Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, December 31, 2012

2012 JADI KENANGAN ESOKNYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada beberapa jam lagi kita akan melangkah ke tahun 2013. Dalam sedar tak sedar kita dah makin hampir dengan tahun 2013.

Segala perkara yang berlaku pada tahun 2012 akan menjadi kenangan. Kita terus maju ke hadapan bersama menuju ke tahun 2013 yang bakal tiba.

Ada beberapa perkara yang berlaku di tahun 2012 bagi saya sangat indah. Bulan Mac 2012 adalah bulan saya menamatkan zaman bujang saya. Saya berkahwin dengan seorang perempuan cukup bagus dan memahami saya. Terima kasih kepada isteri saya sebab sudi menerima saya ke dalam hidupnya.

Kemudian, bulan ini menyaksikan isteri saya melahirkan anak kami yang pertama. Memang kalau diikutkan kelahiran anak kami ini dijangka pada tahun 2013 tapi baby nampaknya dah tak sabar nak tengok dunia. Tapi tak apa, janji baby sihat dan dapat menceriakan lagi hidup kami berdua. Anak sulung kami adalah seorang puteri yang akan bertakhta di hati kami.

Ini antara kenangan paling indah yang saya tak dapat lupakan. Ada lagi tapi rasanya inilah yang paling tinggi rankingnya dalam semua kenangan saya. Semoga tahun 2013 nanti akan menghasilkan kenangan yang lebih manis terutamanya bersama dengan puteri tersayang kami.

Selamat meninggalkan tahun 2012.

Dan Selamat menyambut tahun 2013.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

SAMA TAK MUKA KAMI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Isteri saya beritahu yang wajah puteri kami sama dengan wajah saya. Saya tak perasan pun?

Korang tengok gambar di atas tu, korang rasa sama ke?

p/s : Wajah baby akan berubah dah besar nanti.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, December 30, 2012

PUTERI KAMI...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah. Penantian dah berakhir. Kini penyeri hidup saya dan isteri saya telah berada di dunia. Lepas ini, blog ini banyak cerita mengenai penyeri hidup kami ini.

Pada 28.12.2012 jam 9.25 malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, selamat lahir puteri yang akan menyinari hidup kami. Alhamdulillah sehingga hari ini, puteri kami tiada apa-apa masalah.

Nama puteri kami akan saya umumkan bila sijil kelahiran dah keluar. Sekarang ini saya takkan umumkan lagi. So, korang kenalah tunggu. Hehehe.

Anyway, terima kasih di atas doa daripada pihak korang untuk keselamatan isteri dan anak saya. Terima kasih.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9


Sila Tekan Like Jika Suka


Monday, December 24, 2012

FOOT REFLEXOLOGY...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Isteri saya ajak pergi Tesco Klang dan ajak saya pergi buat Foot Reflexology. Saya pun beritahu dia suaya dia pergi sorang cukuplah. So, mula-mula macam itulah.

Tetapi, sampai saja tempat buat foot reflexology, isteri saya pujuk saya buat sekali. Memang kaki dan belakang serta leher saya ada masanya sakit. So, termakan dengan pujukan isteri saya, saya pun buatlah.

Bukan saya tak pernah buat Foot Reflexology iaitu Urutan Kaki tapi pengalaman sebelum ini buat saya takut nak buat lagi. Sebab bila kaki saya diurut, saya rasa sangat sakit. So, memang rasa betul sakitnya.

Kali ini ramai pula orang yang ada dalam Pusat Foot Reflexology ini. So, mahu tak mahu, saya kenalah tahan sakit dengan buat muka selamba je. Padahal, sakitnya hanya saya dan Allah saja yang tahu. Dan rasanya brader yang urut saya tu rasa tahu juga kot?

Anyway, lepas buat Foot Reflexology ini, rasa lega sikit. Korang pernah buat Foot Reflexology tak?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

AZWAN ALI SAMAN JOZAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Azwan Ali yang lebih dikenali sebagai Baby A sekarang ini nak saman Jozan. Saya rasa disebabkan Johan meniru lenggang lenggok cara dia semasa persembahan Maharaja Lawak Mega 2012 minggu keenam.

Azwan Ali nampak macam betul-betul tak puas hati sehinggakan dah siap panggil peguam untuk failkan saman kepada Jozan. Tetapi, pengurus Jozan buat tak tahu je.

Pengurus Jozan siap lawan cakap dan kutuk-kutuk manja Azwan Ali. Azwan Ali pun apa lagi. Balas kutukan pengurus Jozan dengan macam-macam kutukan yang lebih pedas.

Akhirnya, pengurus Jozan dan Azwan Ali telah mencapai kata sepakat untuk berdamai. Korang nak tahu siapa pengurus Jozan.

Pengurus Jozan adalah Mak Jemah dalam Era.FM. Mak Jemah pula dilakonkan oleh Johan. Johan adalah salah seorang daripada Kumpulan Jozan. Hehehe.

Sebenarnya, ini perbualan gurau senda manja di antara Azwan Ali dengan Mak Jemah (Johan). Semua ini untuk slot JoHaRa pagi Era. Hehehe.

Korang terpedaya ke?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, December 23, 2012

SAYA DAH AGAK DAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Keenam menyaksikan Bandung Jongkers tersingkir. Memang saya dah agak dah dorang akan tersingkir.

Kenapa?

Sorry to say, lawak yang dorang buat agak ketinggalan. Dorang tak kaji betul-betul selera penonton di Malaysia ini. Watak Upin dan Ipin yang dorang ketengahkan itu dah tak berapa relevan. Sebabnya adalah bagi saya, peminat watak-watak itu dah semakin berkurangan.

Sekarang ini saya tengok budak-budak minat kartun animasi Boboiboy termasuk saya. Upin dan Ipin mungkin ada juga yang masih minat tapi bukan saya. Lagipun, lawak mereka dah kurang menyengat. Modal dorang cuma gelak Upin dan Ipin itu saja.

Lagipun, persembahan dorang pada minggu keenam ini bagi saya tak lawak langsung. Saya langsung tak gelak. Lagipun kedudukan orang memang yang paling bawah sekali pada masa itu. Memang saya dah boleh agak dorang akan terkeluar.

Anyway, ini cuma pendapat dan kritikan saya saja. Bukan kutukan ye? Sila bezakan kritikan dan kutukan. Apa pendapat korang pula?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, December 20, 2012

DAPAT LAYANAN "FIRST CLASS" KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam memperlihatkan Pasukan Singapura membenam Pasukan Thailand dengan keputusan 3 - 1. Keputusan ini untuk perlawanan di Singapura. Selepas ini, akan ada perlawanan timbal balik di Thailand.

Saya sembang dengan kawan-kawan saya secara berseloroh tentang layanan yang akan diterima oleh Pasukan Singapura di Thailand. Dorang akan bagi layanan "First Class" seperti mana Malaysia dulu ataupun lebih teruk.

Kalau Pasukan Malaysia kita seri dengan Pasukan Thailand dengan keputusan 1 - 1 pun padang seperti sawah bendang, inikan pula Pasukan Singapura yang benamkan Pasukan Thailand dengan 3 - 0. Mungkin Thailand akan bagi padang dalam hutan untuk berlatih kan?. Hahaha.

Anyway, kita tengok saja apa akan berlaku nanti. Apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, December 19, 2012

1.9 JUTA PERMOHONAN BARU...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sebanyak 1.9 Juta permohonan baru BR1M 2.0 termasuk permohonan pemohon bujang dan pemohon berkeluarga.

In Shaa Allah dalam pertengahan Bulan Januari 2013 akan mula pengagihan. Alhamdulillah, rezeki baby.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, December 18, 2012

21.12.2012 - DUNIA KIAMAT...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

 Korang pernah tengok Movie 2012 tak? Saya suka tengok movie ini sebab grafik dia memang sempoi dan gempak. Tapi, saya just suka tengok saja la. Kalau nak suruh saya percaya, tak payahlah. Tapi, ramai juga yang percaya ... termasuk orang islam sendiri. Dorang percaya berkenaan Ramalan Kaum Mayan mengenai dunia akan kiamat pada 21.12.2012 disebabkan pusingan bumi telah tamat tempoh yang ditetapkan. Oleh itu, dorang kelam kabut pergi ke pasaraya untuk beli barangan dapur untuk simpanan di rumah.

Sebagai orang islam yang berpegang kepada Kitab Al-Quran dan Sunnah, kita kena percaya bahawa tarikh hari kiamat adalah rahsia Allah. Tapi, Allah ada nyatakan dalam Al-Quran mengenai Kiamat Kecil dan Kiamat Besar serta tanda-tanda dunia akan kiamat.

 Ramalan Kaum Mayan ini lebih kurang sama seperti Ramalan Horoskop yang selalu kita baca dalam suratkhabar tu. Baca boleh, percaya jangan.

 Di China, ada seorang lelaki yang percayakan Movie 2012 berkenaan Dunia akan Kiamat pada tahun ini dan telah bersedia dengan "Bahtera" buatan berbentuk sfera a.k.a bulat. Dia kata "Bahtera" itu dapat menyelamatkan diri kita dari berhadapan Hari Kiamat kelak. Nonsense.

 Dunia ini kalau nak Kiamat esok dengan kehendak Allah, maka esoklah Kiamatnya. Tapi, kita tak tahu bila tarikhnya sebab Allah rahsiakan daripada kita bersebab. Apa yang perlu kita buat sekarang adalah beribadat kepada Allah dengan sepenuh hati dan mohon perlindungan Allah.

 Tak perlu nak buat "Bahtera" bagai sebab perlindungan Allah paling terbaik.

 Wassalam.

  -NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

TERSENYUM SENDIRI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tak sampai sebulan lagi status saya ke Daddy-To-Be. Nervous + Excited + Scared. Nervous sebab ini anak pertama saya dan isteri saya. Excited sebab tak sabar nak tengok dan dukung anak saya. Takut saya tak mampu untuk jadi ayah yang baik tapi saya berazam untuk jadi yang terbaik untuk anak saya.

Kadang-kadang tu, saya mengelamun tengah dukung anak saya dan anak saya senyum pada saya, tanpa saya sedari, saya tersenyum sorang-sorang. Nasib baik tak ada orang, kalau tidak, malu je saya. Hehehe.

Entah kenapa jadi macam itu pula saya sekarang ini. Isk... Isk...

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, December 17, 2012

SCAN SEKALI LAGI...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi petang, isteri saya ada temujanji dengan doktor untuk sesi Scan Kandungan. Kira hari ini, pagi dan petang lah saya ke Klinik Kesihatan. Sebenarnya, saya terlupa. Saya balik sekejap ke rumah untuk Solat Zohor, isteri saya beritahu saya, baru saya ingat. Saya solat dulu dan kemudian saya bawalah isteri saya ke Klinik Kesihatan.

Sebelah petang ini, saya tunggu sebab saya rasa sekejap je kalau doktor nak scan. Tapi, saya cuma duduk di ruang menunggu saja. Doktor nak check kedudukan bayi dan keadaan fizikal dia saja. Kalau di klinik swasta saya boleh masuk tapi klinik kerajaan ini rasa susah sikit nak masuk.

Anyway, saya pun tunggu di ruang menunggu saja la. Tak lama kemudian, isteri saya pun keluar, Muka dia nampak berseri-seri jugalah. Mungkin sebab doktor ini dah boleh buat scan. Sebelum ini, isteri saya minta tolong scan tapi dia tanpa segan silunya mengaku dia memang tak reti nak guna mesin scan tersebut. Rasa nak tergelak juga masa tu sebab kelulusan dia memang tinggi. Mungkin dia dah ambil kursus khas untuk belajar gunakan mesin scan ini. Baguslah sebab telah ambil inisiatif untuk belajar.

Dalam kereta, isteri saya cerita yang doktor tunjukkan kaki dan tangan bayi kami. Kepala dia dan semualah. Doktor tu usaha untuk tengok jantina bayi kami tapi tak berjaya. Baby malu kot sebab asyik kepit je kakinya. Lagipun, baby tak gerak pun sebab tidur. Tapi, doktor cakap berkemungkinan lelaki tapi tak pasti. Jantina tak dapat disahkan sebetul-betulnya. So, untuk tahu jantina bayi, kenalah tunggu sampai bayi keluar. Hehehe.

Doktor tak dapat cetak keluar apa yang discan tadi. Mungkin sebab bayi dah besar dan mampat. Kalau cetak keluar pun, tak nampak sangat.|So, takpelah, tunggu tak sampai sebulan lagi pun, In Shaa Allah, selamat lahir bayi kami.

Korang doakan ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

ASAP ROKOK DAN IBU HAMIL...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pagi tadi saya bawa isteri saya ke Klinik Kesihatan untuk buat check up dan ambil balik buku merah sebab isteri saya ambil keputusan untuk bersalin di Selangor. Lagipun, ini anak pertama kami, memang kami langsung tak tahu apa nak buat. Di Selangor, ada ibu mertua yang boleh bagi panduan dan beritahu apa yang perlu dibuat.

Saya tinggalkan isteri dan kembali ke pejabat. Setelah dah selesai check up, isteri saya pun telefon saya untuk datang ambil dia. Saya pergi ambil dia di Klinik Kesihatan dan terus bawa dia bersarapan di sebuah kedai berdekatan dengan pejabat saya. Ramai juga pelanggan sebab banyak kedai makan tutup hari ini.

Masa tengah makan, ada sekumpulan orang-orang tua dan muda sedang bersembang serta bersarapan juga. Dari perbualan mereka yang saya dengar, rasanya mereka ini orang Bagan Datoh yang dah lama tak balik Bagan Datoh. Dorang nampaknya tersekima dengan perubahan dan pembangunan yang berlaku di Bagan Datoh.

Tiba-tiba tengah saya dan isteri kusyuk makan, hidung terbau suatu bau yang kurang menyenangkan. Saya terus toleh ke arah bau tersebut dan terlibat salah seorang lelaki melayu tersebut tengah hisap rokok dan asap rokok menghala ke arah saya. Saya pun tegurlah,

"Pakcik, ada ibu mengandung di sebelah saya ini. Minta hisap rokok di tempat lain"

Tapi, pakcik yang berada di depan pakcik yang hisap rokok itu yang menjawab,

"Saya tak hisap rokok pun"

Saya terus jawab,

"Bukan pakcik, pakcik ni"

Sambil jari saya menunding ke arah pakcik yang hisap rokok tu. Terus pakcik yang hisap rokok letak rokoknya di sebelah yang satu lagi.

Isteri saya cakap kepada saya,

"Biarlah, orang tua tu"

Saya jawab balik,

"Ini anak kita. Bukan anak dia"

Isteri balas balik,

"Betul juga"

Saya teruskan,

"Asap rokok ini bahaya. Boleh mudaratkan kesihatan.Nanti anak kita sakit, macam mana?"

Isteri diam. Saya pun terus makan dan malas nak pandang ke arah meja yang penuh dengan orang-orang tua tu.

Mungkin muka saya agak garang masa tu. Itulah kata isteri saya. Saya tak perasan tapi kalau melibatkan kesihatan anak saya, mestilah saya akan rasa nak marah. Kalau nak hisap rokok dan bunuh diri sendiri serta ahli keluarga pun, silalah hisap jauh daripada kami. Kami tak mahu disebabkan dorang, anak kami dan kami yang sengsara.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SAYA MAIN ONE MILLION MONEY DROP...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi saya dan isteri saya layan permainan online secara play along One Million Money Drop. Saja nak try. Mungkin boleh menang apa-apa hadiah kan? Tak salah pun.

Soalan pertama, still ada 1 juta. Soalan kedua, masih lagi ada 1 Juta. Masuk je soalan ketiga, terus 'drop' 1 Juta sebab jawapan salah. Hahaha. Tapi, dapat balik 1 Juta balik. Maknanya kena mulakan balik la nampaknya.

Gemuruh main One Million Money Drop secara online berbanding berada di atas permainan itu sendiri memang berbeza. Bayangkan kita berada di atas pentas permainan dengan tontonan ribuan penonton di Malaysia, kalau saya, rasanya saya tak dapat nak fikir apa dah. Bagi soalan pun, saya terus 'blank'.

Tapi, saya rasa macam sekejap sangat sebab banyak sangat iklan. Asyik iklan saja. Tiba-tiba dah habis. Kenalah tunggu minggu depan la nampaknya. Takpelah, main online pun ok juga. Ada rezeki, dapatlah hadiah. Kan?

Korang main tak One Million Money Drop online ni?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, December 16, 2012

PAKAI TUDUNG MASA NIKAH JE...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru-baru ini ada beberapa artis berkahwin. Alhamdulillah. Sampai juga jodoh mereka. Tapi, saya tak berapa setuju dengan cara dorang. Masa akad nikah, pakai tudung tapi masa kenduri ataupun resepsi apa entah, tudung terus hilang.

Sepatutnya, suami kenalah tegur isteri supaya pakai tudung. Sebab akibat tak pakai tudung, dosa bagi setiap helai rambut isteri tu terus kepada suami. Saya pun bukan perfect sangat. Saya pun ada kelemahan tapi saya rasa kena tegur juga.

Majlis kenduri pun tak perlulah rasanya nak buat besar-besaran sangat. Secara sederhana cukuplah. Entahlah, saya perasan sekarang ini, orang kita kalau nak buat kenduri, mesti buat sebesar-besar yang boleh.

Saya harap sangat perempuan-perempuan di luar sana, pakailah tudung. Tutuplah aurat. Kalau nak tahu apa azab yang akan diterima, korang tengok cerita 'Maut'. Masa tu korang akan rasa insaf.

Entry ini bukan berbaur rasa iri hati tapi cuma untuk peringatan saja. Sekurang-kurangnya saya dah memperingati sesama kita. Semoga kita sama-sama saling mengingati antara satu sama lain.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, December 15, 2012

NAK RAJAGOPAL LETAK JAWATAN?


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya perasan banyak juga post dalam Facebook yang suruh Rajagopal, Jurulatih Pasukan Harimau Malaya letak jawatan disebabkan kekalahan Pasukan Harimau Malaya kepada Pasukan Gajah Putih. Banyak juga post dalam Facebook yang maki hamun dia.

Inilah manusia, masa dia bawa Pasukan Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki pada tahun 2010, hampir semua orang sanjung dia. Tapi, bila Pasukan Harimau Malaya kalah baru-baru ini, terus kutuk dan maki hamun dia. Dia dah berusaha bersungguh-sungguh, dah bukan rezeki pasukan kita, nak buat apa lagi. Kita boleh cuba lain kali.

Saya bangga sebab sejak dia jadi Jurulatih Pasukan Harimau Malaya kita, rakyat kita dah mula buka mata dengan kebolehan pasukan bola sepak kita. Sebelum ini, tak ramai yang ambil tahu sangat tentang pasukan bola sepak kita termasuklah diri saya. Selepas ledakan kemenangan kita dalam Piala AFF Suzuki pada tahun 2010, saya terus bersemangat dan mula nampak kebolehan pasukan kita.

Kita tak kalah pun sebenarnya. Setiap perlawanan adalah pengalaman yang paling berharga. Pengalaman ini akan bawa kita terus ke depan hingga ke puncak. Saya nak berterima kasih kepada Rajagopal kerana berusaha melatih pemain bola sepak kita sebaik mungkin. Walau apa pun kritikan dan kutukan orang lain, teruskan apa yang anda buat.

Pada pendapat saya, kalau nak sangat Rajagopal letak jawatan, cadangkan pengganti yang betul-betul layak. Yang boleh berikan keyakinan kepada rakyat Malaysia untuk melatih pasukan kita. Tak perlu desak dia untuk letak jawatan macam itu saja. Mestilah kita kena ada pengganti yang berkaliber.

Ini cuma pendapat saya, pada saya, Rajagopal dah buat sehabis baik yang dia mampu. Kita patut faham, dia manusia dan manusia bukannya sempurna. Kita patut hargai dan teruskan sokongan kita terhadap pasukan Harimau Malaya kita.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

TERLALU 'EDUCATED'...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya terjumpa Screen Shot di bawah Facebook rakan sekerja saya dulu masa saya bekerja di Melaka.


Saya padamkan gambar dan nama orang tersebut sebab tak mahu mengaibkan dia. Tak baik. Bagi saya, orang ini terlalu 'educated' sampai boleh terkeluar ayat sebegini. Memang betul kita marah dan melibatkan nyawa kita, tapi kita kena juga fikir sebelum nak post apa-apa di Facebook. Jangankan disebabkan kita post tanpa fikir perasaan kaum, Kita berpecah belah.

Semasa di sekolah Menengah, saya belajar di Penang Free School. Sekolah Inggeris yang ada semua kaum. Memang saya nak bersaing dengan mereka agak susah tapi pada masa itu, saya jadikan mereka sebagai matlamat saya. Walaupun nampak macam mustahil, saya tetap terus cuba capai matlamat untuk berjaya seperti mereka. Pada masa yang sama, saya masih berkawan dengan mereka.

Saya harap kita dapat saling hormat menghormati. Sebelum kita nak hentam kaum atau orang lain, cuba tengok diri kita dulu, diri kita dah betul atau kita pun serabut. Harap sangat perpaduan yang terbentuk sekarang ini kekal selamanya.

Kita kan 1 Malaysia. Hormatlah, In Shaa Allah kita akan dihormati.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

MEMANG NASIB BAIK...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru je lepas layan Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu Kelima. Tema minggu ini adalah Musical Comedy. Saya tengok semua kumpulan berusaha untuk menyampaikan persembahan yang terbaik kepada semua penonton. Tapi, ada juga kumpulan yang terlalu mencuba sehingga asyik menjerit saja. Ada juga kumpulan yang asyik gunakan konsep yang bagi saya dah 'outdated'.

Tapi, saya suka persembahan hampir semua kumpulan. Dan kejutan untuk minggu ini adalah tiada penyingkiran. Kalau tak ada penyingkiran minggu ini, berkemungkinan minggu penyingkiran untuk dua kumpulan. Ini saya teka je. Kita tengok minggu depan macam mana k?

Saya suka persembahan Shiro. Walaupun Shahrul tak tahu menyanyi tapi memang lawak. Saya setuju dengan Awie tentang jangan sentuh isu agama. Memang isu sensitif. Tapi, secara keseluruhannya, memang best.

Persembahan Jozan pun tak mengecewakan. Lagipun, Zizan dah memang pandai menyanyi dan menari. Johan pula kreatif. Kumpulan R2 pun sekarang ini semakin menyerlah tetapi betul kata Awie, persembahan minggu lepas (Minggu Ketiga) memang superb, saya suka sangat, minggu ini agak kurang menyengat sikit. Tapi overall, masih best.

Saywho pun memberikan persembahan yang sangat baik. Saywho sekarang dah pandai dan memahami cara nak tackle penonton di Malaysia. Persembahan yang bersahaja dan suka part lagu Kelantan tu, lawak sungguh. Best.

Jambu seperti biasalah, suka buat lawak spontan tapi cuma malam ini, persembahan dorang 'pick up' agak lambat sikit. Masa pertengahan baru saya rasa nak gelak. Tapi, masih best. Saya suka.

Kumpulan-kumpulan yang lain tu bukan saya tak suka, tapi saya tak berapa nak gelak sangat. Dan memang dorang sangat bernasib baik sebab tiada penyingkiran pada minggu ini. Semoga minggu depan, dorang akan berikan persembahan yang lebih baik.

Anyway, 'Peace Yo'.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, December 14, 2012

TAK SAMPAI SEBULAN LAGI...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tak sampai sebulan lagi saya akan bergelar BAPA, In Shaa Allah. Semoga bayi dalam kandungan isteri saya sentiasa sihat hendaknya. Semasa pergi buat pemeriksaan di Klinik Swasta dan Kerajaan, tarikh dijangka beranak adalah pada 11.01.2013. Tetapi, perut isteri saya dah nampak sangat turun bawah dan berat badan dia pun dah mula mengurang, kami rasa mungkin akhir bulan Disember 2012 ataupun awal bulan Januari 2013.

Walau apapun, yang paling penting, saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya bayi selamat dan sudah semestinya emak bayi pun selamat. Saya pun berharap tiada apa yang tak elok berlaku semasa isteri saya nak bersalin nanti.

Mula-mula isteri saya kata nak bersalin di Hospital Teluk Intan Perak tetapi bila dia fikir balik, susah juga. Sebab ini adalah anak pertama a.k.a sulung kami, kami sudah semestinya tak tahu apa yang perlu dibuat. So, isteri saya cadangkan bersalin di Klang Selangor sebab ada ibunya a.k.a emak mertua saya yang boleh jaga.

Jantung berdebar kencang juga sebab masanya semakin hampir. Saya dan isteri saya dah persiapkan apa yang patut untuk menyambut kelahiran bayi sulung kami ini. Nama pun dah ada tapi tak bolehlah saya umumkan sekarang.

Saya minta kawan-kawan blogger doakan kesejahteraan isteri dan anak dalam kandungan isteri saya ye?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

KALAU SAYA PUN, MESTI SAYA TERKEJUT...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya jumpa kartun di atas ini di Facebook. Memang penyokong pasukan Harimau Malaya dah 'panas' dengan pengadil iaitu Lee Ming Yu. Tapi, adegan seperti kartun di atas yang membuatkan penyokong Harimau Malaysia terus 'terbakar'. Kalau saya pun, sudah pastinya saya akan terkejut. Sebab saya disiku tapi saya kena Kad Merah. Memang satu keputusan yang melampau.

Saya baca status rakan-rakan saya di Facebook, ramai yang memaki dan mengutuk pengadil ini. Entahlah, saya rasa tak perlu kot kutuk-kutuk dan maki-maki dia sebab bukan dia boleh dengar pun dan sudah semestinya bukan ada effect pada dia. Orang yang kutuk dan maki tu dapat dosa percuma.

Anyway, saya nak puji pasukan Harimau Malaya kita, permainan pasukan memang terbaik. Walaupun kalah, tapi sekurang-kurangnya kita tak menang dengan cara "KOTOR".

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, December 13, 2012

TAKPELAH... DAH BUKAN REZEKI KITA.



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Tamat sudah perjalanan Harimau Malaya kita dalam pertandingan Bola Sepak AFF Suzuki 2012. Kita kalah dengan Pasukan Gajah Putih iaitu Thailand. Walaupun layanan yang diberikan kepada pasukan kita tak memuaskan berbanding layanan kita kepada mereka semasa di Malaysia, menyediakan padang yang seperti bendang untuk pasukan kita berlatih dan pelbagai lagi layanan yang tak memuaskan kepada pasukan kita, kita anggap saja ini sebagai halangan yang perlu kita tempuh.

Walaupun kita kalah pada malam ini, tak semestinya kita kalah sepenuhnya. Kita masih ada peluang lagi 2 tahun akan datang. Kita mesti tebus kekalahan kita dengan berlatih memantapkan lagi corak permainan kita. Kita kena cari pelbagai taktik-taktik baru untuk pastikan pasukan kita menang.

Permainan malam ini bagi saya dah ok. Cuma apa yang saya nampak adalah masalah padang yang terlalu lembut dan sudah semestinya pihak Thailand tak beri peluang kepada pasukan kita untuk mencuba padang perlawanan sebenar sebelum perlawanan. Tapi, takpelah, bukan rezeki kita malam ini. Pasukan kita tetap pulang dengan kebanggaan.

Tentang pengadil pula, Lee Ming Yu yang berasal dari Korea, memang saya tahu ramai penyokong Pasukan Harimau Malaya tak berpuas hati, termasuklah saya sendiri. Tapi, dia pengadil, kita akur saja. Mungkin begitulah cara pengadilannya. Mungkin dia betul-betul berat sebelah. Tapi, kita kena ingat, ini cuma satu permainan. Tak perlu beremosi sampai di luar padang. Menang dan kalah adat permainan. Tak bolehlah dua-dua pasukan menang kan? Tak ada maknanyalah permainan ini.

Anyway, lagi 2 tahun kita akan ada lagi. Jumpa lagi di AFF Suzuki 2014.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tarikh hari ini adalah 12.12.12. Unik kan? Tarikh hari ini adalah yang terakhir. Dah tak ada tarikh 13.13.13, 14.14.14 dan seterusnya. Tarikh hari ini ramai merancang pelbagai event untuk menperingati tarikh ini antaranya kelahiran bayi baru, pendaftaran perkahwinan dan sebagainya.


Sekarang saya berada di Bangunan Kementerian Dalam Negeri Ipoh Perak menghadiri pendaftaran perkahwinan beramai-ramai untuk orang bukan islam oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia Negeri Perak.


Saya datang sebagai tetamu saja. So, saya bawa wife saya sekali. Hehehe.

Anyway, tarikh hari ini akan memberi makna kepada semu pasangan yang berada di sini.

Korang buat apa pada tarikh 12.12.12 ini?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

PPJJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam saya baru selesai mengisi borang permohonan online Program Pendidikan Jarak Jauh USM. Saya pernah cuba mohon tahun lepas tapi tak ada rezeki. So, tahun ini saya mohon semula.

Saya dah ada Diploma. Memang sejak saya di UiTM Seri Iskandar lagi saya dah plan untuk sambung belajar secara PPJJ di USM. Tapi, saya tak berpeluang setakat ini. Cuma sekarang baru ada peluang untuk sambung belajar. Saya apply course Degree in Operation Management with Honor.

Dapat atau tak dapat, saya tetap cuba apply. Kalau dapat, saya boleh sambung belajar ke peringkat Degree pula. Kan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, December 6, 2012

"TERIMA KASIH MAMA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Entry ini saya tulis untuk isteri saya yang tersayang. Saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih di atas segala pengorbanan dan sumbangan dalam menjaga diri saya. Saya ini biasa-biasa saja tapi dia sanggup menerima kekurangan saya.

Saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi jaga makan minum dan pakai saya. Memang saya akui yang saya ini jenis 'sambil lewa' saja dan kadang-kadang pakaian saya tak pun diseterika. Wife saya yang tersayang tolong seterikakan.

Makan dan minum dulunya tak terurus. Saya makan ikut dan saja. Mana yang dekat, saya sambar masuk mulut. Kadang-kadang makan meggi saja. Kadang-kadang makan kacang saja. Dan kadang-kadang tak makan apa-apa langsung. Tapi, wife saya pastikan saya makan dengan secukupnya. Terima kasih sayang.

Sekarang ini wife saya sedang mengandungkan anak saya. Ada lagi lebih kurang sebulan ataupun kurang sebelum kelahiran bayi sulung kami. Saya nak ucapkan terima kasih kepada wife saya sebab sudi mengandungkan anak kami dan sanggup bersusah payah serta bersakit sebab mengandung. Kalau saya, mungkin saya tak mampu buat apa yang wife saya tengah buat sekarang.

Saya gembira dan bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan wife sepertinya. Walaupun perkenalan kami agak singkat dan terus mendirikan rumah tangga, saya berharap rumah tangga kami berkekalan hingga ke akhir hayat kami. In shaa Allah.

Saya cuma nak beritahu wife saya yang saya sentiasa hargai apa yang wife saya dah buat.

"Terima kasih Mama"

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, December 5, 2012

MANUSIA MUDAH LUPA...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Manusia ini mudah lupa. Betul tak? Kita sebagai manusia ini mudah lupa dengan apa yang berlaku di depan mata ataupun kita baca di mana-mana.

Kita drive dan lalu tempat kemalangan teruk berlaku. Nampak darah di atas jalan raya. Masa itu, saya pasti kita akan terasa insaf dan mula drive slow-slow. Risau perkara yang sama berlaku kat kita kan? Tapi, selepas beberapa lama kita drive slow, kita jadi boring dan mula drive laju balik. Apa yang kita tengok semasa kemalangan tadi terus kita lupakan.

Kita pergi dengar ceramah yang buatkan air mata kita jatuh berderaian. Menangis kita teresak-esak. Habis saja ceramah tu, kita balik rumah. Kita teringat balik apa yang kita dah dengar dalam ceramah tadi. Selepas beberapa hari, kita mesti akan kembali buat perkara yang sama dan tak ingat dah apa yang kita dengar dan pelajari masa dengar ceramah itu.

Kita bukan sempurna. Kita boleh belajar dari kesilapan. Saya pun ada kalanya terlupa juga. Sebab seperti tagline blog saya, saya hanya seorang lelaki biasa yang hidup di atas muka bumi ini.

Hehehe.

Anyway, ini cuma pendapat saya saja. Kalau korang ada pendapat lain, kongsikanlah ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, December 3, 2012

KRITIK BUKANNYA KUTUK...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang mesti tengok kan perlawanan Pasukan Harimau Malaya kita dengan Pasukan Garuda? Pasukan kita menentang Pasukan dari Laos? Mesti korang tengok. Kalau tak tengok pun, korang mesti akan terbaca di mana-mana tentang keputusan perlawanan ini. Yang penting, korang ambil tahu.

Saya perasan ramai yang komen di Facebook tentang sokongan kita kepada pasukan Harimau Malaya kita. Ada yang kata sekejap sokong, sekejap kutuk. Ada yang kata kalau nak sokong, apa saja yang berlaku, main bola macam mana pun, kita kena sokong.

Saya nak tanya korang, kalau pemimpin kita tadbir Negara kita sambil lewa saja, kita masih nak sokong dia tak? Sori. Bukan nak timbulkan isu politik di sini cuma nak buka mata kita semua termasuk diri saya sendiri. Kita mengkritik pasukan kita bila corak permainan tak bagus bukan bermakna kita mengutuk pasukan kita.

Kita kena tahu beza kritik dan kutuk. Bila kita mengkritik, kritik memberitahu kelemahan supaya kita perbaiki kelemahan itu. Orang yang mengutuk pula jenis yang terus menjatuhkan orang lain. Tak ada niat untuk membantu memperbaiki kelemahan yang ada.

So, tolonglah bezakan kedua-dua terma ini. Sokong pun kena betul. Tak boleh sokong mem'khinzir' buta saja kan?

Sori kalau ada terasa. Cuma pendapat dari hati naluri saya.

"Go Go Malaysia Go Go Go" (Lagu nyanyian Faizal Tahir).

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, December 2, 2012

SAYA TELAH KEMBALI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger.

Setelah beberapa lama blog saya ini diblock oleh pihak Google disebabkan ada Hackers yang masukkan virus, akhirnya blog dan url saya ini berjaya dibersihkan dari senarai blacklistihak Google. Tetapi saya terpaksa memadam blog yang saya bina di platform Wordpress berhostingkan NetKL disebabkan virus tersebut diletakkan di blog itu.

Kini saya kembali di blog yang lama tetapi url saya tetap sama. Memang pada mulanya saya dah rasa hampir putus asa dan kecewa sangat-sangat. Sebab blog ini adalah antara blog yang terawal saya bina. Jumlah post pun dah melebihi 1,000 dan jumlah komen dah melebihi 10,000.

 Macam mana saya clearkan url blacklist saya di Google?

 Saya telah hantar Request kepada pihak Google untuk Reconsider untuk check semula blog saya ini dengan memberikan penerangan yang terperinci dan Alhamdulillah, url blog saya telah dikeluarkan daripada senarai blacklist Google.

Saya telah kembali!

 Hehehe.

 Wassalam.

 -NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, November 21, 2012

SALAH KE KITA BOIKOT?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Di Facebook, banyak kawan-kawan post status yang menyokong untuk Boikot barangan Israel. Saya perasan ada juga yang berpendapat,

"Buat apa boikot? Bukan ada apa-apa effect pun"

Mungkin betul cakap orang tersebut TAPI saya rasa saya tetap nak boikot juga.

"Sebab apa? Bukan ada effect apa-apa pun"

Ada effect atau tidak, itu bukan alasannya. Sekurang-kurangnya saya buat sesuatu untuk menunjukkan saya tak setuju serangan terhadap Gaza. Walaupun sekecil mana pun, saya rasa saya patut buat. In shaa Allah, terkurang satu peluru untuk membunuh saudara Islam saya di Gaza.

Saya mengaku saya memang suka makan di McDonald. Memang sedap makanan di McDonald. Tapi, saya rasa tak mati kot kalau tak dapat makan satu ketul ayam goreng dorang. Lebih baik saya beli ayam goreng di pasar malam atau makan ayam goreng yang wife saya masak, lagi sedap dan murah. Boleh jimat sikit kan?

Nak boikot atau tidak, itu tindakan korang masing-masing. Saya akan boikot yang mana saya mampu saja. Walaupun sesikit manapun boikotan saya, saya tetap akan boikot.

Cuba korang bayangkan semua umat Islam di seluruh Negara Islam bersatu menyerang Israel?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, November 20, 2012

TAKKAN DENGAN BANGLADESH PUN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya baru saja selesai menonton Perlawanan Persahabatan di antara Pasukan Harimau Malaya dengan Pasukan Bangladesh. Taklah tengok betul-betul cuma tengok macam tu saja. Saya kecewa juga sebab hanya seri dengan Pasukan Bangladesh.

Terfikir juga saya, kalau dengan Pasukan Bangladesh pun tak boleh nak menang, macam mana nak lawan pasukan-pasukan Negara lain yang lebih kuat? Sepatutnya, Pasukan Bangladesh ini untuk beri pengalaman dan persediaan bagi menghadapi pasukan yang lebih kuat.

Tapi, saya masih berharap Pasukan Malaysia dapat bangkit dari kekalahan berturut-turut dalam perlawanan persahabatan ini. Dalam permainan tadi pun, saya perasan permainan Pasukan Malaysia agak berterabur dan tak ada komunikasi antara pemain.

Mungkin Rajagopal boleh cari kaedah dan cara untuk satukan semula para pemain Pasukan Harimau Malaya ini. Bila semua pemain dah bersatu dan dah 'satu kepala', Pasukan Harimau Malaya pasti akan hebat.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"1ST SEGMEN : JOM JADI FOLLOWER SAYA BY ARRIEN AMANI"

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kali ini nak join segmen pertama oleh blogger Blog Pink Creation. Dari design blog dan tajuk blog dia, saya yakin penganjur segmen ini minat warna pink. Hehehe.

Dia nak tahu berapa follower saya. Actually, blog asal saya telah diserang virus dan terpaksa didelete supaya tak jangkit kepada blog-blog lain. Sekarang ini saya terpaksa kembali menggunakan blog lama ini tapi tak apa sebab saya masih ada blog lama ini untuk terus berblogging.

Follower Sekarang : 2327

Target Follower Saya : Entahlah... 10,000 kot?

Hahaha. Banyak kan target Follower saya? Boleh dicapaikan atau tidak? Korang rasa boleh tak?

Saya nak tag:

Nabila Medan

Kalau korang nak dapat hadiah, segmen tidak menyediakan hadiah. Tetapi, peluang untuk tambah follower korang dan juga trafik ke blog korang. Tarikh tutup segmen ini, penganjur cakap tak tentu lagi. Jom meriahkan segmen pertama si dia ini.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, November 19, 2012

GAZA = TV DAN SEBENAR...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Blog saya yang asal telah didelete disebabkan ada hackers yang telah meletakkan virus dan menjangkiti semua blog rakan-rakan yang lain. Saya kini akan kembali menggunakan blog lama saya ini. Semangat untuk berblogging masih membara lagi.

Media mampu buat apa saja. Mereka mampu menjadikan Negara Israel yang bersalah dalam pembunuhan penduduk Gaza kepada tidak bersalah dengan mengalihkan pandangan manusia seluruh dunia.

Tapi, kita tahu siapa orang Israel dan bagaimana sifat mereka. Seperti yang digambarkan dalam gambar di atas.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, July 11, 2012

"MARILAH 'KENDURI'KAN SAYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Fesyen orang perempuan sekarang memang seperti "Marilah 'kenduri'kan saya" saja. Kalau boleh nampak lurah "aset" semaksimum mungkin, dorang pasti akan buat. Bila ditanya kenapa nak tunjuk sangat "aset" dorang tu, dorang akan cakap:

"Ini ikut trend terkini dan terbaru la"

atau

"Aku punya pasal la"

Kalau nak ikut fesyen terkini dan terbaru sangat pun, rasanya tak perlu nak copy paste sebiji macam artis itu pakai. Dia tak apalah sebab pakaian dia ditaja. Saya rasa sekarang banyak pakaian fesyen terkini yang menutup apa yang patut ditutup.

Pakaian yang menunjukkan sebahagian "aset" di atas dan sebahagian "aset" di bawah rasanya tak sesuai. Nanti bila dah di"kenduri"kan beramai-ramai, tahu pula marah dan mengamuk sakan. Kata orang lelaki ini pantang tengok perempuan.

Tapi, dia ada fikir ke pakaian dia yang nak sangat tunjuk "aset" itu adalah punca dia di"kenduri"kan? Entahlah. Yang sebegitu hendak ditiru tapi yang menutup aurat tak mahu pula ditiru. Alasan paling biasa saya dengar:

"Panas"

Korang yang pakai pakaian bertutup semua "aset" rasa panas ke?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, July 10, 2012

NAK CARI BUKU PENJAGAAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Minggu ini saya ada mesyuarat di Ipoh. Saya akan stay di rumah mertua saya di Kuala Kangsar 2 hari iaitu Khamis dan Jumaat. Kemudian, Sabtu dan Ahad saya akan balik ke rumah emak saya selama 2 hari juga. Ahad malam baru saya balik Bagan Datoh. Adil la kan? Dua-dua kampung saya balik.

Plan nak pergi Popular atau MPH untuk cari Buku Tentang Penjagaan Ibu Mengandung dan Anak Yang Baru Lahir. Saya ini dah la zero tentang perkara sebegini. Risau tersilap langkah. Kena cari buku ini untuk pastikan tiada kesilapan langkah berlaku.

Biasalah, inikan anak sulung kami. So, memang tak ada pengalaman langsung saya dan wife saya. Saya rasa anak kedua dan seterusnya pun mungkin yang ada pengalaman terkantoi juga. Inikan pula yang sulung. Memang gelabah juga saya nanti.

Harap dapat cari buku itu dan harap buku itu dapat bantu berikan cara yang betul untuk jaga wife saya yang tengah mengandung. Walaupun baru 3 bulan tapi kena prepare awal sebab utama kerana kami memang tak ada pengalaman.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

LAYAN MASTERCHEF SELEBRITI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam saya terlibat dengan Rondaan 1 Malaysia yang bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam di kawasan Hutan Melintang Perak. Disebabkan itu, memang tak dapatlah saya tengok episod Masterchef Selebriti yang mana Episod Penyingkiran. Tapi, seperti biasalah, Astro sudah semestinya akan mengulang-ulang episod itu sebanyak mungkin. Korang pun tahu kan? Hehehe.

Selesai rondaan, saya sampai rumah dalam pukul 12 tengah malam lebih. Terus saya buka TV dan masa itu siaran ulangan Masterchef Selebriti baru nak mula. Memang langkah kanan la saya. Layan Masterchef Selebriti ini sebab dah nak dekat Final. Best juga sebab tak sangka Selebriti yang nampak tak tahu memasak tapi dorang boleh memasak.

Saya tak payah cerita sangat siapa yang ke Final sebab korang boleh baca kat blog-blog yang selalu update tentang berita semasa ini. Tapi, episod malam tadi memang agak best sebab ada sikit 'drama' dan ini yang menjadikan Masterchef Selebriti ini menarik. Minggu depan, saya layan Masterchef Selebriti Final di Kuala Kangsar Perak nampaknya sebab ada mesyuarat kat Ipoh.

Korang rasa la, siapa yang akan menang Masterchef Selebriti Pertama ini?

Saya rasa Soo Wincci. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, July 9, 2012

JANGAN DISEBABKAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Jangan disebabkan kita ada kuasa, kita boleh buli orang lain. Kita kata pada orang lain langgar undang-undang, tapi kita atau ahli keluarga kita langgar undang-undang, boleh pula ada pengecualian. Saya tahu bukan semua tapi memang ada. Siapa yang tergigit cili, dia yang terasa pedasnya kan? Korang rasa pedas tak? Hehehe.

Tak ada niat pun nak hina siapa-siapa. Mungkin ini ingatan kepada diri saya sendiri agar tak jadi sebegini. Saya tahu kita semua hanyalah manusia biasa.

Tapi, saya pernah tengok orang sebegini. Antaranya, dia tahan dan marah orang bawa motor tak pakai helmet dan bawa motor tak stabil. Tapi, saya nampak dia bawa motor tqk pakai helmet dan tak stabil. Yang paling best, bila ahli keluarga kena tahan sebab langgar undang-undang, boleh pula dapat pengecualian.

Dunia ini tak adil kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

BERANI MATI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi masa tengah drive kereta kenari saya tengah penuh kusyuk, tiba-tiba sebuah motorsikal versi lama tapi bukan antik keluar dari simpang kecil. Saya yang terkejut ini terus secara spontannya mengelak sambil tekan brek.

Saya pun tengok ke sebelah kiri, nak tengok muka orang yang bawa motor itu. Memang tak ada muka bersalah dan buat tak tahu je. Bukan nak angkat tangan minta maaf.

Saya rasa orang ini selalu bawa macam ini dan keluar simpang tanpa berhenti dan tengok kiri atau kanan dulu. Kemudian, orang ini tak pernah kena hentam dengan kereta atau lori yang lalu lalang kat jalan besar itu. Kalau dah kena hentam, baru nak sedar kot? Kalau lepas kena hentam hidup lagi, baguslah. Kalau 'Goal' terus?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, July 8, 2012

TOLONG WIFE DI DAPUR...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah hari tadi saya busy tolong wife saya di dapur. Nak masak ayam masak kicap dengan kangkung goreng. Oklah tu sebab saya ini bukan jenis memilih makanan sangat. Asal boleh makan, saya telan je. Hehehe.

Saya ni bukan tahu memasak kecuali masak megi. Itu adalah kepakaran saya sejak di bangku sekolah lagi. Hehehe. Korang pun sama juga kan?

Masakan wife saya pun sedap juga. Memang sedap dan seronok bila ada seseorang masak untuk kita. Kalau saya seorang dulu, saya makan je apa yang ada. Asalkan kenyang.

Anyway, saya nak ucapkan terima kasih tersangat banyak kepada wife saya untuk masakan tengah hari yang sedap tadi. Sampai melingkar saya seperti ular sawa kekenyangan. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

DAH JADI SATU KEPERLUAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Suatu ketika dulu, orang kita tak tahu apa itu televisyen ataupun internet. Tapi sekarang, kalau saya, tak ada internet atau televisyen kat rumah, saya rasa macam ada benda yang hilang. Rasa boring je.

Orang dulu pun tak ada televisyen atau internet tapi dorang rileks je. Kenapa kita tak boleh jadi macam dorang?

Kita sejak lahir ke dunia ini dah kenal dengan televisyen sekurang-kurangnya. Mungkin internet tak ramai yang biasa tapi kalau nak tengok generasi sekarang ini memang tak ada internet boleh jadi sawan. Hehehe. Saya pun sama sebab itulah saya tulis begini.

Tapi, kita perlu sedar bahawa di masa akan datang akan ada lagi teknologi-teknologi baru yang kita pun tak sangka akan wujud. Sebab dulu masa saya kecil dulu, mana saya tahu tentang internet. Masa itu, memang saya jahil gila tentang internet. Selepas pergi kelas komputer secara paksa, baru saya tahu kewujudan internet ini.

Kesimpulannya, Televisyen dan internet sekarang dah menjadi satu keperluan. Di setiap rumah, mesti ada salah satu teknologi ini. Ada juga rumah yang tak ada kedua-dua ini tapi ada cara lain dorang boleh akses teknologi ini sama ada di rumah jiran untuk televisyen ataupun di cyber cafe untuk internet.

Ini cuma pendapat saya. Kalau korang ada pendapat yang berlainan, kongsilah dengan saya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

CIK BUAYA 1ST GIVEAWAY : CHOOSE YOUR PRIZE

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama rasanya saya tak join sebarang Giveaway. Saya telah ditag oleh seorang rakan blogger dan bila saya tengok tentang Giveaway ini, saya rasa macam tertarik. Hadiah-hadiahnya pun nampak best juga.

Tapi disebabkan saya ini mata duitan (mata duitan la sangat), saya ingin memilih hadiah Nombor 4 : Wang Tunai Sebanyak RM50.

Giveaway ini simple je. Saya cuma kena Follow blog owner dan like Fan Page dia (Saya dah buat).

Tarikh tutup Giveaway ini adalah 12 Ogos 2012.


Saya tag:

Remy
Luqman
3nogr33ny

Siap. Jom join ramai-ramai. Doakan saya dapat hadiah yang saya pilih ye? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, July 6, 2012

BERLAKU DEPAN MATA SAYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kejadian yang nak saya ceritakan ini berlaku di depan mata saya. Kejadian memang dah lama sangat tapi kadang-kadang saya teringat bila tengok budak-budak bawa basikal di tepi jalan besar selepas habis sekolah. Kadang-kadang tu saya tak berani nak potong budak-budak yang tengah bawa basikal itu.

Kejadian ini berlaku semasa saya belajar di sekolah menengah. Masa itu, cuti sekolah rasanya dan saya baru balik dari Parit Buntar dengan menunggang motorsikal Kriss Hitam saya. Masa itu, saya saja yang ada lesen dan emak saya belikan saya motorsikal Kriss warna hitam. Kalau nak pergi mana-mana, motorsikal itu je yang akan bawa.

Masa melalui satu jalan besar berdekatan dengan simpang taman perumahan, saya ternampak seorang budak tengah bawa basikal. Sorang-sorang je tapi masa itu saya nampak budak itu bawa basikal stabil je. Tak terhuyung hayang pun. Kemudian, saya ternampak sebuah kereta tengah memecut laju dari belakang basikal budak itu tapi mungkin pemandu itu nampak budak itu bawa basikal kat bahagian tepi, dia pun ambil keputusan untuk potong budak itu.

Tiba-tiba budak itu melencongkan basikal dia ke dalam jalan raya, dan saya tengok kereta itu tak sempat brek dan terus hentam budak itu dengan basikal dia sekali. Masa itu, saya memang tengah bawa motor tapi saya bawa slow sebab malas nak pecut. Basikal budak itu terus terpelanting ke tengah jalan dan budak itu pun tertiarap di atas jalan raya. Tak bergerak. Kereta yang langgar dia pun berhenti.

Saya masa itu memang pertama kali tengok kejadian sebegitu. Saya terus jalan je sebab masa itu pun badan saya dah menggigil. Sebab apa? Sebab saya pun ada pengalaman yang sama. Dihentam kereta dari belakang. Selepas itu, saya ceritakan kepada emak saya dan sampai sekarang, saya kadang-kadang akan terbayang bagaimana budak itu terpelanting dari basikal dia selepas dilanggar oleh kereta tersebut dari belakang.

Saya harap adik-adik yang balik sekolah bawa basikal atau motorsikal, bawa elok-elok. Jangan terhuyung-hayang atau tiba-tiba terlencong basikal atau motorsikal itu ke dalam jalan raya. Malang tak berbau.

Saya sebenarnya tak tahu apa yang terjadi kat budak itu. Korang ada pengalaman sebegini tak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

LAYAN BOHSIA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam selepas balik kerja, saya layan sekejap Movie Bohsia 2 : Jalan Kembali sebelum nak sambung kerja Rondaan 1 Malaysia di sebelah malam pula. Movie ini bagi saya agak kurang sikit kalau dibandingkan dengan Bohsia 1 : Jangan Pilih Jalan Hitam dulu.

Lakonan Mus yang dilakonkan oleh Shamsul Yusof agak ok. Kira Mus ini rider yang baik la. Lakonan Keting yang dilakonkan oleh Sofi Jikan kira best juga dengan stail gengster yang kepala "masuk air". Tasya lakonan Nabila Huda pun ok juga.  Movie ini memang ada banyak moral dan pengajarannya.

Tapi, orang kita bukan tengok pengajaran yang hendak disampaikan. Contohnya, budak-budak kalau tengok movie ini bukan tengok jalan ceritanya yang menceritakan tentang keburukan menjadi Bohsia ini. Mereka ini lebih suka meniru tak kira cara percakapan atau pemakaian. Padahal, mesej yang hendak disampaikan baik tapi yang tak baik itu menjadi ikutan dan ditiru.

Anyway, untuk movie ini, saya bagi 3 Bintang saja sebab bagi saya Movie ini kira boleh tahanlah. Korang yang dah tengok movie ini bagi berapa Bintang?

p/s : Mula-mula korang tengok tajuk kat atas, mesti korang fikir lain kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, July 5, 2012

CERITA MEREPEK PEREBUTAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah baca cerita merepek bertajuk Perebutan tak? Hehehe. Ada blogger yang baca dan saya ucapkan terima kasih. Tadi saya tengah godek-godek blog saya, terjumpa balik entry berkenaan cerita merepek ini. Rasa nak tergelak dengan karya sendiri.

Korang nak baca? Kat bawah ini link dia :



Korang dah baca? Apa pendapat korang?

p/s : Nervous. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

MUKA HANCUR DITETAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


"BATU GAJAH: Muka seorang pekerja hotel hancur akibat ditetak bertalu-talu oleh sekumpulan tiga samseng bersenjata parang sebelum mengheret mangsa berusia 20 tahun itu ke dalam kereta dan sejam kemudian, dia ditemui dicampak di tepi jalan berhampiran Kawasan Perindustrian Batu Gajah Perdana, di sini, kelmarin.
Mangsa, R Ganesan, 20, yang ditetak lebih 10 kali di muka dan kepala menggunakan parang oleh kumpulan penjenayah dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap berbahaya di daerah ini, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah (HBG), tengah malam kelmarin.
Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sasikumar, 20-an, berkata kira-kira jam 11 malam kelmarin, dia dan Ganesan serta dua lagi rakan berbual di depan rumahnya di Menglembu, di sini, apabila tiga lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba muncul dan menyerang mereka.

“Serangan itu menyebabkan dua rakan kami cedera akibat dilibas parang. Saya sempat melihat tiga lelaki itu menetak Ganesan dengan teruk terutama di kepala dan muka menyebabkan rakan saya itu rebah bermandi darah.

“Ganesan tidak mampu berbuat apa-apa atau lari menyelamatkan diri kerana kaki kanannya cedera akibat kemalangan dua minggu lalu,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik HBG di sini, semalam."
- myMetro


Takkan kena tetak tanpa sebab? Mesti ada sebab dia kena tetak tapi tak diberitahu. Korang rasa apa sebabnya?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, July 4, 2012

HILANG MOOD UNTUK BERBLOGGING...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terasa agak kehilangan mood untuk berblogging beberapa hari ini disebabkan :

1. Baru berpindah ke Kuarters a.k.a Rumah baru yang masih belum dikemas lagi.
2. Kerja yang agak banyak dan perlu diselesaikan dengan pantas.
3. Terasa lenguh-lenguh seluruh badan dan rasa nak demam tapi tak demam-demam pun.

Ini antara sebab saya terasa semakin hilang mood untuk berblogging tapi disebabkan kehendak saya yang sangat kuat, saya berblogging juga. Hehehe.

Memang ada masa tertentu kita akan hilang atau kurang minat terhadap sesuatu perkara yang kita suka buat. Ini adalah antara sebab utama blog kita tak naik dan makin menurun lagi adalah pengunjungnya. Cuba bayangkan kita kemaskini blog kita secara konsisten selama paling kurang 1 tahun, mesti akan ada peningkatan dalam bilangan pembaca dan pengikut. Tambahan pula kita selalu join segmen yang boleh tolong memperkenalkan blog kita kepada blogger lain.

Korang ada tak Tips untuk elakkan kehilangan Mood Untuk Berblogging ini tak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

JANGAN MENGHARAPKAN BALASAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bila kita tolong seseorang yang memerlukan pertolongan, pernahkah kita terfikir nakkan balasan? Ada yang kata tak terfikir langsung dan ada yang kata ada terfikir tapi tolak pemikiran itu serta cuba ikhlaskan hati.

Bila kita mengharapkan satu pertolongan itu dapat balasan, hati kita memang confirm tak dapat diikhlaskan sebab kita mengharap. Bila balasan yang kita harapkan itu tak dapat, mulalah kita rasa tak puas hati dan rasa diri tak dihargai. Semua ini bermula kita berharap untuk dapat balasan di sebalik pertolongan kita.

Pertolongan yang ikhlas tidak mengharapkan balasan. Pertolongan itu kita buat untuk membantu seseorang itu. Bukan sebab nak menunjuk kepada semua orang yang kita ini baik. Oleh itu, untuk ikhlaskan hati, cuba berikan pertolongan tanpa mengharapkan balasan. Kalau tak boleh, tak payah tolong. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, July 3, 2012

PENANTIAN LAGI RM2.82...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Memang menyeksakan satu penantian kan? Hehehe. Penantian yang begitu saya debarkan. Korang mesti tertanya-tanya penantian apa yang melibatkan RM2.82 kan? Penantian ini adalah :


Sekarang ini jumlah terkumpul income Nuffnang saya adalah RM47.18 dan masih menanti RM2.82 untuk cukup RM50.00. Apabila cukup RM50.00, bolehlah saya cashout dan joli sakan. Hehehe.

Anyway, ada satu Buffered Earning yang masih running:


Buffered Earnings yang terkumpul adalah RM7.79 sehingga 2hb Julai 2012. So, dah cukup RM50.00 cuma kena tunggu Buffered Earnings ini jadi Metered Earning saja. Kalau tak nak jadi Metered Earning lagi bagus.

Kepada Nuffnang, berilah saya Buffered Earnings lagi untuk mewarnai blog saya yang tak seberapa ini. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, July 2, 2012

"PERLU KE MAKE UP?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Make up ini lebih sinonim dengan orang perempuan. Ada juga lelaki pakai make up dan saya tak nafikan wajah dorang kadang-kadang lagi cantik dari perempuan yang pakai make up. Saya bukan nak cerita tentang dorang tapi tentang perempuan yang pakai make up.

Pakai make up ini ada juga kebaikannya. Dengan memakai make up boleh meningkatkan lagi keyakinan diri seseorang. Ini untuk perempuan ye? Jangan pula lelaki nak meningkatkan keyakinan diri pergi pakai make up. Dah ke lain pula nanti. Hehehe.

Nak pakai make up pun ada masa, tempat dan acaranya. Mana boleh main bantai je nak make up setebal-tebalnya tak kira masa dan waktu. Hehehe.

Anyway, bermake uplah berpada-pada. Jangan terlebih make up sebab orang gelak kuat-kuat kat kita. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

JAUH MANA PERGI PUN, TETAP AKAN RINDU KELUARGA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sejauh mana kita pergi pun, kita pasti akan rindu keluarga kita. Yang paling akan kita rindu ada ibu dan bapa kita. Dari kecil kita dah biasa dengan mereka. Dari kecil mereka dah jaga dan belai kita. Dari kecil mereka jaga makan dan minum kita. Dari kecil mereka berikan kasih sayang dan belaian manja.

Bila ada di depan mata, kita rasa rimas dan nak pergi sejauh mungkin dari keluarga. Nak hidup sendiri konon. Nak bebas konon. Tapi bila dah pergi, baru rasa kehilangan. Baru nak rasa menyesal. Kita takkan perasan kehidupan yang kita ada paling bahagia sehingga kita dah kehilangan kehidupan itu.

Setiap pilihan kita akan menghasilkan keputusan yang berbeza. Mungkin kita akan bahagia dan mungkin kita akan sengsara. Oleh itu, bila kita dah buat satu keputusan, bersedialah untuk hadapi hari-hari yang mendatang akibat keputusan kita.

Ingatlah, bila nak buat satu keputusan yang melibatkan perubahan seluruh hidup kita, fikir betul-betul. Jangan gopoh. Tersilap langkah, menyesal kemudian tiada gunanya. Kebahagiaan yang dikecapi sebelum itu tak mungkin kita dapat rasa balik. Walaupun kita kembali, tapi perkara takkan sama.

Nasihat saya, hargailah keluarga kita sebaik-baiknya. Jangan lukai hati ibu dan bapa kita. Mereka dah banyak sangat berjasa kepada kita.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

LATIHAN MENUKAR PAMPERS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hujung minggu lepas, saya buat latihan menukar Pampers anak saudara sebelah isteri saya. Mula-mula memang terkial-kial. Biasalah. Tak pernah buat. Bila dah dua tiga kali buat, baru lancar sikit. Tapi ada juga tersilapnya. Hehehe. Takpelah, belajar dari kesilapan.

Itu baru Pampers. Dulu masa saya kecil dulu, selalu saya tengok emak saya tukar lampin yang jenis kain berbentuk segi empat tepat adik saya. Kena lipat bentuk segi tiga, pastu nak ikat kat adik saya yang kecil. Masa itu, saya selalu menyibuk nak tolong. Hehehe.

Tapi, sekarang dah makin senang, beli je Pampers kat kedai, pastu, buka, letak baby dan lekatkan ke tempat yang sesuai mengikut ke'ketat'an. Jangan terlalu ketat sebab nanti baby tak boleh bernafas. Biasalah. Baby kan? Badan masih lembut lagi.

Saya berlatih dari sekarang, nanti baby dah ada depan, terus terkaku tak tergerak sebab tak tahu nak buat macam mana kan? Hehehe.

p/s : Excited nak dapat baby. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SELAMAT DATANG LUQ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Akhirnya... Akhirnya saya berjaya. Hehehe. Akhirnya saya berjaya menarik seorang rakan saya untuk menjadi seorang BLOGGER. Rakan saya ini saya kenal masa belajar di UiTM Seri Iskandar tapi lepas itu terus lost contact. Tapi, berjumpa semula di Facebook. Terima kasih Facebook. Hehehe.

Dipersilakan...


Nama dia Luqman Al Fudail. Korang terjah la blog dia. Lagipun header dia pun simple dan nice. Saya suka header dia dan jeles gak. Hehehe.

Korang berkenalanlah dengan dia. Dia ini baik tau orangnya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

EURO 2012 DAH HABIS?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ini bukanlah peminat tegar bola sepak. Mungkin saya ini boleh dikategorikan sebagai peminat sambilan dan ikutan bola sepak saja. Hehe. Dan saya memang sedar yang Final Match untuk EURO 2012 adalah antara Sepanyol dengan Itali.

Kemenangan EURO 2012 pun saya tahu, yang dimenangi oleh Pasukan Sepanyol. Ucapan tahniah saya ucapkan. Mesti peminat Sepanyol  melompat setinggi langit biru kegembiraan. Hehehe. Macam biasa, saya cuma follow perkembangan bola sepak ini dari jauh je. Tak sokong pasukan mana pun.

Sekurang-kurangnya bila orang tanya, saya tahu pasukan mana yang menang kan? Taklah malu sangat. Hehehe. Mesti ada peminat fanatik yang sanggup bersengkang mata untuk layan perlawanan Final EURO 2012. Dengar cerita, Perdana Menteri kita pun turun di ICT Shah Alam untuk menonton perlawanan Final EURO 2012. Saya pun tak tahu sebab masa korang atau dorang tengah layan perlawanan Final antara Sepanyol dengan Itali tu, saya tengah lena diulit mimpi.

So, soalan cepu emas, korang layan ke perlawanan final antara Sepanyol dengan Itali atau korang pun macam saya, lena diulit mimpi? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, June 30, 2012

PROMOSI PROMOSI PROMOSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ini adalah tips paling penting dalam meningkatkan trafik ke blog korang. Saya dapat tips ini daripada Bro Ben Ashaari suatu ketika dulu. Selepas itu, saya terus laksanakan sehingga sekarang.

Tips paling ini adalah PROMOSI. Korang kena sentiasa mempromosikan blog korang. Macam mana promosi? Cara paling senang adalah blogwalking dan tinggalkan komen. Berikan komen yang berkaitan dengan entry dan jemput owner blog singgah ke blog korang.

Cara yang agak leceh sikit ialah Join segmen, blogwalking dan tinggalkan komen jemput ke blog korang. Bila korang segmen, korang akan jumpa blog-blog baru. Ini adalah kebiasaan yang saya buat bila join segmen, saya akan blogwalking ke semua blog yang join segmen tersebut. Yang mana blog yang saya tak follow lagi, saya akan follow dan tinggalkan komen menyatakan saya dah follow blog dia. Saya tak memaksa untuk dia follow saya juga tapi saya jemput dia ke blog saya. Kalau dia suka blog saya, dia pasti akan follow.

Ini antara cara say promosi blog saya. Ada banysk lagi dan saya tahu ramai gunakan cara yang saya gunakan ini. Dan saya pasti juga ramai yang join segmen dan tunggu orang datang blog dia. Cara ini bagi saya salah. Kita pergi dulu jelajah blog dorang dan kita buat jemputan dirang datang blog kita dengan tinggalkan link blog kita. Dorang nak datang tidak, terpulang kepada dorang.

Saya nak tekankan sekali lagi, Promosi blog secara berterusan dan ... Jangan putus asa. Teruskan PROMOSI PROMOSI PROMOSI.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

BUDAK SEKARANG LAGI ADVANCE...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya tengok anak-anak saudara saya dan ada juga saya tengok anak-anak saudara isteri saya, memang saya agak kagum juga la.

"Kenapa saya rasa kagum?"

Sebab seorang budak berumur baru 5 tahun lagi pandai main komputer atau ipad lebih daripada saya pada masa umur sebaya saya. Saya kenal komputer masa sekolah menengah sebab ada satu subjek komputer yang kena saya attend dan masuk makmal komputer.

Kalau tak ada subjek tersebut, entah bila saya akan tahu tentang komputer. Tapi budak-budak sekarang memang sangat advance. Dalam pencarian maklumat di internet, dorang dengan pantasnya berjaya cari makumat tersebut.

Ada juga yang terlalu advance sampai boleh buka website tidak bersesuaian dengan umur. Selepas itu, dorang ikut dan praktikkan pada dengan kawan berlainan jenis dorang. Lepas itu, baru nak menyesal tak sudah.

Teknologi memang perlu dalam kehidupan kita sebab ada banyak juga perkara kita gunakan teknologi untuk jadikan ia mudah. Tapi kalau tersilap guna teknologi ini boleh mendatangkan. Oleh itu, kita perlu tahu teknologi mana yang patut digunakan dan yang mana tak perlu.

p/s : Budak-budak masa depan mesti lagi super advance kot?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 29, 2012

BLOG PERSONAL SUSAH NAK NAIK...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada sesetengah orang yang dikatakan 'Expert' dalam dunia blogging mengatakan blog yang bergenrekan Personal ataupun dalam bahasa Melayunya Peribadi susah nak naik. Mungkin betul juga katanya. Memang agak susah sebab blogger yang menceritakan tentang kisah peribadi dan apa yang berlaku di sekeliling dorang bukan artis yang famous.

Antara artis famous yang ada blog ada Najwa Latif tapi saya tengok tak berupdate. Mungkin dia busy dengan show. Korang tengok follower dan jumlah dalam blog dia? Banyak kan?

Tapi, kita ada juga blogger yang bukan artis tapi buat blog personal dan naik sehingga dah jadi popular macam artis dah. Antara yang saya kenal adalah Ben Ashaari dan Yuyu Zulaika. Memang susah sikit nak naik tapi kalau korang tak promosi blog korang sendiri, memang takkan naik langsung. Even artis pun ada yang promote blog dorang. Cuma dorang ada sikit kelebihan dengan dapat liputan di media cetak dan media elektronik.

Apa yang penting, ada juga blogger yang suka baca blog personal dan kadang-kadang melalui blog personal seseorang itu kita belajar sesuatu yang baru. Kebanyakkan blog personal menceritakan tentang pengalaman dorang tentang apa yang berlaku kepada dorang dan apa yang berlaku di sekeliling dorang.

Pengalaman adalah pengajaran yang paling perit. So, tak rugi kita belajar dari pengalaman orang lain sebab yang rasa perit tu orang lain dan kita tak rasa apa-apa. Hehehe. Yang penting kita berjaya belajar sesuatu walaupun sekelumit kuman sekalipun.

So, korang jangan putus asa berblogging. Teruskan berblogging. Teruskan memeriahkan dunia blog ini.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"...GIVES YOU THE PEOPLE YOU NEED."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Korang setuju atau tidak?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

"LAMBATNYA..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi saya ke bank. Giliran saya selepas 12 orang tapi saya tak kisah sangat. Sambil menunggu tu, saya pun main game Angry Bird. Taklah mengantuk sangat. Tak berapa lama selepas itu, saya ternampak seorang perempuan dengan adik lelaki dia masuk dari pintu depan. Saya just tengok dan teruskan main game Angry Bird sayalah. Kemudian, dia duduk di kerusi berdekatan dengan saya.

Beberapa minit kemudian, terdengar dia mengeluh,

"Lambatnya. Nak kemaskini buku akaun pun susah"

Saya buat tak tahu saja. Saya pun beratur juga. Nasib baik ada sistem nombor giliran. Bayangkan dulu kalau nak buat apa-apa urusan di bank kena berdiri beratur panjang. Sekarang ini kan dah ada sistem nombor giliran. Ambil nombor, duduk tunggu dipanggil ke kaunter saja.

Tiba-tiba si perempuan ini cakap kat adik lelaki dia,

"Adik, pergi tekan nombor kat situ"

"Kenapa kak?"

"Kakak tak ambil nombor giliran lagi"

Saya terus gelak dalam hati. Memang la takkan dapat kemaskini buku akaun kalau nombor giliran pun tak ambil. Saya macam biasa terus main game Angry Bird saya je la.

Lepas itu, nombor giliran saya dipanggil dan saya selesaikan urusan saya di kaunter. Selepas itu, dari sisi-sipi mata saya tengok dia baru nak bangun ambil nombor giliran. Mungkin sebab dia dah terlepas cakap pasal lambat sangat dan saya terdengar, dia malu nak ambil nombor giliran kot? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

DEMAM SELESEMA LA PULA...

Asalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dua tiga hari ini saya agak sibuk berkemas barang untuk dibawa ke rumah baru. Saya berpindah ke Kuarters di atas sebab-sebab paranormal. Hehehe. Saya boleh tahan dengan paranormal yang berlaku di rumah sewa saya cuma isteri saya tak tahan.

Disebabkan banyak sangat habuk dan keadaan rumah sewa saya yang sedia semak mengalahkan tongkang pecah, bermula semalam saya asyik bersin saja. Tak lama lepas itu terasa badan agak panas-panas ketuhar gelombang mikro dan hidung asyik tersumbat. Mata plak asyik berair dan rasa gatal-gatal. Saya ini jarang sakit tapi oleh kerana terlalu kuat penyakit selesema yang datang dari rumah sewa, senang pula saya kena. Hehehe.

Barang yang nak diangkut masih ada lagi kat rumah sewa. Hari ini saya akan cuba selesaikan dan esok balik ke Klang untuk berjumpa kekasih hati jantung intan payung saya - Sudah semestinya isteri saya. Hehehe.

"Tak pergi klinik?"

Sekejap lagi saya nak ke klinik kesihatan jap. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 28, 2012

"TAK PUASLAH"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya mula-mula nak minta maaf sebab memang hasil tulisan saya ringkas saja. Setiap entry yang saya tulis memang ringkas dan padat. Saya tahu ada blogger yang tak puas baca entry saya. Saya lebih suka tulis satu entry secara spontan. Sebab itulah entry saya ada yang panjang dan ada yang pendek je.

Ada rakan blogger yang beritahu saya yang dia tak puas baca entry di blog saya. Mungkin disebabkan terlalu ringkas ataupun terlalu best. Hehehe. Saya rasa rakan-rakan blogger semua masih ada banyak blog yang ingin diterjah. So, bila saya menulis secara ringkas dan padat serta secara direct to the point, senanglah rakan-rakan blogger meneruskan perjalanan.

Lagipun, kalau panjang sangat sesuatu entry itu ditulis, boleh jadi melalut dan merepek. Tapi, dalam menulis sesuatu entry, yang penting, korang tahu apa yang hendak disampaikan secara menarik. Tak perlu panjang berjela-jela tapi cukuplah seringkas dan sepadat yang mungkin. Yang penting apa mesej yang hendak disampaikan itu sampai kepada pembaca entry yang sampai ke blog korang itu. Hehehe.

Kalau masih tak puas baca, boleh terjah entry lain dalam blog ini. Baca puas-puas. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

BICARANYA SEBENARNYA PERINGATAN UNTUK DIRINYA SENDIRI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Saya sokong sebab tak ada manusia yang sempurna pada masa sekarang.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

JANGAN SOMBONG DALAM BERBLOGGING...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam kita berseronok dan bersuka ria berblogging, janganlah kita sombong dengan blogger-blogger lain. Walaupun kita blogger yang ramai orang kenal tapi jauhkan sifat sombong. Sama juga dalam dunia nyata, cuba kalau kita sombong dalam satu kampung, semua orang kampung akan pulaukan kita dan kita akan jadi macam kera sumbang. Sendirian je.

Dalam dunia, kita mungkin ada kemahiran dan ilmu lebih mengenai blogging. Blog kita mungkin paling cantik dari atas hingga ke bawah. Tapi, kalau kita sombong, rasanya bila blogger datang blog kita sekali, lepas itu tak datang terus kot? Hehehe. Siapa yang rugi? Korang jawab sendirilah.

Cuba try kita tak sombong dan mesra dengan blogger lain dengan cara blogwalking, join segmen dan join Giveaway, kita tinggalkan komen membina dan beramah mesra dengan blogger-blogger lain. Insya Allah kita akan dapat ramai kawan.

Kesimpulannya, tak payah sombong, bukan dapat duit pun sombong. Kalau tak sombong dan ramah, mungkin ada peluang dapat income biasanya daripada Nuffnang. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"KORANG NOMBOR BERAPA?"



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.



1 • Married » dah kahwin dan hidup bahagia.
2 • Divorce » dah berpisah dan bercerai dengan pasangan.
3 • Engaged » baru bertunang.
4 • Couple » ada seseorang di hati, tapi belum bernikah sbb belajar atau kumpul duit.
5 • Clash » baru berpisah dengan kekasih.
6 • Single » masih mencari pasangan.
7 • Tengah minat dengan seseorang tapi pendam saja...sebab malu.
8 • Forever Alone » tak ada kawan, tak ada pasangan, main facebook seorang diri saja.


~> Korang nombor berapa ?


Wassalam.


-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka