KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, August 2, 2011

"JANGAN PENDAM ... LUAHKAN"

MENARIK:

TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!

Credit Google


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya tengok dua tiga hari ni macam slow sikit dunia blog ni. Mungkin semua busy berpuasa dan berkerja atau belajar. Kalau masa cuti, boleh la update entry berpuluh-puluh. Sekarang satu pun susah. Haha.. Sebab rasa pun rasa yang sama. Kadang-kadang takde idea nak update entry apa.

Kalau korang ada problem, korang selalunya pendamkan atau kongsi dengan kawan-kawan korang? Ada ramai orang yang mengalami tekanan sebab dorang suka pendamkan masalah dorang. Persoalannya, sampai bila kita nak pendamkan? Sampai kita tak mampu nak pendam baru kita sembur semuanya sekaligus.

Ada lebih baik jika kita ada seorang rakan yang mempunyai Listening Skill yang baik. Dan juga penyimpan rahsia yang baik. Sebab pada pendapat saya, kita ni cuma nak luahkan apa yang terbuku di hati kita. Saya pasti, selepas kita luahkan, kita akan rasa lega.

Perkara macam ni pernah berlaku pada saya. Rakan saya dari Sabah ada masalah dengan rakan saya yang seorang lagi. Rakan yang seorang lagi ni seorang yang sangat boros dan selalu pinjam duit rakan saya. So, rakan saya mengadu pada saya. Selepas dia ceritakan masalah dia, dia bagitau dia rasa lega sangat. Lepas itu, dia bagi cadangan duit simpanan dia saya yang simpanan dalam bank saya. Kalau dia nak pakai, dia akan bagitau saya. Tapi, jangan bagitau kawan yang seorang lagi sebab nanti dia akan minta kat saya.

Kawan saya ni seorang yang ceria tapi sebenarnya tak. Dia pendamkan masalah dia. Tapi, bila dia luahkan pada saya, dia nampak lebih ceria. Perkara ni berlaku semasa saya masih belajar di Penang Free School suatu ketika dulu.

So, kalau korang ada masalah dan perlukan pendengar, carilah kawan yang boleh simpan rahsia dan sudi mendengar. Kalau takde, pergilah cari kaunselor sebab kaunselor ni dah dilatih untuk membantu dan mendengar masalah korang. Kalau korang nak ceritakan pada saya pun boleh. Kalau nak cerita, bagitau. Haha... Saya dah jadi kaunselor part time plak.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

7 comments:

  1. pasal masalah ni takde masalah nak luahkan kalau org tu bujang..tapi kalau dah kawin.. masalah rumah tangga pulak..jgn lah pegi luahkan kat kawan..

    kena pandai manage masalah.. bagi aku luahkan masalah tak menyelesaikan masalah.. bagi aku dari dok pk pasal masalah baik cari penyelesaian..dah selesai confirm rasa lega..

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang malu nak cerita kat org lain.. tpi memg bgus klu ade teman yg sudi berkongsi mendengar masalah..

    ReplyDelete
  3. kalau memendam sangat nanti jadi biol pulak. huhuh. tea suka pendam, sebab tu cam err sket. huhuhh.

    ReplyDelete
  4. kena pandai pilih kawan untuk luah masalah...tapi setuju gak ngan pendapat Rai...:)

    ReplyDelete
  5. sy ni slalu jadi tempat orng mengadu dan luahkan perasaan..sy ok je..xkisah pun..mungkin sy ni seorang pendengar setia kot.he3..

    kalau sudi vote la sy kt n3 ni ye.tq
    http://anaknegori.blogspot.com/2011/08/peserta-akhir-contest-kutuk-blog-atok.html

    ReplyDelete
  6. kalau nk luahkan dlm blog xpa ka..

    ReplyDelete
  7. erm..yup~ betul cakap awak tu.. honestly la kan..saya rajin menjadi pendengar setia pada masalah kawan2 dan juge org disekeliling saya,..tapi..bila part sendiri.. saya prefer simpan.. dan 1 solutionnye adalah blog...kat sini kita luahkan semua skali.. bukan pe, xsemua org mampu menjadi pendengar setia pada masalah atau citer2 kita..jadi bila lepaskan semua kat blog~ yg sudi membaca dan memberikan pendapat tu lebih dialu2kan sebab tiada paksaan kan..kan.. komen2 tu semua ikhlas lepas baca so kira volunteer la kan.. :)

    ReplyDelete