Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.
Saya nak mengumumkan Segmen pertama saya iaitu "
JOM KONGSI PENGALAMAN SERAM".
Setiap orang mesti ada pengalaman seram kan? Saya suka baca cerita-cerita seram. Antara buku yang saya baca ialah True Singapore Ghost Story.
Syarat-syarat nak join segmen ini ialah:
1. Copy dan Paste picture kat atas dan letakkan kat post dan side bar blog korang berserta link ke post ini.
2. Setiap pengalaman mesti ada tajuk dan mesti ditulis dalam Bahasa Melayu. Panjang pengalaman tak kisah sebab saya pentingkan isi pengalaman je.
3. Kemudian, pastekan link post entry korang ke ruangan komen post ni.
4. Kalau sudi, follow saya ek? huhu... Tiada paksaan. Tapi digalakkan follow untuk tahu perkembangan blog ni.
5. Tag seorang atau lebih pun takpe dan pastikan dia atau dorang tahu korang tag dia atau dorang
Segmen ini saya buka dari
6hb Mei 2011 sampai 6hb Jun 2011 jam 11.59 tengah malam.
Setiap pengalaman yang korang kongsikan, saya akan kumpulkan dan jadikan satu
eBOOK. Dalam ebook tu saya akan letakkan:
1. Nama Korang (Nama Pendek pun takpe)
2. Umur Korang (Kalau korang tak nak, takpe)
3. Link blog korang (ini wajib!!!)
4. Lokasi korang (contohnya Shah Alam, Selangor)
Oleh itu, selepas korang tulis pengalaman korang, korang jangan lupa letakkan maklumat di atas ye?
Ebook ni saya akan berikan pada semua blogger secara percuma. Korang boleh bagi pada kawan-kawan korang. Disebabkan link korang ada dalam ebook tu, so, secara tidak langsung korang dapat promote blog korang. Kan?...Huhu...
So, korang jangan tunggu lagi. Join la.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka