part 3 boleh korang baca kat link bawah saya letakkan.

Dipersembahkan ...

***************************************************************************

Tuah pantas berlari ke satu gerai ke satu gerai yang lain.  Mencari-cari karipap yang diidamkan kekasih hatinya ... Lipo Kiut.  Tetapi harapannya hampa.

Jebat cuba di pasaraya yang berdekatan tetapi sama juga.  Semua karipap telah habis dijual dan dimakan.

  "Awat masa ni plak semua karipap dah habis pulak? isk..." keluh Jebat.  Tuah yang masih tidak putus asa masih mencari dari gerai ke restoran ke kilang karipap ke kilang tepung ke kilang rempah.  Masih tak jumpa.

Jebat pula menyelongkar bekal makanan yang dibawa oleh pekerja kilang tak kira pekerja Melayu, Cina, India, Bangla, Myanmar dan lain-lain.  Tetapi hampa.  Tiada karipap cuma yang Jebat dapat serangan selipar dan kasut bertalu-talu daripada owner bekal makanan tersebut.

Tuah yang telah letih duduk berehat di tepi toilet rumah kak Limah.  Sambil menghidu bau yang kurang menyenangkan itu, Tuah cuba berfikir di mana karipap yang ingin dicarinya.  Bau yang kurang menyenangkan itu bagi Tuah dapat membantunya menajamkan lagi pemikiran dan fokusnya.

Jebat pula terasa nak membuang air besar dan telah meminjam toilet rumah kak Limah untuk melepaskan hajatnya.  Sambil melepaskan hajatnya, Jebat mencari idea bagaimana ingin mencari karipap yang diidamkan buah hatinya ... Lipo Kiut.

Tiba-tiba ...

  "Treeeettt....treeetttt...." bunyi iPhone 5 Tuah.  Tuah terus melihat nama di skrin iPhone 5 nya.

  "Alamak...Mak la" ucap Tuah.  Jebat yang masih melepaskan hajat pun terkejut.  Terkejut sebab tak perasaan Tuah ada kat luar toilet kak Limah.

  "Mesti dok mengendap aku.  Aku tau la aku hensem," fikir Jebat.

Tuah terus menekan punat pick up call.

  "Ye Mak," Tuah mengeluarkan kata-katanya.

  "Hangpa bila nak balik ni? Nak kena penampaq?" jerkah Mak Malang.  Tuah terkedu.  Penampaq Mak Malang memang dasyat.  Kena sekali, tak nak dah lagi.

  "On the way mak," balas Tuah menggeletar.

  "Cepat balik.  Nanti karipap mak buat habis bapak hang makan.  Ni pun dah tinggal sebijik je mak sempat simpan.  Hang boleh kongsi dengan Jebat nanti", ucap Mak Malang pantas dan terus memutuskan talian.  Nak save kredit la tu.

  "Karipap yang aku cari ada kat rumah rupanya.  Kena balik cepat sebelum Jebat", ucap Tuah terus pantas bergerak balik seperti arnab.

Jebat yang terdengar perbualan Tuah dan Mak Malang terus melepaskan hajatnya sekaligus.  Pantas Jebat keluar daripada toilet dan terus berlari pulang.

Lagi 1 km nak tiba ke rumah, Tuah dan Jebat bertembung.  Apabila Tuah ternampak Jebat, Tuah cuba memantaskan dirinya tetapi Jebat memintas.

  "Tuah, karipap itu milik aku.  Hang jangan nak berebut", Jebat memberi amaran.

  "Tak. Aku punya.  Jangan nak berebut plak", balas Tuah.

Perebutan Karipap yang satu pun bermula ...

Mak Malang yang sedang terapung-apung di udara mula turun perlahan-lahan menyentuh lantai rumah.  Matanya dibuka perlahan.

  "Oh..itulah sebab Tuah dan Jebat berebut karipap", bisik Mak Malang dalam hatinya.  Kepalanya diangkat sebab nak tengok kotak bercahaya.  Sepatutnya sekarang dah start cerita Nur Tembam.  Muka Mak Malang terus berubah.

Mak Malang meneleportkan dirinya ke bilik Tuah dan Jebat.  Tuah dan Jebat yang baru lepas memakai baju terkejut.

  "Sebab hangpa la!" marah Mak Malang sambil menampaq pipi Tuah dan Jebat sebanyak 3 kali.  Kemudian Mak Malang meneleport pergi.  Tuah dan Jebat terpinga-pinga.

Di depan kotak bercahaya kelihatan satu perkataan besar yang menyebabkan Mak Malang panas hati.

"TAMAT"

Cerita Nur Tembam dah tamat rupanya.

**********************************************************************

Takat tu je untuk kali ni.  Sambungannya belum tentu lagi.  Huhu...

Harap korang suka.  Kalau rasa tak best, korang bagitahu saya k?

LINK BERKAITAN:





-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, April 24, 2011

CONTEST KITA KAWAN KAN??


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Sedang seronok berblogwaking tadi, terjumpa blog Revolusi Si Gadis.  Dia ada buat contest dan ni merupakan contest pertama saya selama saya berblogging.  Saja nak try nasib.  Huhu..

Dalam contest ni, kena tempekkan gambar bersama kawan-kawan yang paling gempak.  So, aku pilih gambar ni.


3 perkara yang saya suka gambar ni adalah:

a) Sebab dalam gambar ni saya nampak muda (hehe...)
b) Kawan-kawan saya yang sempoi
c) Masa paling gembira aku masa mula-mula kerja khidmat pelanggan

Tagline menggambarkan blog Cik Gojes:

"Blog tersempoi dan tergempak macam ownernya"

Sekarang saya nak tag 3 orang:


Itu je.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

1ST GIVEAWAY by HAJAR HASAN

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Ini kali pertama saya join Giveaway daripada rakan-rakan blogger ni.  Saja nak try. Lagipun macam best je.

Ini pun merupakan 1st Giveaway by Hajar Hasan.  So, saya fikir bagus juga support kawan-kawan blogger di samping peluang untuk dapat hadiah free (kalau terpilih...huhu).

Giveaway ni tamat pada 22 Mei 2011 jam 11.59pm.  Kalau korang pun nak join, korang boleh ke Blog Coretan Hajar Hasan.

Saya kena tag 2 orang :

1) cik Aisha
2) maskolis

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

AKU MINAT GILER KAT LISA SURIANI ... HUHU


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Saja nak buat gempak.  Tapi saya memang minat sangat kat Lisa Suriani.  Sebab apa ye?  Sebab imej dia.  Dah la cantik.  Imej dia berwatakan baik dan comel.

Kalau dia buat muka marah lagi comel.  Haha.. Macam dalam citer Samseng Jalanan V3... Tak pun masa dalam citer Jangan Pandang Belakang Congkak ... Masa pakai baju kebaya, memang cantik. Huhu...

Apa orang nak cakap pasal dia, saya tak amik port.  Sebab semua orang buat salah.  Semua orang tak sempurna.  So, kita bukan tuhan untuk hukum dan kata orang itu tak baik or tak bagus.  Kita cuma manusia biasa je.

Entry ni saya buat untuk orang yang minat kat Lisa Suriani ... SAYA ...

Harap Lisa Suriani dapat beri lakonan yang lebih baik dalam movie akan datang.  Huhu...

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

MAKAN SAMPAI PECAH PERUT!!!


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Makan sampai pecah perut korang.  Itulah tajuk entry saya kali ni.

Rakyat Malaysia hari ini memang sangat bertuah sebab sumber makanan banyak.  Korang boleh makan kat kedai mamak, restoran, KFC, McDonald dan macam-macam lagi.

Pelbagai jenis makanan terdapat kat Malaysia ni.  Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur dengan keamanan yang kita kecapi sekarang ni.

Pernah tak kita terfikir macam mana keadaan orang-orang yang tak mampu nak beli makanan?  Sanggup berlapar dan mengikat perut untuk pastikan anak-anak dorang dapat makanan?

Cuba kita ingat balik masa zaman penjajahan Jepun dulu, masa tu penduduk Tanah Melayu terpaksa makan ubi kayu setiap hari.  Makanan memang tak cukup sampai ada yang mati kebuluran.

Tapi sekarang, saya pernah tengok makanan yang tak habis dimakan dibuang macam tu je.  Cuba bayangkan makanan tak cukup kat Malaysia ni.  Makanan yang dibuang tu berharga ke tak?

Korang ada pandangan lain?  Boleh kongsi kat ruangan komen kat bawah.

LINK BERKAITAN:

"KALAU KITA RASA SUSAH, ADA ORANG LAGI SUSAH DARIPADA KITA"


-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, April 23, 2011

DAPAT 3 BE BERTURUT-TURUT BULAN APRIL ... APA SAYA DAH BUAT?!

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Alhamdulillah untuk bulan April 2011, saya telah diberikan 3 BE berturut-turut.  Terima kasih Nuffnang sebab masih sudi memberikan saya BE.


Ada gak rakan-rakan blogger yang tanya apa yang saya dah buat sampai dapat 3 BE berturut-turut?

Sebenarnya saya cuma ikut tips-tips blogger yang rakan-rakan blogger saya promote kat INNIT.  Saya cuba buat dan Alhamdulillah, Nuffnang nampak saya. Huhu...

Korang nak tau apa saya dah buat?

1) Saya updated survey dalam Nuffnang
2) Saya cuba buat entry dan post setiap hari
3) Saya hantar tiket tanya bila saya boleh dapat BE
4) Saya cuba kekalkan trafik sekurang-kurangnya 100 unique setiap hari
5) Berdoa
6) Bersabar

Itu je yang saya buat dan Alhamdulillah, saya dapat 3 BE berturut-turut bulan April ni.


Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Nuffnang.  Bersyukur sangat.

Rakan-rakan blogger yang masih belum dapat BE lagi, sabar ok?  Saya pun mula-mula join Nuffnang, lama gak Nuffnang nak bagi BE.  Cuma jangan cepat give up dan sabar.

LINK BERKAITAN:


SALAH SATU CARA TINGKATKAN BACKLINK ANDA!!!
1 BE UNTUK BULAN APRIL!!!
DAPAT BE KEDUA BULAN APRIL!!!
DAPAT BE KETIGA SELEPAS SEHARI DAPAT BE KEDUA!!!


-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, April 22, 2011

SALAH SATU CARA TINGKATKAN BACKLINK ANDA!!!



Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah blogwalking, terjumpa entry post kat salah seorang rakan blogger saya ni.  Macam menarik je.  Boleh bantu saya dan rakan-rakan blogger yang lain tingkatkan trafik ke blog masing-masing.


Kita tengok cara-cara menaikkan traffic blog ...:
  1. Letakkan URL LINK yang mcm kat bawah ni jer untuk artikel yang di tulis dlm blog korang.
6. My Big Family and Friends

Peraturannya:

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2 yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.  Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625
 
SELAMAT MENCUBA!!!! 

LINK BERKAITAN :


Sila Tekan Like Jika Suka

DAPAT BE KETIGA SELEPAS SEHARI DAPAT BE KEDUA!!!

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pagi tadi bangun pagi terus buka netbook.  Huhu... Memang dah jadi rutin tiap-tiap pagi.  Buka Netbook.  Haha...

Tergerak hati nak tengok akaun Nuffnang sebab terasa macam nak dapat dapat BE ketiga.  Buka je tengok terus segar mata yang kemengantukkan.  Haha...

Dapat BE ketiga iaitu Proton Exora (BM) LR. Huhu...


Alhamdulillah. Syukur sebab Nuffnang sudi bagi BE ketiga kat saya.  Kalau dapat yang BE yang keempat pun ok gak.  Haha...

So, dalam bulan April ni saya dapat 3 BE berturut-turut.  Thanks Nuffnang sebab sudi bagi BE pada saya lagi.

Terima kasih banyak-banyak.

LINK BERKAITAN:

1 BE UNTUK BULAN APRIL!!!

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

PEREBUTAN ... PART 3



Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Saya dah cakap akan ada sambungan Part 3 punya.  Macam mana saya nak olah ye cerita untuk Part 3 ni ye?

Kita saksikanlah …

Oh ya..Sesape yang belum baca Part 1 dan Part 2 lagi, boleh baca kat link bawah sekali entry post ni ye?

********************************************************************************************************

Mak Malang duduk bersila di ruang tamu rumah.  Sambil mengurut-urut kakinya.  Dah lama dia tak meneleportkan diri seperti tadi.  Habis sakit kaki dan tapak kakinya.  Tersilap landing tadi.  Sambil tu, matanya tertumpu pada kotak bercahaya di hadapannya. 

    “Sat lagi cerita Nur Tembam nak start.  Tak sabaq nya nak tengok”, bisik Mak Malang perlahan-lahan.  Pada masa yang sama, Mak Malang tertanya-tanya kenapa Tuah dan Jebat bergaduh besar kerana sebiji karipap.

Mak Malang menutup mata.  Mak Malang mempunyai pelbagai jenis hikmat yang Tuah dan Jebat belum dapat belajar lagi.  Mak Malang terus mengaktifkan tenaga dalamannya dan bersedia untuk melancarkan hikmat terlarang.  Kenapa terlarang?  Sebab hikmat ni menggunakan tenaga yang banyak dan penumpuan sepenuhnya.

  “Aktifkan Hikmat Rewind Time” bisik Mak Malang perlahan.  Secara perlahan-lahan badan Mak Malang terangkat ke udara.

REWIND … REWIND … REWIND …

Tuah dan Jebat sedang berjalan pulang dari sekolah.  Tiba-tiba mereka disapa dari belakang.

  “Tuah! Jebat!”.   Tuah dan Jebat terkejut.  Secara spontannya mereka mengaktifkan hikmat penampar ke pipi lawan tanpa henti-henti.

  “Alamak.  Lipo Kiut la”, jerit Tuah dan Jebat serentak.  Lipo Kiut memandang Tuah dan Jebat sambil memegang pipinya yang bengkak.

  “Awat hang buat kami terkejut? Kan dah terkena penampaq”, ujar Tuah dengan muka tidak bersalah.

Lipo Kiut terus memaling muka dan badannya.  Mukanya yang bengkak diurut-urutnya.

Tuah dan Jebat mula mengelabah.  Lipo Kiut ni kira awek yang paling jambu dan feymes la dalam sekolah mereka.  Tuah dan Jebat dah lama suka kat Lipo Kiut ni.

  “Lipo Kiut. I’m sorry.  Please sorry Tuah”, Tuah cuba menunjukkan kepandaiannya berbicara dalam bahasa Inggeris.

Jebat pun tak nak kalah.

  “Jebat bukan sengaja Lipo Kiut. Sorry Jebat gak ye?”, Jebat membuat muka manja dan suara kemanjaan.

Lipo Kiut berhenti berjalan.  Sambil tidak memalingkan mukanya ke arah Tuah dan Jebat.

  “Sorry? Berani hangpa bagi penampaq kat awek paling jambu kat sekolah ni.  Kalau hangpa nak kawan balik, Lipo Kiut nak karipap berintikan Jem Nenas.  Sekarang!”

Tuah dan Jebat terpinga-pinga.  Kemudian …

  “Tuah pasti akan dapatkan untuk Lipo Kiut”, Tuah pantas bergerak seperti arnab mencari lobak.

  “Tak.  Jebat akan dapatkan untuk Lipo Kiut”, pantas Jebat menghilangkan diri.

Lipo kiut tersenyum sendiri …

**********************************************************************************************************

Saja nak perkenalkan satu-satu watak baru dalam cerita merepek saya ni.  Huhu… Part 4 dalam proses pembikinan dan akan dipostkan tak lama lagi.

Harap korang suka cerita merepek aku ni. Hahaha..

Diharap dapat la tinggalkan sedikit komen untuk post kali ni ye?


p/s : cerita di atas cuma rekaan semata-mata dan tidak melibatkan sesiapa yang telah hidup mahupun mati.


LINK BERKAITAN:


-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

DAPAT BE KEDUA BULAN APRIL!!!

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Tadi buka akaun Nuffnang jap.  Nak tengok berapa RM dah dapat.  Huhu… Gaji masuk 25hb ni.  Duit ada lagi tapi saya memang push diri saya untuk berjimat.  Huhu…

Anyway, kita balik pada buka akaun Nuffnang tadi. Masa nak tengok Jumlah Earning, saya ternampak ada 2 BE.  Mula-mula konfius gak tapi akhirnya tersedar gak.  Seronok gila rasanya.


Terima kasih Nuffnang sebab sudi bagi saya 1 lagi BE.  Kalau Nuffnang baik, bagi la lagi BE kat saya ek? .. :-p

BE pertama saya dapat pada 16hb April 2011.  BE kedua saya dapat pada 21hb April 2011.  4 hari je dah dapat BE kedua. Syukur Alhamdulillah.

Saya bersyukur sebab ada gak rezeki saya untuk bulan ni.  Ingat 1 BE je tapi last-last 2 BE juga. Alhamdulillah.

Kalau kawan-kawan blogger ada komen, sila-silalah tinggalkan di ruangan komen ye?


LINK BERKAITAN :


1 BE UNTUK BULAN APRIL!!!

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, April 21, 2011

PEREBUTAN ... PART 2


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Hari terasa nak buat sambungan Kisah Perebutan yang lepas.  Huhu... Kepada kawan-kawan blogger yang belum baca PART 1 lagi, boleh la baca klik Perebutan ... Part 1.

**********************************************************************************

Mak Malang tersenyum puas.  Berjaya melempang Tuah dengan tangannya yang besar.   Tiba-tiba ....

  "Booommmm!"

Bunyi letupan hikmat keramat di belakang rumah.  Mak Malang terkejut.

Scene : Belakang rumah ...

  "Tuah, pertarungan hang dengan aku belum lagi habis", jerkah Jebat dengan garangnya.  Tuah termanggu-manggu.  Menahan pipinya yang sakit dilempang Mak Malang.

  "Hang ni...isk2...", Tuah mengeluh.  Secara tiba-tiba Jebat terpelanting mencium dinding batu bata rumah mereka.

  "Hikmat 7 Gaya Penampaq Ikang ... Gaya 1 ... Penampaq ikan Keli kesedihan!" jerit Tuah sambil menghayun-ayunkan tangannya ke udara.  Jebat yang tidak sempat mengelak mencium dinding batu bata rumah mereka.  Tuah tersenyum geli gelian.  Bangga dan takbur kejap.

Jebat bangun sambil mengurut-urut mulutnya.  Dah la dinding batu bata ni baru dicat dengan cat minyak warna coklat.  Habis muka dan baju Jebat berwarna coklat.  Jebat tension.

  "Hang main tipu.  Mana aci!" Jebat jerit marah kemanjaan.

  "Aci kat India la.  Geli aku hang jerit manja-manja tu", balas Tuah sambil tergerak-gerak badannya kegelian.

  Argh...aku dah marah.  Hikmat 7 Gaya Gigitan Haiwan Darat ... Gaya 1 ... Gigitan Siput Sedut!" pantas Jebat menyerang.  Tuah yang masih kegelian bergerak sepantas arnab sambil mengelak gigitan Jebat.

  "Hahaha...tak kena pun", Tuah menjelirkan lidahnya.  Jebat makin panas.

Mak Malang muncul.  Mak Malang pakar dalam meneleportkan dirinya.  Tuah dan Jebat belum belajar lagi hikmat tu.

  "Tak habis lagi ke? ... Nak lagi ke?", soal Mak Malang dengan pandangan sinis.  Tuah dan Jebat tunduk membisu.

  "Awat senyap? Meh la ambik karipap ni?", cabar Mak Malang.  Mata Tuah dan Jebat terpaku pada karipap yang Mak Malang pegang di tangan kirinya.  Semangat waja mereka makin meluap-luap.  Tak sabar untuk merampas karipap itu.

Tuah dan Jebat mula membuka langkah.  Mengaktikfkan Hikmat Terulung masing-masing.

  "Lambat la hangpa ni.  Ngap...ngap..." Mak Malang tanpa disedari sedang menjamah karipap yang diidam-idamkan oleh Tuah dan Jebat itu dalam dua gigitan je.  Mak Malang tersenyum sinis dan terus meneleportkan dirinya pergi.

Tuah dan Jebat tertunduk kekalahan.  Semangat waja mereka hancur berkecai.  Tak mampu untuk hidup lagi.  Rasa seperti nak lari sejauh yang mungkin tapi kaki tak terdaya.

Mak Malang meneleport kembali.

  "Dah kalah tu tak tau nak pi mandi ka?" soal Mak Malang sambil memandang tajam.  Tuah dan Jebat bangun perlahan-lahan menuju ke bilik mandi.  Dengan hati yang duka.

Harapan mereka musnah hancur berkecai ...

********************************************************************************

Kisah ni belum ending lagi.  Tunggu untuk Part 3 plak ye?

Kalau korang tak suka or nak komen apa-apa, drop kat ruangan komen kat bawah ye?

Komen yang membina korang amat saya hargai.


p/s : cerita di atas cuma rekaan semata-mata dan tidak melibatkan sesiapa yang telah hidup mahupun mati.


LINK BERKAITAN:




-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, April 20, 2011

KESIAN KAT KAWAN-KAWAN KITA...JANGAN SEKSA DORANG!


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog saya yang tidak seberapa ini.  Huhu...

Tajuk kali ini saja nak kongsi pandangan saya. Mengenai apa ye?  Mengenai blog yang terlalu banyak widget.  Bukan niat saya nak memburuk-burukkan blog-blog lain.  Ini yang berlaku dalam dunia blogging.  Kita tidak peka macam mana kawan-kawan kita nak loading page blog kita yang terlalu banyak widget.

Ada sesetengah widget menghalang entry post sampai tak dapat baca.  Kadang-kadang ada blogger yang fed up dan terus tak nak datang blog kita.  Siapa yang rugi? Kita juga kan?  Kita dah hilang beberapa trafik.

Memang sifat manusia inginkan blog yang cantik.  Tapi tak perlu letak banyak sangat widget sampai loading page jadi lembab.  Kita kena faham, sesetengah kawan kita pakai broadband yang ada limit.

Kalau nak trafik datang blog kita dan kita dapat sebarkan maklumat yang ingin kita sampai, ingat-ingatlah kawan-kawan kita.  Janganlah seksa dorang.  Huhu...

Jom kita check blog kita.  Laju ke lembab nak loading.

Klik kat sini untuk Check --> Website Speed Test


Kalau lebih 100KB, tengok-tengoklah apa yang boleh dibuang.  Kalau kurang, kira dah orait la blog korang tu.

Janganlah kita seksa kawan-kawan kita.

p/s : Entry ni cuma nak share.  Sharing is Caring.  Kalau ada yang terasa, saya minta maaf.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, April 19, 2011

PEREBUTAN ... PART 1


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terima kasih kerana masih sudi melawat blog saya yang tidaklah seberapa cantik sangat tapi tuan punya hensem. Haha.. Hari ni terasa nak buat entry merepek sikit. Nak keluarkan apa yang saya mengelamun sekarang.

Saksikan...

*******************************************************************************

Tuah memandang Jebat.  Jebat memandang Tuah.  Mereka saling memandang.  Saling merenung.

  "Aku nak bunuh hang Tuah!" Jerit Jebat tiba-tiba.  Tuah yang tengah fokus memandang dan merenung Jebat terkejut sambil mengurutkan keningnya.

  "Meh la. Aku tak takut pun", Tuah mengejek Jebat sambil menjelirkan lidah.  Jebat makin panas.  Memang tengah panas.  Jebat berpeluh-peluh.

  "Tuah, sebelum aku nak serang hang, aku nak mintak something la", Jebat mengeluarkan kata-katanya.

  "Hang nak apa?" Tanya Tuah.

  "Wei.. Panas la kat sini. Jom la kita gaduh kat bawah pokok sinun", ujar Jebat sambil menundingkan jarinya ke arah pokok rendang di hujung sinun.

  "Orait. Aku pun panas ni", jawab Tuah pantas melompatkan dirinya ke arah pokok tersebut.  Jebat menurut dengan sepantas arnab.

   "Jom mulakan!" jerit Tuah.  Tuah mula membuka langkah menyerang.  Jebat memandang waspada.

  "Terimalah hik ... adoi!" tiba-tiba Tuah menjerit sakit.  Jebat terpinga-pinga.  Mukanya pucat tak berkaler.

  "Hangpa berebut karipap sebiji sampai nak bunuh-bunuh awat hah? Nak kena penampaq!" jerit Mak Malang, ibu si Tuah dan Jebat.

  Muka Tuah yang merah dilempang oleh emaknya pucat dan merah.  Jebat terus lari masuk ke rumah.  Tuah merasakan dirinya dalam keadaan yang sangat bahaya terus melancarkan hikmatnya ... Hikmat Langkah Seribu ...

Di bawah pokok itu, Mak Malang tersenyum kepuasan...

********************************************************************************

Macam mana?  Best tak cite tadi? Kalau nak lagi, bagitau.  Mungkin ada sambungannya... Hahaha...

p/s : cerita di atas cuma rekaan semata-mata dan tidak melibatkan sesiapa yang telah hidup mahupun mati.


LINK BERKAITAN:



-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, April 17, 2011

KALAU TUNANG/AWEK/PAKWE SENDIRI TAK INGAT BIRTHDAY KORANG, APA KORANG RASA?


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Tajuk post kali ni agak beremosi sikit. Cuma nak kongsi dan nak tanya pendapat rakan-rakan blogger saya tentang tajuk kat atas.

Kalau korang dah bertunang or ada awek atau pakwe dan dorang langsung tak ingat birthday korang, apa korang akan rasa?  Tambah lagi kalau dorang kata perkara tu benda kecil je.  Korang tunggu dorang wish tapi sampai lepas seminggu pun dorang tak wish pun.  Apa korang rasa?

Korang mesti akan cakap, "dorang sibuk or dorang nak buat surprise la tu".  Tapi semua benda tu salah dan dorang memang tak amik tau pun.  Apa korang rasa?

Yang bestnya, korang call 5 minit sebelum birthday korang tamat, dia angkat dan cakap acuh tak acuh je.  Korang mesti harap dorang ingat tarikh birthday korang kan? Tapi dorang just biar je korang.  Yang hairan, kawan-kawan yang lebih awal wish korang tapi tunang/awek/pakwe korang just ignore je.

Teremosi plak. Hahaha... Just nak tahu apa korang rasa dan sebabnya.  Sudi-sudilah share di ruangan komen kat bawah ye?

Terima kasih.

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, April 16, 2011

1 BE UNTUK BULAN APRIL!!!


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Akhirnya hampir sebulan tak dapat BE, hari ini saya check akaun nuffnang saya, dah dapat 1 BE untuk blog saya yang tak seberapa ni.  Huhu...

Saya gunakan tips-tips yang disarankan oleh kawan-kawan blogger untuk dapatkan BE iaitu:

1) Selalu update Post
2) Update survey
3) Hantar ticket pada Nuffnang
4) Tingkatkan trafik ke blog saya

Kepada blogger yang terlibat, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak.  Tips-tips yang diberikan memang berguna.

Tak lupa pada pihak Nuffnang, terima kasih kerana sudi beri saya 1 BE.  Kalau nak bagi lebih, saya alu-alukan. Haha...

p/s: saya akan buat my first giveaway nanti ... bukan contest tapi just giveaway ... Saya akan umumkan nanti.
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, April 14, 2011

JANGAN PANDANG HINA PADA ORANG YANG KERJA DI TEPI JALAN!!!


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Tajuk hari ini mungkin agak kasar sikit tapi cuma nak ingatkan diri saya sendiri dan mungkin rakan-rakan blogger yang terlibat (tak semua k?..so, no heart feeling...huhu).

Macam mana aku terfikir nak buat tajuk ni?

Macam ni ceritanya, tadi aku drive ke bank untuk menjalankan urusan memasukkan duit ke dalam akaun.  Bukan pergi untuk belajar memasak mahupun menganyam.

On the way nak balik tu, aku ternampaklah seorang pakcik sedang menolak kereta sorong.  Maka, terciptalah entry ini.

Saya pun bukan habis je belajar, terus dapat kerja yang sekarang ini.  Saya pun bermula dari bawah.  Bak kata pepatah saya sendiri la ... kalau kita tak rasa susah, kita takkan hargai hasilnya ... Huhu...

Contohnya:
Kalau tiada orang yang buat jalan, takkan ada jalan di Malaysia ini.  Betul tak?

Mereka pun perlulah kita hargai.  Tak payahlah kita nak pandang hina pada mereka.  Tak perlulah kita nak berlagak dengan kereta mewah kita.  Kereta mewah yang kita drive pun atas jalan yang mereka buat.  Betul tak?

Mereka juga manusia macam kita.  Mereka pun ada perasaan macam kita.  Mereka kerja sebab nak tampung perbelanjaan anak dan isteri mereka.  Kalau ada mak dan ayah, nak tanggung juga.

Entry ini cuma nak mengingatkan diri saya dan rakan-rakan blogger je.  Kalau ada terasa hati, saya mohon maaf ye?

p/s : Jangan saman saya ye?...huhu..

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, April 13, 2011

PENIPUAN INTERNET YANG PERLU DIKETAHUI!


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Dalam dunia internet, terdapat banyak penipuan yang boleh menyebabkan kita bengang.  Sebab apa kita bengang?  Sebab kena tipu.

So, saya ada satu ebook PERCUMA yang boleh memberikan sedikit maklumat mengenai Penipuan-penipuan yang berlaku dalam dunia internet ini.

Korang nak tak?  Percuma je.

Kalau korang nak, DOWNLOAD eBook percuma kat SINI.

Semoga maklumat dalam ebook tu dapat memberi pemahaman tentang penipuan-penipuan yang berlaku dalam dunia internet.

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

MENANG SAMSUNG GALAXY TABS DENGAN SMS SAJA!!!


Salam sejahtera semua blogger.

Saya nak menang Samsung Galaxy Tab.  Korang nak ke?

Ada 3 buah Samsung Galaxy Tabs untuk dimenangi.  Korang boleh hantar berapa banyak sms yang korang nak.  Prepaid sendiri la. Haha...

Tapi, kalau korang bernasib baik, dan dapat menang Samsung Galaxy Tabs, korang seronok tak?

Kalau saya yang dapat ... yabedabedu... best nyer!!!

Korang mesti tertanya-tanya kat mana nak sms kan?

JOM...JOM...Tengok kat SINI.

Huhu....

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, April 12, 2011

GOLD COAST ... HERE I COME!!!


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger semua.

Hehe...Sempoi kan tajuk entry kali ini.  GOLD COAST ... HERE I COME!!!

Korang nak tak pergi Gold Coast?  Sape tak nak angkat tangan... Huhu..

Tahun ni AirAsia bagi peluang kepada korang yang nak pergi Gold Coast dengan harga yang berpatutan.

Betul ke? Nape? Tak Percaye ek?

Betul!!! Harga yang dorang tawarkan termasuk tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan hotel!

Kalau korang nak pergi Theme Park dan Trip ke Harbour Town, ada Pakej Gold Coast SuperSaver.

Ada banyak lagi pakej-pakej menarik kat SINI.  Tengok la. Mungkin ada cukup bajet, boleh pergi GOLD COAST!!!

p/s: kalau ada bajet lebih, sponsor la saya ek?...haha..

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

[BUKA SEKARANG] pelancaran Video Buat Duit dengan Bisnes Printing!


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Yang ditunggu sudah tiba!

Video Buat Duit dengan Bisnes Printing dilancarkan sekarang!

Lihat sekarang ---> KLIK SINI

Terdapat beberapa rahsia bakal dibongkarkan kepada anda.
Download video tersebut dan sama-sama kita lihat rahsia disebalik buat duit dengan bisnes printing.

Adakah ianya sesuai dengan anda?

Adakah benar keuntungan yang diperolehi sungguh lumayan?

Apakah produk HOT yang laris sepanjang zaman?

Jom tonton video tersebut!

Klik disini ---> KLIK SINI

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

AMARAN!! JANGAN BUAT DUIT DI INTERNET JIKA TIADA ILMU!!


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.


Setiap hari ada sahaja skim-skim yang muncul di internet ini, setiap hari jugalah ada sahaja mangsa-mangsa yang menyertainya. Kebanyakannya, mereka yang terdesak memerlukan wang, dan disebabkan itulah mereka menyertai skim-skim ini.

Kenapa jadi begini? Kawan-kawan sekalian, janganlah anda mempercayai email-email spam yang masuk di dalam inbox anda yang mempromosikan skim-skim buat duit di internet. (email spam bermaksud, email yang diterima tanpa anda kehendaki, tidak mengenali siapa diri penghantar, tidak pernah mendaftarkan email anda untuk menerima email daripada mereka dan lain-lain.

Tidak di nafikan, saya juga pernah menyertai skim-skim ini, dan saya mengaku ketika itu saya tiada ilmu tentang perniagaan internet kerana saya sangkakan skim-skim inilah yang dinamakan perniagaan internet atau buat duit di internet. Tetapi ia adalah skim-skim yang akan mengkayakan pihak penganjur sahaja dan sudah semestinya bukan perniagaan internet yang sebenar!!

Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi kepada anda semua, untuk pengetahuan anda semua saya adalah seorang usahawan internet. Saya menjalankan perniagaan internet dan sudah semestinya buat duit di internet.

Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan internet?

Pengguna internet menjadikan internet sebagai platform untuk berurusniaga sama ada menjual produk fizikal, digital atau menawarkan perkhidmatan kepada pelawat yang berminat.

dan bukannya mendaftarkan diri, dan membayar pendaftaran ahli, promosikan pada kawan-kawan, ajak sertai sama, sampai bila?? Apakah produk yang didagangkan? Dan ini sudah terbukti bukan perniagaan internet. Renung-renungkanlah.

Kawan-kawan sekalian, tahukah anda blog juga boleh menghasilkan pendapatan? Ya!! Anda juga boleh buat duit dengan blog anda. Jadi, jangan lepaskan peluang!!

Kepada mereka-mereka diluar sana, saya harap, penulisan artikel saya ini akan menyedarkan anda untuk tidak menyertai skim-skim di internet. Jika anda benar-benar ingin menceburi bidang perniagaan internet, anda sebenarnya boleh memulakannya tanpa modal.. Ya!! Saya dahulu bermula tanpa modal. Modal yang sebenar adalah ilmu, tanpa ilmu saya juga tidak akan merasa duit daripada internet.

Nasihat saya, dapatkan ilmu sebelum anda menjalankan perniagaan internet. Jika anda berminat serta serius untuk menjalankan perniagaan internet..

Dapatkan Ebook 7 Langkah Mudah Buat Duit Di Internet. Sudah semestinya pelaburan yang berbaloi-baloi.

JOM START BUAT DUIT DI INTERNET!!!
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, April 11, 2011

APA YANG KORANG TAK TAHU?


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Tajuk kat atas memang agak menarik perhatian kan? ... haha ...

Sesiapa ada kereta, angkat tangan.  Cepat! Cepat! Hehe... Saja je...

Actually ini berkenaan Proton Exora.  Apa yang korang tak tahu?

Cuma nak memberi gambaran lebih jelas lagi mengenai Proton Exora.

Korang cuba la amik KUIZ ni.  Boleh tambah ilmu.

Good luck.

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, April 10, 2011

KORANG RASA KORANG SIHAT KE?


Salam sejahtera semua blogger.

Korang rasa korang sihat ke?

Jawab je dalam hati.  Sendiri tahu diri sendiri sihat ke tak.  Huhu...

Saya?  Hehe... No Comment.  Tapi saya dah amik test untuk tengok saya ni sihat ke tak?

Korang pun try la.  Tak rugi pun.  Kena jawab 15 soalan je.  Jawab sejujurnya.  Baru korang dapat tips-tips yang berguna untuk jadi sihat.

Jom.. Klik TEST dan jawab soalan dengan jujur.

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka