KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, August 14, 2011

"BAJU RAYA? HAH?"

MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam tiba-tiba tergerak hati nak telefon emak di kampung. Kalau nak telefon emak saya kat kampung, adik lelaki bongsu saya nyer handphone la mangsanya. Maklumlah, emak saya ni tak pandai guna handphone dan kat rumah memang takde telefon. 

Saya pun sembang dengan emak saya. Saya ni jenis jarang telefon. So, banyaklah emak saya nak cerita. Saya plak jenis melayan je. Hehehe. Ada cerita tentang dah beli cat dan nak suruh adik lelaki bongsu saya cat rumah, cerita tentang perangai adik-adik saya yang lain dan lain-lain yang tidak perlu dinyatakan di sini. Emak saya minta saya balik kampung next week sebab saya cuti lepas raya. Nasib baik next week dah dapat duit saguhati yang Kerajaan janjikan. Jadi, taklah ralat sangat nak drive balik kampung dan bawa emak dan adik saya pergi mana dorang nak pergi.

Tiba-tiba dipertengahan perbualan:

"Acel bawa balik ke baju melayu warna kuning emas pi sana ke?"

"Mana ada. Ada dalam almari la mak"

"Ye ke? Mak cari tak jumpa pun"

"Ada kat dalam almari tu. Acel buka pakai sangat baju tu. Masa raya je pakai"

"Mak nak amik baju tu nak buat baju raya kat hang. Mak dah beli kain pun"

"Hah? Bazir je. Acel tak kisah pun. Bukan pakai pun nanti"

"Takpela. Pas pakai simpan je. Mak dah beli kain ni. Nak buat baju raya hang dengan Naim sedondong"

"Isk. Ikut suka hati Mak la"

Sebenarnya dah lebih 5 tahun saya tak tukar baju raya. Hehehe. Tahun lepas emak dan adik-adik saya paksa pergi bazaar kat Bandar Perda cari baju raya. Disebabkan saya ni memang tinggi dan kalau nak buat baju raya, kena tempah, so, takde la saiz saya. Saya selalu bagitau mak saya, beli dulu untuk adik-adik, pastu kalau ada duit lebih, beli barang dapur. Saya memang jenis tak kisah tentang baju raya ni. 

Selagi boleh pakai lagi baju raya lama tu, selagi itulah saya pakai. Barang-barang lain pun sama. Kalau nak beli baju, beli baju yang boleh saya pakai pergi kerja setiap hari. So, tak la membazir. Hahaha. Pelik kan saya ni? 

Saya tahu raya setahun sekali. Tapi bila tengok adik-adik dan emak saya dapat pakai baju baru, saya pun tumpang seronok. Nampaknya tahun ni tak dapat nak skip sebab emak saya memang faham sangat anak lelaki sulung dia. Hahaha.

Korang mesti dah beli baju raya kan? Warna apa?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

10 comments:

  1. alamak~
    bile bce entry ni ase cm trlalu brbeze lak ngn sye. mgkin sebab sye 2 bradek je

    ReplyDelete
  2. bui pulak kalau takder baju baru mcm tak sah raya..huhu..wpun hanya sepasang dh memadai,asal baru..kekeke

    ReplyDelete
  3. Waa... kalo saya, dah terharu dah sebab mak siap belikan kain nak buat baju utk kita.. kalo mase kecik2 dlu yela.. tp skang ne, saya yg belikan baju raya utk mak dan adik saya..

    ReplyDelete
  4. baiknya mak siap beli kain nak tempah baju melayu untuk anak sulongnya hihihi

    tiap tahun mesti beli walaupun sehelai...tahun nie kuning emas...

    ReplyDelete
  5. sy pon da bertahun pakai baju melayu tahun2 lepas punya..hee~

    ReplyDelete
  6. ouhh..kite tiap2 tahun must at least 3 bahhaa..alaa sebab sume akak2 sponsor! wehehe..every year must ade pink..oppss!

    ReplyDelete
  7. baguih la nasz nih..
    anak mak nih..hehe


    ana pon pakai je baju 2,3 tahun lepas..tambah2 plak kja skang nih xdak bg bonus apa,mmg xdak baju raya la tahun nih..uwawawa~

    ReplyDelete
  8. bagusnye..so humble...^_^..utamakan adik2

    ReplyDelete
  9. waahh..mithali nye..teeheee....kite punye baju kaler coklat la tahun ni..huhuh

    ReplyDelete