KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, August 28, 2011

"BOS, TAK BALIK KAMPUNG LAGI KE?"

Have your say, in a united voice.

Win A HTC Cha Cha today!

Chicken, crab, or prawn? You decide!

We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pergi kedai runcit petang kelmarin. Beli air mineral. Uncle merangkap owner kedai runcit memang dah kenal muka yang selalu beli barang kat kedai dia. Tengah nak bayar, tiba-tiba isteri uncle tu tanya saya:

"Bos tak balik kampung lagi ke?"

"Isnin kerja. Lepas kerja, saya balik"

"Owh"

Pendek kan soalan dia? Tapi menusuk hingga ke tulang sum sum. Hahaha. Mungkin ramai dah balik kampung hari tu dan dia hairan kenapa saya masih tak balik kampung lagi.

Kira malam raya baru sampai kampung halaman. Dari Bagan Datoh, Perak ke Sungai Bakap, Pulau Pinang ambil masa lebih kurang 3 hingga 4 jam. Itupun kalau jalan lancar. Kalau traffic jem, memang lebih jam la. Hahaha.

Anyway, sesiapa yang masih kerja hari Isnin nanti, kuatkan semangat. Saya tahu, body kat tempat kerja tapi fikiran kat kampung halaman kan?

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Selamat Hari Kemerdekaan saya ucapkan kepada semua blogger yang menerjah atau terterjah blog picisan saya ni. Selamat MerdekaRaya.

p/s: Masa saya tulis entry ni, saya lepak dekat Jeti Bagan Datoh yang dalam gambar kat atas tu.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

4 comments:

  1. kerja smpai isnin. mmg dugaan. sabar ye. hihi. btw, selamat hari raya

    ReplyDelete
  2. sala lebaran... dan hati2 yer abg nasz balik kampung nanti... :)

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut Raya Merdeka.. huuhu..
    Maaf jikalau ada salah silap..

    ReplyDelete
  4. owhh mlm ni baru gerak balik..
    hati2 nasz..

    salam lebaran..
    maaf segala slh silap :)

    ReplyDelete