Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, December 10, 2013

BANJIR ... BUKAN PESTA AIR


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang ini kita tahu bahawa Negeri Pahang dilanda banjir yang paling teruk tahun ini. Siap ada gelombang pertama dan gelombang kedua lagi.  Di Facebook, pelbagai pandangan dan luahan dilemparkan kepada pelbagai pihak.  Tak kiralah pihak Kerajaan mahupun Pembangkang.  Tapi, apa yang penting sekarang ini adalah tindakan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa ini.

Masa saya kecil dulu, saya mengganggap banjir ini macam pesta air.  Banyak air di depan rumah dan boleh mandi-manda.  Dulu, rumah saya adalah rumah papan tingkat atas.  Macam rumah-rumah kampung lama.  Oleh itu, bila air naik, Alhamdulillah tak pernah naik sampai terkena lantai atas rumah.

Pernah tak kita terfikir apa yang mangsa banjir ini perlukan?  Saya bagi satu senario yang biasa iaitu mangsa banjir di satu pusat penempatan yang telah terkepung dengan air banjir.  Bantuan makanan tak sampai-sampai.  Bila ditanya, pusat tersebut tak ada dalam senarai.  Kalau kita jadi mangsa, ada ke masa kita nak tengok senarai pusat penempatan mangsa banjir?  Kita lebih fokus untuk pastikan anak bini kita selamat dan terus menuju ke tempat penempatan yang terdekat.

Akibat banjir ini, barangan di dalam rumah termasuklah kenderaan yang ada mesti akan rosak dan tak dipakai.  Bukan sikit tapi boleh capai berpuluh ribu.  Mungkin buat masa ini, mereka tak fikir semua perkara itu.  Mereka cuma fikir masa sekarang.  Anak-anak kelaparan.  Mereka sendiri kelaparan.  Bantuan yang sampai pun ada niat lain.  Lepas pemberita balik, terus habis bantuan tersebut.  Bantuan lebih kepada nak menunjuk-nunjuk saja.

Mungkin kita belum kena lagi macam mereka di sana kena.  Syukur, Alhamdulillah.  Jangan disebabkan berbeza fahaman politik, kita jadikan alasan untuk membiarkan mereka di sana kelaparan dan kesejukan.  Kalau tak dapat sumbang apa-apa pun, berdoalah untuk mereka.  Tak salah kalau kita berdoa dan mohon Allah selamatkan mereka.

Sama-sama kita berdoa supaya mangsa-mangsa banjir ini tabah dan dapat pulang ke rumah masing-masing.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, December 9, 2013

MAYEESA ... 11 BULAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan semua.

Dah lama sangat saya mengabaikan blog saya ini.  Disebabkan bebanan kerja yang makin bertambah dan saya menyambung pelajaran secara jarak jauh di USM membataskan saya untuk mengemaskini blog saya ini.

Hakikatnya, itu cuma alasan. Sebab sebenarnya MALAS. Betul tak? Hehehe.

Mayeesa pun umur dah lebih 11 bulan.  Berjalan masih bertatih tapi gigi tumbuh awal. Ada pro dan con dia la kan? Gigi tumbuh awal, lambat berjalan. Cepat berjalan, gigi tumbuh lambat.

Alhamdulillah, Mayeesa semakin besar, semakin sihat. Cuma selsema sikit-sikit. Yang penting, mata dia tetap bulat seperti selalu. Hehehe.

Inilah buah hati saya yang kedua. Yang pertama sudah semestinya isteri saya kan?

p/s : Sibuk sangat sekarang. Letih.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, July 29, 2013

BUTA HURUF KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Terang-terang bersuluh dengan lampu kata Lelaki tidak dibenarkan masuk ke Bilik Menyusu tapi ada seorang lelaki dengan isterinya menonong je masuk tanpa rasa bersalah.

Apa yang saya dengar, dorang tertinggal telefon bimbit di dalam tapi tak boleh ke si isteri je masuk? Si suami duduk je luar. Hormatlah sikit kaum perempuan nak menyusu anak mereka dengan aman.

Selepas dorang keluar, isteri saya masuk pula dengan Mayeesa. Tengah saya duduk di kawasan luar tempat menukar lampin, menonong je lelaki yang sama mendukung masuk balik ke dalam bilik tersebut. Saya terkejut.

Kemudian, saya nampak dia keluar dan saya pun tengok muka dia sambil berkerut dahi. Dia pun tunduk je dan terus berjalan keluar. Dia ingat bilik menyusu ni bilik yang sesiapa pun boleh masuk ke? Mana rasa hormat dia pada orang lain?

Kalau kena kat korang, korang takkan tengok je?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, July 27, 2013

SALAH SIAPA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Setiap hari kita baca suratkhabar. Setiap hari kita mesti kita akan baca tentang budak-budak yang masuk hospital sebab 'terlalu pandai' buat mercun sendiri. Bila dah terkena, baru nak menyesal tak sudah. Padahal banyak dah kes-kes macam ini berlaku sejak musim raya tahun-tahun lepas lagi.

Siapa yang nak kita salahkan? Budak itu? Mercun buatan sendiri itu?

Ini pengalaman saya semasa duduk di rumah sewa suatu ketika dulu, setiap malam mesti ada orang main mercun depan rumah sewa saya. Kadang-kadang saya keluar rumah dan bertempik suruh main di tempat lain. Lagi kurang ajar mereka dengan baling masuk mercun bola yang meletup kuat di halaman rumah sewa saya. Memang terkejut saya dibuatnya.

Saya fikir budak-budak yang buat begitu. Jadi, satu malam saya ambil keputusan untuk menyorok dalam kereta dan tengok siapa yang selalu baling mercun bola ke dalam halaman rumah sewa saya. Rupa-rupanya BAPA si anak. Kalaulah BAPA dah berperangai macam itu, anak sudah semestinya ikut perangai bapa dia.

Ibu dan bapa adalah orang pertama yang anak-anak akan tiru. Oleh itu, apa yang ibu dan bapa buat, anaknya pasti tiru. Dah bapa dia suka main mercun baling masuk ke rumah orang, anaknya pasti mengikut. Sekarang ini siapa yang sebenarnya salah bila si budak ini terkena mercun ke mata dan buta sebab tak sempat baling atau tersilap baling? Si budak itu? Si mercun itu sendiri? Si bapa budak itu? Si ibu budak itu?

Cuma lontaran pandangan saya saja.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, July 18, 2013

BERGALAU DAH DAHI ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Mayeesa sekarang ini dah suka sangat memanjat. Merangkak dan duduk pun belum betul-betul, ada hati nak berdiri sekarang. Berdiri kalau pegang dengan kedua belah tangan, tak apa la juga. Tapi, nak berdiri macam orang besar, sebelah tangan pegang dan sebelah tangan lepas.

Kalau nak perhatikan dia setiap masa, memang tak mampulah. Tapi saya dan isteri cuba untuk sehabis baik untuk elakkan Mayeesa terjatuh masa berdiri. Tapi malangnya malang tiadalah berbau. Kalau berbau, bukan malanglah namanya. Kan? Hehehe.

Mayeesa terjatuh dan bergalaulah dahi dia. Menangis sekejap dan terus memanjat balik. Mungkin Mayeesa dalam proses untuk belajar berdiri. Umur baru 6 bulan lebih tapi dah ada hati untuk berdiri macam orang besar, berdiri dengan sebelah tangan.

Takpelah. Telatah sebeginilah kita akan rindu bila kita dah tua dan Mayeesa dah besar nanti. Takkanlah masa dia dah besar nanti, kita nak suruh Mayeesa memanjat kita kan? Hehehe.

p/s : Saya ceritakan apa yang isteri saya ceritakan.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, July 17, 2013

"BOS, BILA NAK BALIK?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Disebabkan isteri saya mengalami kebosanan dan Mayeesa mula melalak sebab bosan, terpaksalah wife saya bawa Mayeesa berjalan-jalan pada satu petang yang indah. Kedudukan rumah kami dengan pejabat yang amat dekat membawa wife saya dan Mayeesa menjengah saya di pejabat walhal masa pejabat telah habis. Mungkin Mayeesa dah rindu papanya.

Saya dengan segera menghabiskan kerja yang berbaki dan mengambil Mayeesa dari perlukan ibunya. Lantas saya dudukkan di kerusi saya. Lagaknya dah macam bos saya perhatikan. Wife saya terus tercuit hati untuk mengambil gambar 'bos kecil' yang baru itu.

Memang comel je Mayeesa duduk di kerusi bos. Dah macam bos pula saya tengok. Dengan wajah serius dia memerhatikan kami. Mungkin di masa hadapan Mayeesa akan menjadi seorang bos? Insya Allah. Sama-sama kita doakan.

p/s : Ini entry lama sebenarnya tapi saya baru saja tulis.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, July 11, 2013

ALHAMDULILLAH...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Memang agak lama juga saya tak updated saya ini. Kesibukan dengan kerja yang semakin bertambah dan virus malas dah mula memakan diri saya ini. Memang saya selalu juga buka tengok blog saya ini tapi bila mana saya cuba untuk update, virus malas mula aktif. Huhuhu.

Alhamdulillah. Saya dan keluarga saya diberi peluang lagi oleh Allah untuk menyambut Ramadhan untuk kesekian kalinya. Tahun lepas, saya dan isteri menyambut Ramadhan berdua dan Mayeesa masih berada di dalam perut ibunya. Tahun ini, kami bertiga pula. Saya bersyukur kepada Allah kerana masih panjangkan umur saya untuk bersama-sama menyambut Ramadhan bersama isteri dan anak tercinta.

Ramadhan ini menggamit pelbagai kenangan saya yang berlaku di rumah, sekolah, universiti dan sehingga semalam. Semalam pun boleh dikira sebagai kenangan juga kan? Kalau  nak diceritakan memang takkan habis tapi Insya Allah saya akan ceritakan dalam post yang berasingan. Tak seronok baca post yang bercampur-campur dengan pelbagai cerita. Macam rojak pula.

Saya dan sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca blog saya yang biasa-biasa saja ini.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, June 26, 2013

HUJAN DAH TURUN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Alhamdulillah... Hujan dah turun di Bagan Datoh Perak. Hujan ini adalah hujan rahmat. Hujan ini dapat mengurangkan jerebu yang melanda.

Setakat ini, saya tahu di Kuala Kangsar dan Bagan Datoh dah hujan. Tempat korang hujan tak?

Respons di ruang komen di bawah ye?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 25, 2013

JEREBU ... MAKIN MENGGANGGU PANDANGAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Pandangan semakin kabur. Udara semakin tercemar. Nak bernafas pun terbau asap. Mata pun dah pedih. Tekak pun dah kering.

Ditambah lagi dengan asap kereta dan asap rokok. Semakin memburukkan keadaan. Selepas ini, hospital dan klinik kenalah bersedia. Banyak orang akan sakit.

Mari kita sama-sama doakan supaya semua orang selamat dan musibah ini berlalu pergi.

Amiiiinnnnn.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 24, 2013

JEREBU... KENA PAKAI TOPENG!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Jerebu dah makin merebak ke utara. Sekarang saya berada di Slim River. Pagi tadi taklah teruk sangat. Tapi sebelah petang hingga malam, jerebu dah makin teruk.

Nasib baik dorang ada bagi topeng untuk tutup hidung dan mulut untuk elakkan sakit tekak dan asap disedut. Itu belum penyakit lain lagi yang boleh kita kena. Sekarang ini kena pakai topeng muka bila nak keluar rumah. Kecuali paru-paru korang memang jenis perokok tegar. Faham-faham sendirilah.

p/s : Rasa macam duduk Genting Highland bila tengok dari tingkap. Bila keluar je, bau asap sampai terbatuk-batuk.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, June 23, 2013

PAGI, PETANG, MALAM ... DURIAN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Sekarang kami berada di kampung sebelah isteri saya di Sauk Kuala Kangsar. Dan disebabkan keluarga mertua saya ada beberapa batang pokok durian yang sudah berbuah, maka bermulalah sesi makan durian dari malam hingga ke esok malamnya.

Ini yang untung bila ada pokok durian sendiri. Boleh sebanyak mana yang nak dimakan.

Siapa suka makan durian? Angkat dua tangan.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, June 22, 2013

DALAM BUAIAN PUN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Mayeesa ini memang suka tidur meniarap. Bila dia tidur meniarap, memang lena. Sampaikan bila dalam buaian pun nak tidur meniarap.

Yang hairannya, lena pula dia tidur. Walaupun tak lama pun tidur si Mayeesa. Yang penting, buaian kenalah sentiasa berayun. Tak boleh nak buat kerja apa dah.

Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 21, 2013

TAK BOLEH DENGAR SUARA PAPA DIA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Mayeesa kalau sedang menyusu, bila dengar suara papa dia, terus berhenti menyusu dan tengok sekeliling cari papa dia. Mama dia kena pujuk dia menyusu balik.

So, kalau Mayeesa tengah menyusu, terpaksalah papa dia kunci mulut ataupun cakap secara berbisik.

Tapi papa dia rasa seronok. Sebab Mayeesa perasan kewujudan papa dia. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 13, 2013

BUDAK MATA BESAR...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Mayeesa dah pun berumur lebih 5 bulan. Hampir sebahagian besar rumah saya dah pun dia jelajah. Sekarang ini dalam proses untuk merangkak tapi masih tak berjaya lagi.

Mayeesa ni kalau tengok orang ataupun sekeliling, mesti mata dia akan buka luas-luas. Sebab itu dia kena panggil budak mata besar. Tapi sudah semestinya dia nampak comel sangat. Hehehe.

Saya sendiri pun geram nak gigit dia sebab dia comel sangat. Korang tengok dia tapi tak rasa geram ke?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

BUKAN TAK NAK UPDATE...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hampir dua minggu juga saya tak update blog saya. Masa sangat mencemburui saya. Dengan pelbagai program yang datang silih berganti sampaikan tak ada masa untuk kemaskini blog saya dengan kisah-kisah terbaru. Tapi ada ke orang nak baca ye? Hehehe.

Sekarang ini baru ada masa sikit untuk kemaskini blog ini bermula post ini. Insya Allah saya cuba luangkan masa untuk kemaskini blog dengan kisah menarik yang saya rasa patut dikongsi. Takkan semua perkara nak tulis dalam ini kan? Ada juga perkara yang terlalu peribadi dan perlu disimpan oleh saya saja.

Saya bukan artis ataupun orang yang ternama pun. Saya ini seperti tagline blog saya ini.

"Aku hanya seorang lelaki biasa yang hidup di muka bumi ini"

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 4, 2013

SEGMEN NASZ : "NASZ CARI BLOGLIST JUN 2013"


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Agak terlewat sikit saya buat segmen ini. Segmen ini adalah untuk mencari Bloglist Jun 2013 untuk menggantikan Bloglist Mei 2013 di side bar blog saya ini.

Apa fungsi bloglist ini?

Fungsi bloglist ini simple je. Mudah saya nak tahu apa rakan-rakan blogger saya update dan boleh saya terjah untuk baca entry dorang. Senang sikit kan? Tak payah nak susah-susah pergi dekat Google dan taip dan Search. Agak susah kalau begitu.

Cara nak join segmen saya ini ialah :

1. Buat satu entry baru. Copy dan paste gambar header saya di atas. Jangan lupa linkkan post ini ke entry korang tu.

2. Salin tajuk ini, SEGMEN NASZ : NASZ CARI BLOGLIST JUN 2013.

3. Korang ceritakan tentang blog korang. Simple je. Tak perlu panjang sangat.

4. WAJIB LIKE FAN PAGE DI BAWAH :


5. Publishkan post korang dan letakkan link korang tu kat kotak komen di bawah.

Segmen ini saya buka sampai 4hb Jun 2013 jam 11.59 malam. 

Setiap blog yang join segmen ini akan saya letakkan di bloglist Jun 2013 di sebelah bermula 5 Jun 2013.

Jemput join ramai-ramai.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, May 29, 2013

MENJADI PELAJAR KEMBALI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Buku Panduan Pelajar Baharu - Program Pengajian Jarak Jauh - Universiti Sains Malaysia - Sidang Akademik 2013/2014.

Baru tengok tajuk pun dah malas nak baca. Hahaha.

Ada sesiapa boleh tolong bacakan?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, May 27, 2013

BIL BIL BIL ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Memang saya dah agak bila saya balik dari menjelajah Bandar Ho Chi Minh, mesti bertimbun bil nak kena bayar. Tak ada benda percuma di dunia ini. Hampir semua kena bayar. Sekarang tengah beratur di pejabat pos untuk bayar bil. Ramai pula hari ini. Huhuhu.

Korang dah settle bil bil bil korang belum?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

SURAT TAWARAN DAH PRINT...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Surat tawaran untuk sambung belajar di USM secara jarak jauh dah print. Pertengahan Bulan Ogos kena pergi orientasi dan pendaftaran di kampus induk USM Pulau Pinang.

Memang dah lama plan untuk sambung belajar secara jarak jauh di USM ni. Tapi, keadaan tak mengizinkan. Sekarang ini baru ada peluang. So, saya tak lepasksn peluang ini.

Nak kena buat surat kepada Ketua Pengarah untuk dapatkan kelulusan sambung belajar. Kalau tak diluluskan, terkuburlah hasrat. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, May 26, 2013

KEPENATAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semasa kami di Bandar Ho Chi Minh, kami tak buang masa sangat dengan perkara lain kecuali penuhkan dengan aktiviti. Tak kiralah bershopping di Ben Tahn Market ataupun berjalan keliling bandar. Selain itu, kami pergi melawat ke Art Museum dan Independence Palace.

Memang kami penat sangat. Korang boleh tengok betapa letihnya Mayeesa sampai terlena. Tapi tidur Mayeesa pun tetap comel. Kan?

Tapi memang best dan puas hati. Insya Allah kami plan nak pergi lagi. Ada sesiapa nak ikut? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

BANDAR HO CHI MINH : HARI KEEMPAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini adalah hari terakhir kami di Bandar Ho Chi Minh. Dalam post yang lepas, saya ada beritahu tentang kami menghadapi masalah yang agak besar iaitu barang yang kami beli terlalu banyak. Saya cuma buat penambahan Luggage untuk 25kg x 2 orang. So, berat keseluruhan semua adalah 50 kg. Tapi barang yang kami beli termasuk pakaian kami dah lebih kurang 98 kg.

Malam hari ketiga kami adalah terjumpa seorang kakak yang juga dari Malaysia. Dia beritahu boleh tambah berat luggage di laman web Air Asia walaupun dah check in. Malam tu saya terus cuba tambah berat luggage sehingga 35kg x 2 orang. Jumlah keseluruhan berat luggage adalah 70 kg. Dan Alhamdulillah berjaya. Saya bayar guna kredit kad je. Senang. Masalah kedua pula adalah kami tak cukup beg untuk bawa balik hampir kesemua barang yang kami beli. Pada pagi hari keempat, selepas sarapan roti bakar dengan omelet, saya dan isteri saya bergerak menuju ke kedai berdekatan dengan Ben Tahn Market. Kena tawar menawar supaya dapat harga yang murah. Alhamdulillah. Dapat beli 2 beg besar dan 1 beg kecil dengan harga berpatutan.

Isteri saya ajak ke Ben Tahn Market untuk shopping buat kali terakhir. Saya beli 2 helai T-Shirt sukan dan isteri saya beli lagi sepasang baju tradisional Vietnam untuk raya tahun ini katanya. Disebabkan kami kena check out hotel sebelum pukul 12.00 tengah hari, kami terpaksa bergegas balik ke hotel untuk berkemas. Memang awal pagi kami dah minta pihak hotel sediakan penimbang untuk kami timbang beg kami. Penimbang itu kami bawa masuk ke bilik kami. Senang nak bajet timbangan beg. Hehehe.

4 buah beg kecil yang boleh dibawa masuk ke dalam kabin, kami isi penuh-penuh hingga lebih kurang 7kg setiap beg. Luggage tambahan sebanyak 70kg untuk diletakkan di dalam kargo, kami susun barang-barang yang kami beli itu dalam 3 buah beg besar dan ditimbang beg-beg itu, berat kesemua beg itu ada dalam lebih kurang 70kg. Selesai masalah. Siap kemas beg, penyambut tetamu telefon kami maklumkan teksi dah sampai untuk bawa kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat. Terus kami bersiap dan terus turun ke bawah. Nasib baik saya dah minta pihak hotel panggilkan teksi sebab tiba-tiba hujan turun.

Pemandu teksi terus bawa kami ke lapangan terbang. Sebenarnya flight kami adalah pukul 4.20 petang. So, kami sampai awal 4 jam di lapangan terbang.
Tapi takpe, sampai awal taklah kelam-kabut nak check in luggage, melalui imigresen Vietnam, melalui pemeriksaan keselamatan dan lain-lain. Alhamdulillah tak ada masalah berlaku dan kami berjaya naik kapal terbang untuk pulang ke tanah air.

Sampai di tanah air, kami risau juga tak lepas kawalan Kastam disebabkan banyak barang kami beli. Takut juga dikenakan cukai. Biasalah, cukai di sana sini.Tapi Alhamdulillah, kami lepas. Memang letih sangat selepas turun dari kapal terbang. Abang ipar datang ambil kami balik rumah di Klang. Selepas 2 hari duduk di Klang, saya bawa ibu dan adik lelaki saya balik ke Pulau Pinang. Itulah catatan perjalanan kami di Vietnam. Memang semasa di Bandar Ho Chi Minh kami selalu terjah Ben Tahn Market je. Tempat lain agak membosankan.

Insya Allah kalau ada rezeki lagi, sampailah kami ke Bandar Ho Chi Minh lagi.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

BANDAR HO CHI MINH : HARI KETIGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya mohon maaf sangat-sangat sebab terlewat update post mengenai lawatan saya dan keluarga ke Bandar Ho Chi Minh bagi hari ketiga. Pada pagi hari ketiga, kami pergi melawat ke Art Museum. Takkan pergi Bandar Ho Chi Minh nak berjalan di Ben Tahn Market je kan?

Art Museum ni memang agak dekat dengan Ben Tahn Market. Tiket masuk adalah Vietnam Dong 10, 000 lebih kurang RM1.60. Muzium ini terbahagi kepada beberapa tingkat. Banyak lukisan dilukis mengenai kesengsaraan rakyat Vietnam semasa perang dan tentang harapan serta kemenangan negara dorang. Ada juga artifak bersejarah yang telah digali dan pertontonkan.

Biasalah, muzium memang berkaitan sejarah. Sejarah memang bagi sesetengah orang agak membosankan. Tak lama pun kami berada di Art Museum ni. Kami keluar dari Art Museum dan bertolak ke Independence Palace dengan menaiki teksi. Sampai saja di luar pagar Independence Palace, kami rupanya terawal sejam. Nasib baik ada taman berdepan dengan Independence Palace ni. Kami lepak-lepak kat taman tu sambil makan buah mangga yang kami beli daripada penjual buah dekat-dekat situ juga. Buah mangga di Vietnam dijual bukan macam di Malaysia. Di Malaysia, kita hiris isinya dan masukkan ke dalam plastik. Biji dibuang dan kita jual buah mangga yang dihiris itu. Di Vietnam, sebiji buah mangga dikupas kulitnya dan dorang akan potong buah mangga tersebut seperti 'Bunga, serta biji tak buang. Harganya dalam Vietnam Dong 10, 000 bersamaan lebih kurang RM1.60. Memang sedap dan rangup.

Bila Independence Palace dah dibuka, kena beli tiket gak. Harga tiket seorang adalah Vietnam Dong 30, 000 bersamaan lebih kurang RM4.80. Ada dorang sediakan tayangan video dan tour secara percuma. Tapi kami melilau tak tentu arah je dalam Independence Palace. Independence Palace adalah istana. Ada bilik mesyuarat, bilik tetamu, bilik tidur dan lain-lain macam istana. Tapi, hiasan di setiap bilik memang cantik dan eksklusif.

Kami tak ronda habis pun Independence Palace sebab isteri kata bosan dan penat. Kami pun naik teksi dan pergi ke Ben Tahn Market semula. Selepas beberapa jam di Ben Tahn Market, kami balik ke hotel. Di sebelah malam pula, kami pergi lagi ke Night Market untuk membeli-belah kali terakhir sebelum balik esok. Dalam pukul 12.00 tengah malam juga la kami balik hotel. Tapi sebelum balik hotel, kami try minum kopi Vietnam yang dijual oleh seorang penjual lelaki yang menaiki motorsikal. Harga satu bekas adalah USD1. Memang tak dinafikan kopi Vietnam sangat sedap dan rasa nak minum lagi. Kalau korang pergi ke Bandar Ho Chi Minh, korang kena cuba minum kopi Vietnam ni. Kalau korang tak minum, korang akan rugi.

Lepas itu, kami balik hotel dan tidur sebab penat berjalan. Sebenarnya berlaku satu masalah besar semasa di hotel tapi saya akan ceritakan dalam post akan datang. Tunggu.... Hehehe.

Wassalam.

-NAS-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, May 21, 2013

BANDAR HO CHI MINH : HARI KEDUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini adalah hari kedua kami di Ho Chi Minh. Bangun pagi agak lambat sebab semalam ronda night market berdekatan dengan Ben Tahn Market. Pihak hotel ada sediakan sarapan pagi percuma dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 pagi. Bab makan ni risau juga sebab Ho Chi Minh bukan negara Islam.

Kemudian, kami terus berjalan menuju ke Ben Tahn Market. Banyak blog-blog yang saya baca mengenai Ben Tahn Market ini. Memang banyak barang dijual yang boleh buat orang yang datang rambang mata. Harga yang dorang mula-mula letak memang mahal. Kena tawar harga kurang dari separuh. Isteri saya terus jadi pakar tawar menawar harga sampaikan penjual tu merungut dalam bahasa Vietnam.

Kebetulan pula jumpa geng dari Malaysia. Kami mula kenal dengan kakak dan abang ini malam hari pertama di Kedai Hajjah Basiroh. Sembang-sembang je. Rupa-rupanya kakak dan abang ini selalu juga datang Ho Chi Minh untuk membeli belah. Sempoi je dorang. Dorang ada tolong tawarkan harga untuk isteri dan emak saya kain pasang. Memang best dan puas hati bila dapat beli dengan harga murah.

Tugas saya adalah menjaga Mayeesa. Biasalah, kaum ibu shopping, kaum bapa jaga anak la. Hehehe. Banyak juga kami borong. Kain pasang, cenderamata, beg dan baju. Dah boring jalan-jalan dalam Ben Tahn Market, kami keluar untuk cari kedai makan yang halal. Terjumpa kedai makan Haji Abdul Halim. Memang mahal juga. Satu pinggan nasi goreng pun harganya dekat RM14. Memang mahal makanan halal kat sini. Lepas makan, masa nak keluar, hujan lebat pula. Terus cari teksi dan balik ke hotel. Sampai hotel dalam pukul 1 lebih petang waktu Ho Chi Minh. Rasa letih sangat sebab banyak berjalan dan cuaca yang agak panas, kami tertidur sampai pukul 5 lebih petang.

Bangun tidur, terus bersiap dan keluar lagi. Kali ini kami berjalan sampai Plaza Zen. Tempat eksklusif yang saya rasa untuk orang kaya je. Kami patah balik ke Ben Tahn Market dan secara tak sengaja terjumpa Minh Collection. Memang isteri saya tengah cari kedai ini. Masuk dalam kedai, jumpa balik abang dan kakak yang jumpa di Ben Tahn Market tadi. Saya pula sibuk cari Money Changer sebab duit Vietnam Dong saya terhad. Kalau nak pergi kedai makan dan naik teksi, ada Vietnam Dong senang.

Lepas itu, kami terus pergi Night Market yang baru nak dibuka. Sambil tengok-tengok, sambil tu tawar harga terendah. Lama juga kami berada di Night Market sampai dah nak tutup Night Market itu. Memang shopping sakan. Pastu baru teringat kami tak makan malam lagi. Kami ingat nak makan di Restoran Hajjah Basiroh tapi dah tutup. So, ternampak Restoran Halal Saigon. Kami makan nasi goreng je. Harganya pun lebih kurang macam Restoran Haji Abdul Halim. Tapi murah sikit. Lepas makan, terus kami cari teksi dan balik hotel. Tak mampu nak jalan dah. Sakit kaki sangat.

Tapi rasa puas bila dapat beli dengan harga murah lepas tawar harga terendah. Jumpa sepasang suami isteri dengan anak perempuan dari Gelang Patah, Johor. Dia beritahu berjalan ke depan sikit dari Ben Tahn Market ada satu plaza namanya Plaza Taka. Banyak juga baju yang murah-murah. Esok Insya Allah boleh menjelajah kat sana pula.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, May 20, 2013

HARI KEDUA PART 1 : BREAKFAST AT SAIGON

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bersarapan di Saigon atau Bandar Ho Chi Minh di hari kedua.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

BANDAR HO CHO MINH : HARI PERTAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bertolak dari LCCT jam 2.55 petang (19 Mei 2013) dengan menaiki Air Asia dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat jam 3.45 petang membuat hati saya gembira dan gementar. Gembira sebab saya berjaya membawa isteri, Mayeesa, adik lelaki saya dan terutamanya ibu saya melancong ke Ho Chi Minh walaupun dengan bajet yang agak terhad.

Terutama ibu saya yang tak pernah berjalan dan menaiki kapal terbang ke dalam negara mahupun luar negara. Alhamdulillah. Tertunai juga hasrat saya.

Hari pertama kami di Bandar Ho Chi Minh dimulakan dengan mengunjungi Night Market berdekatan dengan Ben tahn Market. Jauh juga kami berjalan sebab saya booking secara online. Biasalah, pertama kali. Kalau ada rezeki lagi, bolehlah datang lagi.

Di Night Market memang buatkan kami rambang mata. Kami pergi pun agak lambat tapi masih lagi meriah. Ramai juga orang Malaysia. Isteri saya cakap dah macam pasar di Jalan Masjid India je.

Akhirnya, dalam rambang mata pun, kami shopping keychain dan fridge magnet. Isteri dan emak saya borong kain telekung. Lagipun isteri tengah survey harga dapat baju cotton untuk berniaga. Kalau korang berminat, nanti saya bagi link ke kedai online Facebook isteri saya. Mungkin korang nak cari baju raya kan? Hehehe. Kasi Promosi sikit.

Habis shopping, berjalan balik ke hotel dengan penatnya. Memang letih sebab hotel agak jauh dan penat naik kapal terbang siang tadi.

Sekarang kami tidur dan esoknya insya Allah kami akan sambung esok pula. Esok pagi kami plan nak ronda Ben Than Market pula. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

TERBANG DI AWAN BIRU...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pertama kali menjelajah di awan biru. Naik kapal terbang untuk pertama kali. Hehehe.

Memang rasa jakun sangat sampai tersilap gate nak masuk. Hehehe. Dalam kapal terbang pun, masa tengah mula nak terbang dan gegar sikit pun cuak. Anyway, Alhamdulillah perjalanan selama hampir dua jam selamat dan tiada masalah.

Sekarang ini, saya, isteri, Mayeesa, ibu dan adik lelaki saya sedang berehat di hotel. Tak tahu malam ni nak keluar berjalan tak? Mayeesa pun tengah tidur. Penat kot naik kapal terbang tadi. Ada bergegar sikit kapal terbang sebab terlanggar awan rasanya. Teka je. Hehehe.

Kami ke mana ye? Tunggu next post ye? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, May 19, 2013

GAYA TIDUR MAYEESA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Agak lama saya tak post tentang telatah anak perempuan saya dalam blog ini kan? Ada yang rindu kat Mayeesa tak? Hehehe.

Sekarang ini Mayeesa bukan saja dah meniarap tapi dah berguling-guling. Terlepas pandang sikit, dia dah berguling ke hujung tilam. Risau juga tapi suka tengok dia aktif. Nanti dah boleh merangkak dan berjalan, habis satu rumah dia tawaf.

Korang boleh nampak dalam gambar posisi Mayeesa suka tidur sekarang. Tidur meniarap. Bila Mayeesa ini tidur meniarap, lena dia tidur. Walaupun dalam keadaan berbedung, dia mampu memusingkan badan dia untuk meniarap. Lepas itu, Mayeesa akan cuba keluarkan tangannya dari bedungan satu-persatu.

Saya dan isteri bersyukur sangat dapat selalu bersama semasa Mayeesa membesar. Seronok tengok telatah Mayeesa ini. Banyak yang buatkan kami tergelak. Korang yang dah ada anak mesti tahu kan? Yang belum ada lagi, sabar ye? Anak saudara korang kan ada? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, May 16, 2013

SEELAMAT HARI GURU


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini adalah hari untuk memperingati jasa guru yang telah mencurahkan banyak jasa mereka dalam mengajar kita dan mendidik kita sehingga menjadi insan yang berguna seperti sekarang. Hari ini juga kita mengenang semula jasa yang telah dicurahkan oleh para pendidik yang telah mendidik kita. Tapi, takkan hari ini saja kita ingat jasa dorang? Mestilah kita ingat jasa dorang sentiasa. Bila kita jumpa dorang di luar, kita akan hormat dengan mereka.

Cuma hari ini diwujudkan untuk menjadikan sambutan tahunan dalam mengenang jasa guru kita. Guru kita tak semestinya cikgu-cikgu di sekolah. Ibu, bapa, kakak, abang, bapa saudara, ibu saudara, majikan, suami, isteri dan semua yang terlibat dalam memberikan kita didikan secara langsung mahupun tidak langsung adalah guru kita. So, kita kena juga hargai dorang kan?

Jenuh jugalah kalau macam tu. Sekurang-kurangnya kita sentiasa ingat dan hargai jasa dorang pun bagi saya dah cukup. Kan?

Bila tiba hari guru, kita lebih fokuskan cikgu-cikgu di sekolah. Murid-murid sibuk nak membeli hadiah untuk cikgu-cikgu mereka. Tapi, macam mana dengan "guru-guru" lain yang secara tak langsung mahupun secara langsung mendidik mereka? Tak nak beli hadiah juga ke? Kalau nak beli hadiah untuk semua, mereka tak termampulah.

Cuma ucapan terima kasih pun dah cukup untuk menghargai jasa mereka. Ini cuma pandangan peribadi saya saja. Tiada langsung niat nak mencabuli sambutan Hari Guru ini. Saya sayangkan "Guru-Guru" saya tak kiralah di sekolah ataupun di mana saja saya menimba dan mendapatkan didikan mereka. Tak perlulah nak emosi dengan saya disebabkan entry ini ye? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, May 15, 2013

CECARI DUIT


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pelik kan tajuk entry post saya kali ini? Hehehe. Saja nak test teknik SEO yang baru saya faham cara nak gunakannya. Teknik SEO ataupun dalam ayat panjangnya Search Engine Optimization adalah teknik yang ramai otai di luar sana gunakan. Teknik SEO yang diaplikasikan dalam blog otai-otai ini akan membantu dorang mendapatkan trafik tanpa perlu bersusah payah.

Korang pernah tengok Movie Hantu Kak Limah Balik Rumah tak? Ada part dorang akan cakap:

"Ce Cite Ce Cite"

Maksudnya adalah "Cuba Cerita Cuba Cerita". So, korang mesti boleh agak apa maksud tajuk di atas kan? Maksudnya adalah "Cuba Cari Duit". Saja saya gunakan ayat dalam movie tersebut sebab agak menarik. Hehehe.

Semua orang cecari duit tak kiralah melalui pekerjaan sambilan ataupun secara online. Memang banyak permintaan bila ada orang buka peluang kerja secara online sebab ramai di antara kita memang cecari duit secara online termasuklah diri saya. Saya pernah cuba pelbagai jenis kerja online dan kerja di rumah. Dan kebanyakkannya memang tipu dan dorang cuma nak duit saya saja.

Saya pernah buat duit dengan menjadi Mystery Shopper untuk restoran makanan segera. Bertahun jugalah saya dapat duit dengan buat penilaian dan makan makan makan percuma. Disebabkan asyik makan makan makan inilah badan saya naik mendadak. Padan muka saya. Kemudian, mungkin disebabkan saya dah terlalu lama menjadi Mystery Shopper untuk syarikat tersebut, saya dihentikan perkhidmatan.

Saya pun pernah apply untuk jadi Jurutaip sambilan di rumah. Kena bayar rasanya RM50 dan apa yang saya dapat, saya kena promote program Jurutaip sambilan di rumah kepada orang lain. Penipu betul. Saya tak nak orang lain tertipu, saya tak promote walaupun saya dah rugi.

Korang yang cecari duit online tu berhati-hatilah. Memang banyak betul penipu dan orang tak berhati perut dalam internet. Dorang tak kisah apa-apa pun selagi dapat duit daripada kita. Sekarang ini saya dapatlah sikit duit dengan buat blog ini. Walaupun tak banyak, takpelah. Mungkin ada rezeki saya pada masa depan. Rezeki datang daripada Allah. Kita berusaha dan terus berusaha. Insya Allah, rezeki akan datang kepada kita.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

PUAN NORISH KARMAN TERSINGKIR


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi terlayan Program Masakan - Masterchef Selebriti Musim Kedua. Episod kali ini dorang akan beritahu pasukan yang mana menang dan yang mana kalah. Pasukan yang menang cabaran luar adalah pasukan Biru yang diketuai oleh Celina.

Di peringkat penyingkiran, selebriti yang perlu bersaing untuk mengelakkan dari tersingkir adalah Kechana Devi, Radhi OAG, Che Ta, Lydiawati dan Enot. Masakan yang perlu mereka masak adalah laksa. Nampak senang kan? Tapi sebenarnya bukan senang. Susah juga tau nak masak laksa. Saya tak pernah masak tapi pernah tolong emak saya asingkan isi ikan dari tulangnya.

Enot dan Norish Karman sebenarnya tak berapa sihat dan deria rasa mereka mengalami masalah. Oleh itu, mereka tak dapat rasa dulu masakan laksa mereka sebelum diadili oleh juri. Semua selebriti telah berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya Puan Norish Karman kecundang dan menjadikan selebriti yang ketujuh tersingkir.

Takpelah, ini cuma rancangan realiti je. Tak perlu nak emosi sangat. Kita layan je sebagai hiburan. Hehehe.

p/s : Isu baju tak sama warna pun boleh jadi hangat kan? Hahaha.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, May 13, 2013

HARI-HARI HARI IBU...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam saya perasan ramai juga yang sambut Hari Ibu. Hari yang diadakan untuk mengingati pengorbanan dan memberi penghargaan kepada semua ibu-ibu di dunia. Tapi, buat apa kita nak hargai ibu kita pada hari ibu je kan? Bagi saya, hari-hari adalah hari ibu. Ibu saya gembira pun dah cukup bagi saya.

Seorang ibu juga adalah manusia biasa. Ada perasaan ingin diambil berat dan disayangi. Macam kita juga, kalau tak ada orang ambil berat dan buat tak tahu je pada kita, mesti kita terasa kan? Jadi, jagalah hati ibu kita sebab kalau ibu kita sedih, kita mesti rasa sedih.

Semasa ibu kita masih di sisi kita, kita cubalah jaga dia sebaik mungkin. Kita ni selalu bila ada orang yang kita sayang dekat dengan kita, kita tak peduli sangat. Tapi, bila orang yang kita saya tu pergi jauh, baru kita meraung rindukan dan sayangkan dia. Jangan kita menyesal di kemudian hari. Hargai ibu setiap hari.

Saya mengaku saya bukan jenis tahu untuk tunjukkan perasaan sayang macam cium pipi la dan bagai-bagai lagi. Tapi, jauh di sudut hati saya, saya memang sayang ibu saya sangat-sangat. Kalau boleh, saya nak buat ibu saya sentiasa rasa gembira dan sentiasa senyum.

Ibu saya seorang yang tabah. Ibu saya membesarkan saya dan tiga orang adik saya seorang diri selepas bercerai dengan ayah saya. Saya ingat lagi pekerjaan ibu saya yang mula-mula bila dah balik kampung iaitu kerja mengopek udang. Balik kerja, tangan dan jari ibu habis luka-luka. Demi nak besarkan anak-anak dia, dia sanggup biarkan tangan dan jari dia luka. Kemudian, barulah dia dapat kerja di kilang menjahit baju sehinggalah sekarang.

Jasa ibu memang tak terbalas. Saya tahu saya tak mampu nak balas tapi saya cuba sehabis baik untuk membalas jasa ibu. Terima kasih ibu atas segalanya. Saya akan cuba jadi anak ibu yang terbaik dan sentiasa buat ibu gembira.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, May 12, 2013

GUNAKAN RUANG SEPENUHNYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Setiap inci ruang yang ada jangan dibazirkan. Gunakan sepenuhnya walaupun bilik tersebut ada bilik A.H.U.

Betul tak? Hehehe.

p/s : A.H.U. adalah bermaksud Air Handling Unit yang digunakan untuk meng'air-cond'kan pasaraya ataupun tempat-tempat yang besar.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, May 10, 2013

KEPUTUSAN GIVEAWAY NASZ : SIAPA NAK TOPUP RM5?



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua

Tamat sudah Giveaway Nasz : Siapa nak topup  RM5? yang telah saya anjurkan. Ramai juga nak join dan saya mengucapkan berbanyak terima kasih.

Inilah senarai peserta yang join giveaway saya kali ini. Korang boleh berkenalan dengan blogwalking serta tinggalkan komen di blog dorang.

1.  http://mimbarhatiku.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html

2.  http://loveyoucontest.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
3.  http://beyondtotheinfinity.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
4.  http://sabghina.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
5.  http://hakimieinderaputra.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
6.  http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
7.  http://aimionlyforcontest.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
8.  http://truebrotherh00d.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
9.  http://gadisgilasamalolipopandkekchocolate.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
10. http://nidajiwakosong.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
11. http://charliejoined.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
12. http://ezzatie-ezzatie.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
13. http://www.erazfadli.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
14. http://quraistory.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
15. http://fatin04.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
16. http://blog-threeinone.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
17. http://coretangirlblog.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
18. http://khairunnisa3020.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
19. http://annurgiveaway.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
20. http://sweet7cupcakes.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
21. http://segalatentangkita.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
22. http://rightnot.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
23. http://alia-manis.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
24. http://diarionlinenurul.blogspot.com/2013/05/giveaway-naszsiapa-nak-top-up-rm5.html
25. http://elsaulfahdotnet.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
26. http://ienaazaidi.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
27. http://fasyrah89.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
28. http://aennpunyerbelog.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
29. http://www.cikfie.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
30. http://umikasum.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
31. http://alvas-87-contest.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
32. http://whisperofcinta.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
33. http://www.ayuinsyirah.my/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
34. http://merahsitulip.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
35. http://www.miramashimaaru.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
36. http://syimanakhadiah.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
37. http://nostra-fabula.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
38. http://www.mhakimfaiz.my/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
39. http://whenmyhandsmeetthekeybroad.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
40. http://hakimieinderaputra.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
41. http://bintuabuhassan.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
42. http://www.geeazielove4eva.my/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
43. http://cahayasirius.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
44. http://alfian-700.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
45. http://nurfara-hani.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
46. http://sakurayaki.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
47. http://aimienami.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
48. http://asyikin-ga.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm5.html
49. http://bakaljenazahhere.blogspot.com/2013/05/giveaway-nasz-siapa-nak-topup-rm-5.html

Setiap pemenang yang bertuah akan ditentukan berdasarkan nombor yang terdapat di atas. Siapa 6 orang blogger bertuah yang akan dapat topup RM5? Jom kita saksikan :







Itulah dia 6 orang blogger bertuah yang telah dipilih secara rawak menggunakan Random.org. Kepada blogger-blogger yang lain, Insya Allah saya akan buat giveaway lagi. Saya akan cuba jadikan giveaway yang saya buat seringkas dan semudah yang mungkin.

Kepada keenam-enam blogger yang bertuah ini, sila letakkan nombor handphone yang hendak ditopup, perkhidmatan yang digunakan (contohnya celcom, maxis, digi) dan nyatakan korang pemenang bagi nombor berapa di ruang komen di bawah. Jangan risau, komen korang yang mengandungi maklumat di atas takkan saya publishkan dan selesai urusan pen'topup'kan, komen tersebut akan saya delete.

Wassalam.

-NASZ-



Sila Tekan Like Jika Suka