KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, May 30, 2014

SEGMEN : MINI TOPUP GIVEAWAY BY JURNAL SETIAUSAHA LELAKI

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog ini.

Sekarang ini mood untuk updated selalu ke laut.  Mungkin sebab tekanan kerja yang berlambak-lambak diikuti dengan peperiksaan akhir yang makin hampir serta ditambah pula dengan rasa malas menyebabkan blog ini tak terupdate.

Kali ini saya nak join satu segmen yang hadiahnya TOPUP.  Segmen giveaway ini dianjurkan oleh seorang yang dia panggil dirinya Jurnal Setiausaha Lelaki.  Kenapa? Jangan tanya saya, tanya diri empunya terus.

Segmen ini agak mudah dan senang untuk disertai.  Oleh itu, saya menjemput semua kawan-kawan untuk join dan support segmen ini.

Bukan hadiah yang kita harapkan tetapi ikatan silaturrahim yang kita dambakan.

Tarikh tutup segmen giveaway ini adalah pada 04.06.2014.


Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, May 16, 2014

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.

Dah lama sangat saya tak update blog saya ini. Alasan utama sudah semestinya sibuk tapi hakikatnya malas. Tak apalah. Sekarang rasa rajin dah datang semula. So, saya mulakan penulisan saya hari ini dengan ucapan hari guru.

Guru kita bukan hanya di sekolah atau di universiti. Tapi orang yang rapat dengan kita seperti isteri, suami, emak, ayah, keluarga mertua dan  juga boleh jadi guru kita. Mungkin bukan secara rasmi. Termasuk kawan-kawan tapi kita pasti ada belajar sesuatu daripada mereka. Yang mungkin secara langsung ataupun tak langsung. Cuma kita saja tak perasan.

Oleh itu, kita kena belajar menghargai mereka sebaik mungkin. Betul tak?

Posted via Blogaway
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, February 22, 2014

DAH PANDAI BUAT MIMIK MUKA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Sekarang ini Mayeesa dah pandai buat mimik muka.  Yang seronoknya, bila dia buat mimik muka, mesti saya dan isteri rasa nak gelak.  Sebab kelakar sangat.

Sesiapa yang tengok pun tergelak.  Mimik muka Mayeesa comel dan boleh buatkan orang yang tengok rasa nak gelak je.

Tak apa Mayeesa sayang papavdan mama.  Nanti dah besar sikit, boleh masuk Maharaja Lawak guna mimik muka Mayeesa je.

Ada sesiapa nak undi Mayeesa nanti tak?


Posted via Blogaway
Sila Tekan Like Jika Suka