Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

ASYIK MAKAN...MAKAN...MAKAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sejak balik kampung jumaat lepas, selepas buka puasa, saya kira nak makan je. Pelik betul. Padahal kat rumah sewa hari-hari saya buka puasa dengan kuih je. Pastu tak makan kecuali minum susu sebelum tidur.

Esok pagi kalau bangun sahur, minum susu lagi. Pastu, buka puasa nanti makan kuih lagi. Tapi kadang-kadang saya makan mee+keow teow goreng dengan ayam percik. Hehehe. Tapi kadang-kadang je.

Sekarang dah nak buka puasa. Adik saya pergi beli makanan kat pasar ramadhan. Emak saya dah siap masak lauk untuk sahur nanti. Korang nak tahu lauk apa? Lauknya ialah Rendang Ayam. Hehehe. Awal makan Rendang Ayam. Selalunya Pagi Hari Raya kami makan.

Alang-alang saya dah tulis entry ni, saya nak ucapkan selamat berbuka puasa kepada rakan-rakan blogger. Makan biar berpada-pada. Jangan jadi macam saya yang makan tak henti-henti. Hahaha.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, August 13, 2011

"SAMBIL MANDI, MINUM AIR"


MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tiba-tiba teringat lucu masa kecil-kecil dulu. Bukan sekarang k? Sekarang ni kalau tak puasa, tak tau la nak cakap pe. Dah besar pun tak reti nak puasa, mungkin sebab sakit kronik ataupun tak perasan sekarang ni bulan puasa. Hehehe.

Masa tu saya masih sekolah rendah. Saya duduk kampung dan sekolah pagi. So, balik sekolah waktu tengah hari la. Panas. Saya balik sekolah naik basikal.

Sampai rumah, badan letih campur kena kayuh tengah panas lagi, so mesti nak mandi kan? Rumah kampung mana ada air cond. Saya pun mandi dan sambil buat-buat tertelan air. Biasalah. Mandi air kolah. Hehe. Keluar bilik mandi, segar je muka saya. Hahaha.

Nakal kan saya kecil- kecil dulu? Ada sesiapa yang tak pernah nakal masa kecil dulu, angkat kening.

Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, August 10, 2011

"ALAMAK, TERLAJAK SUDAH"

MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Malam semalam busy update entry sampai dekat pukul 2 pagi. Pastu ingat nak bangun sahur nanti, nak blogwalking la kejap. Last-last saya terlajak tidur. Tak sempat sahur. Kesian saya. 

Actually, kalau saya bangun sahur, saya bukan makan nasi dan bagai-bagai pun, saya minum susu herbalife 300 ml je. Pastu, lepak depan Netbook sampai azan subuh. Itu keje saya pagi-pagi. Tapi, kadang-kadang tak larat dan terus tidur je.

Bukan tak nak makan nasi dan bagai-bagai tapi kemalasan untuk memasak itu terlalulah tebal. Hehehe. Tapi Alhamdulillah perut saya ni boleh tahan. Mungkin dah biasa sebab masa bukan puasa pun bukan saya makan sangat. Nak diet la katakan. Hahaha.

Korang bangun tak sahur pagi tadi ni? Makan apa? Ataupun tersungkur lajak macam saya? 

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, August 7, 2011

JUADAH BERBUKA SAYA HARI INI...

MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!

FREEDOM TO LOOK HOT!

HURRY! PURCHASE A SAMSUNG PRODUCT AND REDEEM YOUR FREE GIFT TODAY!

THE ONLY WAY NOT TO GET MAKE-UP SMUDGES? NOT WEAR MAKE-UP!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Actually hari ini saya plan nak berbuka puasa di McD Teluk Intan dengan Double GCB tapi bila percaturan kewangan saya buat balik, rasa macam membazir je. Sebab dah la kena drive 58 km ke Teluk Intan. So, saya decide nak makan apa yang ada di rumah je la untuk berbuka.

So, juadah berbuka saya hari ini biasa-biasa je. Sebab saya ni duduk rumah sewa sorang-sorang dan belum kahwin lagi. Hehe. Promote diri sendiri plak. 

Hari ini saya berbuka dengan sejag air teh panas dengan megi ruski perisa tomyam. Biasa je kan? Hehe. Ingat tadi nak keluar pergi Pasar Ramadhan tapi terasa kemalasan yang amat sangat plak. So, makan apa yang ada di rumah je la. Simple.

So, apa juadah berbuka korang? Jom kongsi.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, August 2, 2011

PANAS BETUL HARI NI...

MENARIK:

TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini terasa keperitan kepanasannya. Lagipun saya rasa lenguh-lenguh plak sekarang. Asyik bersin je. Rasa macam nak demam plak.

Bila puasa je, demam datang. Isk2... Mungkin tubuh badan tak dapat sesuaikan diri kot? Dalam proses untuk sesuaikan diri. Tak pun sebab tak cukup tidur yang menyebabkan tak cukup imun untuk lindungi antibodi tubuh badan.

Tak pun di sebabkan cuaca yang tak menentu. Kejap hujan, kejap panas. Tak pun memang dah nak demam. Banyak kan tak pun saya. Hehe...

Saya doakan rakan-rakan blogger kat luar sana sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan baik. Ada sesiapa nak demam gak ke?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 1, 2011

BULAN PUASA BERMULA...

MENARIK:


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya minta maaf sebab satu hari semalam tak update blog. Busy sangat sebab emak saya nak beli barang dapur dan barang untuk sahur. Saya drive tak henti-henti semalam. Pagi tadi dalam pukul 5 pagi baru sampai Bagan Datoh. Pastu, pukul 7.30 pagi bangun siap pergi kerja. Penat lagi ni tapi tuntutan kerja perlu dilaksanakan.

Hari ini bermulalah hari pertama bulan Puasa. Korang puasa tak? Bagi yang uzur tu, dikecualikan. Sebab dorang uzur. Bila masuk bulan puasa ni, syaitan dirantai tapi nafsu kita masih dengan kita. Kadang-kadang kita tak perasan nafsu selalu berjaya menguasai kita. Contohnya, kita ke pasar ramadhan nak beli makanan untuk berbuka, kita beli itu dan ini tanpa kira berapa orang nak makan. Padahal, yang nak makan kita je. Haha.. Kira tamak dan membazir. Tak elok camtu. Apa kata bagi je kat saya. Hehehe..

Anyway, saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan blogger yang beragama islam dan jika ada rakan-rakan blogger yang bukan beragama islam berpuasa gak, selamat berpuasa gak saya ucapkan. Dah berbelit-belit plak tengok ayat sebelum kan? Kesimpulannya, selamat berpuasa kepada semua blogger.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, July 28, 2011

RAMADHAN DATANG LAGI...

MENARIK:

GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!


Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bulan Ramadhan atau bulan puasa datang lagi. Lepas puasa, raya. Hehe.. Biasalah. Ingat raya je. Puasa tak plak. Bila Bulan Ramadhan ni datang, akan muncullah pelbagai jenis juadah berbuka puasa. Saya rasa semua tempat pun akan berlaku perkara yang sama. Masa ini, Bazaar Ramadhan akan penuh dengan orang yang nak membeli juadah berbuka puasa idaman kalbu masing-masing.

Saya pernah bekerja dengan bapa saudara saya. Saya tolong dia berniaga kuih muih di pasar ramadhan Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang. Masa kecil lagi. Rasanya baru Darjah 6. Saja nak cari duit poket. So, kerja saya adalah menghalau lalat dan memberi beg plastik pada orang yang datang beli. Bab kira duit, saya serahkan kepada Bapa Saudara saya je la. Saya panggil dia Pak Tam sebab dia adik kepada emak saya.

Memang best berniaga di situ. Macam-macam jenis orang saya tengok. Tapi lagi best masa berbuka nanti. Kuih muih yang kami jual memang selalunya habis. Kalau tak pun, tinggal skit dan kami sedekah pada peniaga di sebelah. Pastu, peniaga sebelah akan bagi apa yang dia jual. Macam-macam saya makan untuk berbuka puasa saya. 

Gaji saya masa tu? Saya pun dah tak ingat tapi best. Sebab dapat pengalaman baru. Cuma masa tu penat sangat sebab budak-budak la kan? Korang ada pengalaman tak berniaga kat Pasar Ramadhan?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka