Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, August 1, 2011

BULAN PUASA BERMULA...

MENARIK:


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya minta maaf sebab satu hari semalam tak update blog. Busy sangat sebab emak saya nak beli barang dapur dan barang untuk sahur. Saya drive tak henti-henti semalam. Pagi tadi dalam pukul 5 pagi baru sampai Bagan Datoh. Pastu, pukul 7.30 pagi bangun siap pergi kerja. Penat lagi ni tapi tuntutan kerja perlu dilaksanakan.

Hari ini bermulalah hari pertama bulan Puasa. Korang puasa tak? Bagi yang uzur tu, dikecualikan. Sebab dorang uzur. Bila masuk bulan puasa ni, syaitan dirantai tapi nafsu kita masih dengan kita. Kadang-kadang kita tak perasan nafsu selalu berjaya menguasai kita. Contohnya, kita ke pasar ramadhan nak beli makanan untuk berbuka, kita beli itu dan ini tanpa kira berapa orang nak makan. Padahal, yang nak makan kita je. Haha.. Kira tamak dan membazir. Tak elok camtu. Apa kata bagi je kat saya. Hehehe..

Anyway, saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan blogger yang beragama islam dan jika ada rakan-rakan blogger yang bukan beragama islam berpuasa gak, selamat berpuasa gak saya ucapkan. Dah berbelit-belit plak tengok ayat sebelum kan? Kesimpulannya, selamat berpuasa kepada semua blogger.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

5 comments:

  1. selamat bpuasa Nasz. Mge beroleh berkat di bulan yang mulia ini :)

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa juga Nasz
    tapi betulkan, kalau tengok kuih, rembang mata, semua nak...haha

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa jugak.. salam Ramadhan

    ReplyDelete