KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, August 29, 2011

"SAYA MINTA MAAF. EMAK AWAK SUDAH MENINGGAL DUNIA"

Have your say, in a united voice.

Win A HTC Cha Cha today!

Chicken, crab, or prawn? You decide!

We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ini baru je saya attend tadi. Wanita ni nak cari cari emak kandungnya. Mengikut katanya, emak kandungnya hidup susah dan bagi dia kepada keluarga angkat. Kemudian, keluarga angkatnya tak pernah beritahu dia yang dia seorang anak angkat. Dia pun baru dapat tahu selepas keluarga angkat bagitau dia. Dia ambil keputusan untuk cari emak kandung dia.

Saya terus periksa dalam sistem dan disahkan emak kandung dia dah meninggal dunia pada tahun 2007. Dia terkejut dan terus menitis air mata. Saya terus terdiam. Tapi cari terus cari data-data kematian emak kandungnya dan beri dia alamat terakhir yang ada. Mungkin dia boleh pergi cari dan jumpa adik beradik emak kandungnya.

Masa tu saya terkedu dan tak tahu nak cakap apa. Memang sebelum ni saya latah bercakap tapi kali ni saya kalah. Tak tahu ayat apa yang patut saya ucapkan. Saya pun tahan mata dari menitis air mata. Sedih. Memang saya betul-betul sedih.

Korang yang masih ada emak dan ayah tu, jagalah elok-elok. Sekurang-kurangnya korang masih dapat bersama mereka. Wanita ni, dia tak tahu dia seorang anak angkat sehingga baru-baru ini dan baru dia nak cari emak kandung dia, ibu kandungnya telah meninggal dunia.

Saya merayu kepada korang, hargailah emak dan ayah korang. Saya cuma ada emak dan ayah saya entah di mana. Tapi, saya masih bersyukur sebab masih ada emak yang sayang saya. Terima kasih emak. Saya sayang emak.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

9 comments:

  1. hargai dam sauamgi mereka sementara mereka masih ada :)

    ReplyDelete
  2. AzatLazat: betul tu. hargai dan sayangilah mereka.

    ReplyDelete
  3. huhuh...hargai la ibu-bapa tika mereka ade ats dunia ni lagi :)

    ReplyDelete
  4. Soly SoLicious : betul2. hargailah sementara kita masih boleh bergurau senda dgn mereka.

    ReplyDelete
  5. Salam;
    tanpa org tua siaplah kita.

    ReplyDelete
  6. yusuflaili: betul tu. tanpa dorang, kita pun takde di muka bumi ni.

    ReplyDelete
  7. Ibu bapa.. mereka la kehidupan kita.. tanpa mereka siapalah kita.

    ReplyDelete
  8. selagi kedua ibu bapa ada,berbaktilah kepada mereka, andai xdapat berikan yg sempurna,cukuplah jika tidak menyusahkan mereka lg..doakan ibu bapa kita setiap masa..

    ReplyDelete
  9. kesian wanita tu..
    semoga dia terus tabah..aminn


    ana syg mak dgn abah ana :)

    ReplyDelete