Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, August 15, 2011

"CERMINLAH DIRI TU DULU"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada orang yang takut tengok cermin. Ada orang yang tak suka tengok cermin. Ada orang yang suka tengok cermin. Korang rasa korang orang yang mana?

Orang yang takut tengok cermin ni jenis yang kurang keyakinan diri. Dia menganggap diri dia tak bagus dan terlalu merendahkan diri. Dia takut nak pandang diri dia dalam cermin sebab takut apa yang dilihat tak seperti yang diharapkan.

Orang yang tak suka tengok cermin adalah seorang yang tak pernah nampak salah sendiri. Tapi salah orang lain, dia boleh buat huraian lengkap siap dengan graf bar dan carta pai lagi. Tapi dia tak suka tengok cermin sebab dia menganggap diri dia dah cukup bagus dan sentiasa betul.

Orang yang suka tengok cermin sentiasa sedar tentang kekurangan diri. Orang seperti ini membandingkan dirinya dulu sebelum melihat orang lain. Perbandingan yang positif melahirkan keyakinan yang tinggi untuk terus maju. Orang yang sentiasa memandang cermin sanggup melihat diri sendiri dan cuba memperbaiki diri. Teguran yang baik dan bermanfaat untuk dirinya pasti diterima.

Pernah ke korang fikir bila korang pandang diri korang dalam cermin, apa yang korang nampak?

Lontaran pendapat secara spontan daripada saya. Keluar seperti yang dicatatkan dalam minda saya.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. nampak keburukan diri saya sendiri kuikuikui...

    ReplyDelete
  2. aku jarang tgk cermin.. bukan x suka tp tah la.. hu hu

    ReplyDelete
  3. nmpk diri sendiri. hihi. keburukan dan kecantikan.

    ReplyDelete
  4. abyan mmg suke ngadap cermin.. hehe.. tapi tu pun time duk sorang ler.. kalau depan org, malu jgk nak tgk cermin..

    ReplyDelete
  5. saya dulu tak suka tgk cermin.. pakai tudung pon gitu aja tanpa tgk cermin.. saya malu sangt2 tgk diri saya... sekarang??? sebelum kuar umah wajib tgk cermin, bila tak tgk cermin rasa macam org tgk saya dan mungkin tudung saya senget sebelah..:)

    ReplyDelete
  6. kena tengok cermin selalu sebab nak lihat baik buruk diri sendirikan? sebelum orang mengata lebih baik kita sendiri sedar

    kakak tengok cermin apabila perlu je, nak keluar rumah hihihihi

    ReplyDelete