Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Thursday, June 21, 2012

"SAYA TERIMA DIRIMU SEADANYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Harta bukan penjamin kebahagiaan.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, May 30, 2012

CINTA MUKA BUKU?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang mesti pernah dengar lagu nyanyian Najwa Latif yang hot gitu - Cinta Muka Buku. Entry ini bukan berkisar mengenai lagu itu. Medium Facebook ini kalau tidak disalahgunakan, akan memberikan kebaikan. Sekarang ini bila berlaku kes cerai, salahkan facebook. Bila berlaku kes gaduh awek dan balak, salahkan facebook. Sebenarnya diri sendiri yang salah tapi salahkan facebook. Padahal, facebook cuma medium sosial yang membantu menghubungkan orang di mana-mana sahaja di dunia ini.

Saya dan wife sebenarnya belajar di universiti yang sama iaitu UiTM Seri Iskandar. Kami pun adalah OC ataupun Pembantu Minggu Mesra. Disebabkan masa saya belajar dulu, saya salah seorang daripada Perwakilan Pelajar ataupun dikenali Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), hampir semua student kenal sebab gambar MPP memang terpampang di fakulti masing-masing.

Tapi, saya dan wife langsung tak bertegur sapa dan mungkin ada tegur sikit-sikit tapi memang saya tak ingat. Masa itu saya dengan orang lain. Selepas habis belajar di universiti, saya terus kerja. Masa itu saya suka juga buka facebook. Saya terjumpa page wife saya dalam Group Pembantu Minggu Mesra Siswa dan saya add sebagai kawan.

Masa itu, wife saya pun dengan lelaki lain. Saya dengan orang lain. So, kami sembang sebagai kawan je la. Kemudian, terus terputus hubungan. Suatu hari, saya buka facebook dan ternampak status dia cakap "bosan". Saya secara spontannya comment kat wall dia "Meh saya teman". Dia pun balas. Kami pun berbalas-balas komen sampai ke chat. Masa itu, baru saya tahu dia dah putus dengan ex boyfriend dia. So, dengan niat untuk bagi dia semangat dan ceriakan dia, saya pun minta nombor handphone dia. Dapat.

Esok pagi, saya pun wish good morning dan masa itu mulalah sesi berbalas mesej sehinggakan keluar dating naik komuter. Kemudian, kami pun keluar sehingga pertemuan kali ketiga rasanya, saya bawa ibu saya berjumpa dengan famili dia untuk bincang perkahwinan kami. Masa itu, famili wife saya balik kampung di Sauk, Kuala Kangsar. So, senanglah saya bawa ibu saya ke Sauk, Kuala Kangsar sebab kami tinggal di Sungai Bakap, Penang saja.

Perbincangan berlaku antara ibu dan famili dia dengan rancaknya. Famili dia pun baik-baik belaka. Kata putus diambil tunang sebelum akad nikah. Maknanya, tunang dulu kemudian terus akad nikah. Semua setuju untuk majlis diadakan pada 10hb Mac 2012. Kalau korang nak baca mengenai berapa lafaz kabul saya, boleh baca di SINI. Kalau nak baca dan tengok gambar sanding saya, boleh baca di SINI.

Sekarang saya dan wife saya dah kahwin serta wife saya pun dah berbadan dua. Jodoh depan mata saja tapi kami tak pernah nampak atau perasan. Yang pasti, medium sosial facebook yang menyatukan kami berdua. Terima kasih Facebook. Hehehe.

p/s : Hidup bujang dan hidup berkeluarga ini memang sangat berbeza. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, May 12, 2012

NASIHAT PALING BANGANG....

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam masa tengah drive nak balik Klang, saya dengar radio Era.FM. Masa tu ada satu slot untuk Brother Love yang bantu bagi nasihat untuk masalah cinta. Malam semalam ada seorang perempuan ni ada masalah tak dapat lupakan bekas kekasih lelaki dia. So, dia minta nasihat Brother Love ni.

Korang nak tahu apa nasihat si Brother Love ni? Dia suruh pergi cari boyfriend baru. Dia suruh cari cepat-cepat supaya si perempuan tu dapat lupakan bekas kekasih lelakinya. Ada ke bangang bagi nasihat macam tu. Menggalakkan lagi maksiat.

Sepatutnya si Brother Love ni kena suruh si perempuan ni sentiasa bertawakal dan ingat Allah selalu. Mohon kepada Allah supaya diketemukan jodoh yang baik. Nasihat yang diberikan tu lebih ke arah kebaratan. Kalau si perempuan tu cari kekasih baru dan kekasih baru dia tu lagi teruk daripada bekas kekasih lama dia, macam mana? Si perempuan tu masih dapat lupakan bekas kekasih lagi tak?

Ini cuma pendapat saya. Korang ada pendapat lain tak?

p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah.

Wassalam.

-NASZ-

*ditulis dari ipad isteri saya. Hehehe*
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, April 28, 2012

MENGAKU CINTAKAN BAPA MERTUA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Betul lah orang kata cinta itu buta. Demi cinta, orang sanggup buat apa saja. Ada yang sanggup lari dengan kekasih tinggalkan keluarga. Ada yang sanggup buang keluarga demi cinta. Memang dasyat betul penangan cinta ni.


Ini berita dalam Akhbar Metro hari ni yang ceritakan menantu perempuan yang memang dah lama bercinta dengan bapa mertua dia. Dorang dah mula bercinta sejak sebelum si perempuan kahwin dengan menantu kekasih gelapnya.


Hubungan dorang putus sehingga si perempuan berkenalan dengan anak kekasih gelapnya tapi tak tahu lelaki yang dia kenal tu anak kepada kekasih gelapnya. Bila dia dapat tahu, hubungan yang terputus dulu berputik semula.


Bapa mertua dia pujuk kahwin dengan anak lelaki dia tu supaya dorang lebih dekat. Memang penangan cinta ni dasyat betul tu kan?


Korang boleh baca berita dalam gambar kat atas.


p/s : Jangan lupa VOTE untuk Digi WWWOW Award kat sebelah ye?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, November 1, 2011

SEGMEN BLOGLIST KERI : SEBARKAN WALAU 1 AYAT

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya telah ditag untuk join segmen ni. Nampak menarik. So, dengan senang hatinya saya join. Ini segmen pertama sejak blog Keri ni diwujudkan.

Keri minta saya kongsikan satu mutiara kata atau kata-kata hikmat atau hadis atau apa-apa saja yang bagi inspirasi dalam hidup saya. So, saya decide untuk pilih:


Saya tag:

Eida Arina
Zul Fattah

p/s : Saya rasa ini adalah terbaik untuk dikongsi.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, September 30, 2011

BILA DAH JATUH CINTA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bila dah jatuh cinta, rasa dunia ni indah je bila dengan si dia.

Bila dah jatuh cinta, kalau bole nak duduk dengan si dia je 24 jam sampai mati.

Bila dah jatuh cinta, sanggup berhabis duit semata-mata nak tengok si dia gembira.

Bila dah jatuh cinta, kena dengar suara si dia setiap masa.

Bila dah jatuh cinta, kalau korang pandai, ce sambung. Hehehe.

p/s : Dari pengalaman sendiri. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, August 25, 2011

TIGA KATA...


An Ideal Snack To Munch On Should Be Monstrously Delicious!

We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!

How Low Can You Go?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang dah dengar lagu baru KRU? Tajuk lagunya ... Tiga Kata. Korang mesti dah dengar kan? Kalau tak dengar, pergi dengar sekarang baru sambung baca entry ni. Hehehe.

Tiga kata yang dimaksudkan dalam lagu adalah "Wo Ai Ni", "I Love You" dan "Aku Cinta Padamu". Ada lagi tapi korang dengar sendiri la lagu tu. 

Tiga kata ni bagi saya kalau susah nak sebut pun tak bagus, kalau selalu sebut pun tak bagus. Bagi saya, bila masa yang romantik dan surprise kita sebut Tiga Kata ni, baru bermakna dan si dia akan ingat moment tu. Betul tak? Kalau tak betul, sila betulkan k? Hehehe.

Bila susah sangat nak sebut, si dia ingat kita tak sayangkan dia dan cuma nak mainkan dia. So, boleh gaduh dan berpisah. Rugi je sebab padahal dua-dua yang salah. Susah sangat nak bagitau hati masing-masing. Siapa yang rugi? Dorang gak.

Bila senang sangat sebut, si dia ingat kita tak ikhlas dan fikir bila senang sangat kita sebut Tiga Kata tu, tak ada makna dah Tiga Kata tu pada si dia. Sebab apa? Sebab senang sangat disebut dan bila disebut pun, tak ada sebarang perasaan sayang diletakkan dalam Tiga Kata tu.

Tapi, yang penting, kalau dah jodoh, pergi balik pergi balik, khawin gak dengan jodoh kita tu. Kan?

Pendapat saya je. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 15, 2011

MAMPU KE SAYA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah lepak-lepak lepas layan pelanggan yang berduyun-duyun datang berurusan, tiba-tiba saya terfikir.

"Dah bersedia ke saya?"

Ada beberapa orang kakitangan saya yang akan melangsungkan perkahwinan dorang tahun depan. Terfikir saya, dah bersediakah saya untuk menempuh alam perkahwinan? Duit hantaran dan mas kawin, Insya Allah dah ada.

Tapi tengah fikir lepas kahwin camne ye? Mampu ke saya jadi suami yang mampu memimpin bakal isteri saya? Nak pimpin diri sendiri pun masih dalam progress. Hehehe. Nanti bila dah ada anak, nak didik anak lagi.

Banyakkan saya fikir? Perasaan nak kawin tu ada tapi tak sampai seru dan takde jodoh. Tapi percaya ada ketentuan Allah, kalau dah sampai jodoh, saya kawin, kalau belum sampai jodoh, sabar je la. Hehehe.

Bilalah dapat berkawan dengan Heliza Helmi ni. Hehehe. Ada sesiapa nak kawin dengan saya?

Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, August 4, 2011

"KENAPA AWAK SELALU CONTACT SAYA?"

MENARIK:

TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak korang kenal seseorang tu dan tiba-tiba dia selalu contact korang? Tak kira la SMS atau fon. Korang pernah tertanya kenapa tiba-tiba selalu sangat dia contact?

Lelaki atau perempuan, sama je. Pada pendapat saya, si dia sebenarnya suka kat korang. Bila kita suka kat seseorang, kita akan usaha cari macam- macam maklumat si dia betul tak? Bila kita dah makin kenal dengan si dia, kita akan jatuh cinta. Tapi kadang- kadang akan tertanya-tanya. Berani ke kita nak bagitau perasaan kita yang sebenarnya pada dia? Ada yang berani ambil risiko untuk bagitau si dia. Risikonya adalah bila kita dah bagitau, persahabatan kita takkan sama seperti dulu.

Pelik kan manusia ni? Tapi itulah menjadikan manusia ni unik. Nak jatuh cinta tak perlu masa yang lama. Ada yang dalam masa beberapa hari je. Ada gak yang ambil masa berbulan-bulan. Tapi bagi seseorang pernah dikecewakan, walaupun dia suka si dia, dia akan ambil sifat berhati-hati. Bila si dia bagi signal tak suka, secara automatik dia akan undur diri dan jauhkan diri daripada si dia. Korang rasa kenapa ye?

Sebabnya dia tak nak rasa terluka lagi.

Betul tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

BEZA "SUKA" DAN "CINTA"

MENARIK:

TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Lambat betul saya updated blog hari ini. Internet kat ofis ni problem plak. Mungkin ada hikmahnya. Boleh saya settlekan kerja yang bertimbun. Hehe...

Saja nak cerita tentang perbezaan "suka" dan "cinta" dalam konteks pendapat saya. Ada sesetengah orang tak dapat bezakan apa itu perasaan suka dengan cinta. Ada gak yang memang dapat bezakan.

Pada saya perasaan "suka" simple je dan perasaan "cinta" ni agak complicated. "Suka" berlaku apabila kita sukakan seseorang. Kita suka kepada dia sebab sesuatu yang kita suka ada pada dia. Antaranya, cantik/hensem, caring, senyum dan macam-macam lagi. Tapi, bila kita terperasan sesuatu yang kita tak suka tentang dia ada pada dia, perasaan suka tu akan hilang.

Tapi berbeza dengan cinta. Kita tetap suka semua tentang dia. Pernah dengar ayat ni, "Kalau dah cinta tu, kentut pun bau wangi". Pernah dengar tak? Sebab orang cakap cinta itu buta. Kita takkan nampak keburukan orang bila kita cinta. Kita nampak semuanya yang baik je. Walaupun kita kena pukul, bila dah cinta, kita anggap dia tak sengaja. Padahal setiap hari kena pukul.

Actually, pada pendapat saya, perasaan suka dan cinta ni berkait rapat. Bila kita sukakan seseorang tu, secara perlahan selepas kita kenal lebih rapat, kita akan jatuh cinta plak.

Ini pendapat saya. Korang ada pendapat lain?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 1, 2011

"TAKUT NAK BERCINTA LAGI"

MENARIK:


Credit Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

"Saya Takut Nak Bercinta Lagi"

Saya baru sempat baca suratkhabar Metro tadi. Terbaca satu luahan hati seorang perempuan yang takut untuk bercinta lagi sebab pernah dikecewakan sebelum ini. Bila dia berkawan dengan seorang lelaki dan tiba-tiba terasa jatuh cinta, dia terus nafikan perasaan dia. Dia sangat takut untuk kecewa lagi. Dia takut ditipu lagi. Dia macam bina satu dinding besar untuk halang diri dia bercinta lagi. Dia mengaku dia tempek muka dia dengan senyuman tapi dalam hati sunyi dan sedih.

Kenapa perkara ni berlaku ye? Salah lelaki saja ke? Salah perempuan saja ke? Atau salah kedua-dua sekali? Macam biasa, pendapat saya je, tak ada salah siapa-siapa sebab kita hanya manusia. Kita akan sentiasa buat salah. Tapi, kita akan cuba untuk tak ulang kesalahan yang sama.

Saya baca gak jawapan yang dorang berikan untuk permasalahan ni. Memang ada betulnya. Antara yang dorang jawab adalah daripada membina dinding menghalang cinta, lebih baik dibina satu jambatan menghubungkan dua hati. Dan apa yang lepas, jangan dikenang dan mulakan cinta yang baru. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kita takut nak bercinta semula sebab kita takut dikecewakan dan ditipu lagi.

Saya setuju dengan statement "Cinta itu satu risiko". Bila kita bercinta, kita ambil risiko sama ada kita akan kecewa atau bahagia. Oleh itu, dorang kata buka hati untuk terima cinta yang baru sebab antara semua cinta kita terima, mungkin salah satunya cinta sebenar kita.

Cinta juga adalah anugerah daripada Allah. Kenapa perlu kita membina dinding dan menyeksa diri untuk menerima cinta. Ya, semua orang takut dikecewakan dan ditipu. Menurut dorang, nak kurangkan risiko dikecewakan atau ditipu, hargailah diri korang sendiri. Bila korang hargai diri korang, korang akan nampak apabila si dia cuba nak menipu dan bagai-bagai.

Ini daripada apa yang saya baca dan faham. Saya baca ada sebabnya. Sebabnya saya pun menghadapi perkara yang sama. Hahaha... Kantoi sudah. Tapi saya kan still ada kawan-kawan. So? WTH.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, July 21, 2011

MASA MULA BERCINTA MEMANG SEMUA INDAH ...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terima kasih sebab masih sudi membaca tulisan picisan saya yang tak best ni. Cuma saya suka menulis entry yang mengikut pendapat dan kepala saya sendiri. Saya sangat bersyukur sebab ada gak blogger yang sudi membaca.

Korang mesti setuju kan? Masa mula bercinta memang semuanya indah-indah belaka. Yang busuk jadi wangi. Yang hodoh jadi hensem atau cantik. Kan? Hahaha... Saya rasa hampir semua pernah rasa macam ni termasuk diri saya. Masa tu kita rasa dialah untuk kita.

Masa mula bercinta kita akan jaga dia macam menatang minyak yang penuh. Kita sentiasa risaukan dia. Kita akan sentiasa ingatkan dia. Risau dia kena gigit nyamuk la. Kena gigit lipas la. Hahaha... Memang indah kan?

Tapi semakin lama, korang yakin ke perasaan tu akan kekal? Tak dinafikan ada gak yang kekal. Korang nak tau macam mana dorang bleh kekal? G tanya dorang. Hehehe... Semakin lama, perasaan tu akan pudar. So, korang akan rasa nak jauhkan diri dengan dia je. Dia pun sama. Dan lastly, bye-bye.

Pada pendapat saya, cara nak kekal adalah SETIA pada seorang tanpa menduakan dirinya dengan orang lain. Lagi satu, sentiasa bangga dengan orang yang kita sayang dan setiap hari katakan pada diri sendiri, " Saya dah ada orang sayang saya, saya pun sayang dia".

Bila salah seorang berpaling daripada KESETIAANnya, putuslah kasih satu pasangan. Hilanglah rasa percaya pada kaum sejenisnya. Hilanglah rasa cinta dan digantikan dengan perasaan benci dan dendam.

So, kepada rakan-rakan yang sedang bercinta or couple, SETIAlah pada couple korang dan jangan duakan dorang.

Macam biasa, ini cuma pendapat saya. Kalau ada tak setuju, saya alukan berkongsi pendapat di ruang komen.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, July 14, 2011

CINTA PANDANG PERTAMA...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saja nak entry cinta cintun plak kali ni. Saya rasa hampir semua rakan-rakan blogger saya ni pernah merasai Cinta Pandang Pertama kan? Kalau tak pernah, no komen. Hehehe...

Saya memang pernah jatuh cinta pandang pertama. Masa tu saya baru sekolah rendah je. Mungkin korang akan cakap, itu cuma cinta monyet. Tapi, kadang-kadang saya balik kampung dan terserempak dengan dia. Saya masih malu nak tegur dia. Sebab sekarang dia jadi bini orang.

Si cinta pandang pertama saya ni comel di pandangan mata saya. Orangnya kecil je. Masa sekolah rendah dulu, saya ni jenis pemalu yang amat sangat dengan perempuan. Sekarang ni masih malu gak cuma dah kurang skit. Masa tu, saya selalu tengok dia dari jauh je. Tak berani nak tegur. Lagipun, dia di kelas paling pandai dan saya di kelas kedua je. So, saya rasa rendah diri nak tegur dia.

Tapi, pada suatu hari raya dulu, saya beranikan diri untuk pergi raya rumah dia saya pergi dengan adik-adik saya. Masa tu, saya tunduk je. Macam orang minang saya plak. Hahaha... Dia asyik pandang saya je. Malu gila masa tu. Lama gak saya duk raya rumah dia. Hehe..

Lepas agak lama, adik saya ajak raya rumah orang lain lak tapi dalam hati saya berat nak balik. Tapi terpaksa la balik sebab adik saya dah merengek. Saya pun bangun salam dengan parent dia. Dia tengok saya sedih je. Rasanya dia pun suka kat saya. Itu la paling dekat saya dapat hampiri dia. Itupun macam nak luruh jantung saya. Haha..

Itu la kisah cinta pertama saya. Korang ada tak? Korang boleh buat satu entry khas untuk kongsi. Korang boleh letak link korang kat ruang komen entry ni.

Boleh kan?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka