Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, August 14, 2011

MASALAH ... LARI? HADAPI?


MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Masalah. Masalah adalah sebahagian dari hidup kita. Hidup yang tiada masalah adalah hidup yang tidak hidup. Bila ada masalah, maknanya kita ini hidup. Ada sesetengah orang menganggap masalah itu suatu peluang untuk maju dengan lebih baik. Ada sesetengah orang menganggap masalah itu menyusahkan diri dorang.

Kita ada dua pilihan bila kita ada masalah. Pertama, lari dari masalah. Nak lari dari masalah ni memang banyak. Yang selalu kita buat adalah bila ada masalah, kita akan buat tak tahu saja. Ada yang langsung biarkan masalah tu. Persoalannya, sampai bila kita nak lari dari masalah? Korang jawab sendiri la ye? 

Kedua, hadapi masalah. Bila kita ditimpa masalah, kita berusaha untuk menyelesaikannya. Tapi step pertama adalah kita kena hadapi dulu masalah tersebut. Lepas itu kita akan cuba mencari jalan penyelesaian. Dalam proses kita mencari jalan penyelesaian, kita akan belajar sesuatu perkara baru.

Menyelesaikan masalah boleh mematangkan diri kita dan juga memberi kita peluang untuk menjadi lebih baik. Kita boleh mengenal pasti kesalahan kita dan cuba untuk tidak mengulanginya semula. 

Dalam hidup kita takkan lari dari menghadapi sebarang masalah. Kita cuma boleh ikhtiar dan berusaha untuk menyelesaikan masalah kita. Oleh itu, janganlah benci pada masalah sebab ia cuma untuk mendidik kita menjadi lebih matang. 

Betul tak? Ada tak setuju ke?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

9 comments:

  1. klu xde masalah hidup tak seronok.. :)

    ReplyDelete
  2. life without problem is not life.. =)
    Hidup adalah ujian membuat pilihan. baik @ buruk..

    ReplyDelete
  3. setuju...kalau tak ada masalah camna nak matang seseorang itu....

    ReplyDelete
  4. dengan masalah kita mengenal apa itu erti hidup..

    ReplyDelete
  5. run for your life!!! hehehehee....
    btol tu..kite kene hadapinye jugak xkre bsar mn pun problema tu..heeee

    ReplyDelete
  6. nice entry...saya setuju sangat!!
    memang la best kalau just lari dari masalah..tapi nanti2 kena hadapi jugak...nak tak nak hadapi je..
    cuma macam mana kita hadapi masalah tu...(^_^)

    ReplyDelete
  7. masalah kan rencah kehidupan :) dan masalah boleh memantangkan kita dalam hidup

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.

    masalah adalah perencah hidup.no problem, no such thing we called it life^^

    lari dari masalah tidak mampu ubah apa2, bahkan tak keterlaluan jika pc cakap mencipta masalah lain pula.jika namanya hidup bersedialah untuk menyelesaikan apa saja masalah.yes.ia akan mematangkan seseorang.

    Allah menguji hambaNya berdasarkan kemampuannya. ofcourse Allah Tahu kemampuan hambanya setakat mana sebab Dia yang mencipta.
    Wallahua'lam^^

    ReplyDelete