KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, August 23, 2011

KENANGAN BERAYA DI KAMPUNG...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Teringat kenangan saya beraya di kampung masa kecil-kecil dulu. Adik beradik emak saya ada lebih kurang 16 orang. Cuba korang bayangkan kalau semua balik kampung dengan isteri dan anak-anak dorang? Memang riuh rendah rumah Arwah datuk saya dulu.

Arwah datuk saya dulu besarkan rumah semata-mata nak menampung anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu balik. Tambah sikit demi sikit. Arwah datuk saya pandai buat rumah. Disebabkan saya memang duduk kampung, sayalah selalu tolong Arwah datuk saya. Memang kenangan yang best.

Bila malam sebelum raya, gamatlah rumah Arwah datuk saya dengan cucu-cucu dia termasuklah saya. Seronok main dengan sepupu-sepupu yang jarang dapat jumpa. Pastu, kaum perempuan kat dapur tengah masak-masak. Lelaki plak tengah bertukang. Hahaha. Memang happening.

Sekarang ni dqh sunyi sebab datuk dan nenek saya dah meninggal dunia. Sunyi sikit sebab sepupu saya semua dah busy kerja dan jarang sangat jumpa.

Rindu kenangan masa tu. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

5 comments:

  1. xsabar teman nak balik kampung yop

    ReplyDelete
  2. wah..memang meriah lah..
    intan adik beradik mak ada 6org ni pun dah meriah klu beraya kat kg..
    sekarang dah x de kg sbb nenek pun duk kat taman..

    ReplyDelete
  3. ana x penah ada kenangan manis dengan nenek..baik belah abah atau belah mak :(

    ReplyDelete
  4. Emma datang sini.... Selamat Hari Raya Nasz =)

    ReplyDelete