Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label masalah. Show all posts
Showing posts with label masalah. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

PERGI SANA SINI SINUN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya sekarang berada di Ipoh, Perak untuk kehadiran kursus hari ni dan esok. Cuti pun kena kursus, sabar je la. Hehehe. Dah la saya syok-syok duduk kat belakang sekali, kena panggil oleh Pengarah untuk duduk kat depan sekali. Memang terbaik. Tapi ada hikmahnya dan dapat extra ilmu. Hehehe.


Itu hanya mukadimah je. Panjang tak? Hehehe. Oklah, korang pernah tak menghadapi situasi di mana perkara yang korang nak rujuk ke sesuatu agensi kerajaan ataupun swasta tapi korang disuruh ke sana, sini dsn sinun? Kawan saya ceritakan kat saya betapa bengang dia. Kesian kat dia.


Sekejap dia disuruh ke tempat sini, pastu tempat sini suruh dia ke tempat sana, pastu tempat sana suruh ke tempat sinun. Dan akhirnya perkara tak selesai pun. Pastu, kena ambil cuti lagi untuk buat balik perkara tu.


Korang rasa kenapa situasi macam ni terjadi? Ce cite. Ce cite. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, November 9, 2011

KATA-KATA HIKMAH : "PROBLEM AND WRONG PATH"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak share sikit kata-kata hikmah di pagi yang sejuk baru lepas hujan ni.


p/s : Bila kita hadapi masalah, kita akan cuba selesaikannya. Bila kita berjaya selesaikannya, kita akan bertambah pengetahuan apabila masalah yang sama datang lagi.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, November 1, 2011

"PROFIL NOT AVAILABLE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada sesetengah blogger saya tak dapat nak terjah balik sebabnya adalah :


Mungkin korang tak nak saya terjah blog korang balik? Kalau nak saya terjah balik, silalah ke setting korang dah publickan Profile korang. Sebab ada beberapa blogger yang saya tak dapat terjah balik disebabkan masalah ini.

Kalau korang tak pandai nak publickan profile korang, korang Google je. Mesti banyak tutorial yang ajar cara nak publickan profile korang. Hehehe.

Harap korang dapat publickan profile korang untuk mengelakkan korang tak dapat diterjah semula.

p/s : Kadang-kadang kita tak perasan. Sebab itulah kalau ada orang tegur, baru kita tahu apa masalah blog kita. Kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, August 14, 2011

MASALAH ... LARI? HADAPI?


MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Masalah. Masalah adalah sebahagian dari hidup kita. Hidup yang tiada masalah adalah hidup yang tidak hidup. Bila ada masalah, maknanya kita ini hidup. Ada sesetengah orang menganggap masalah itu suatu peluang untuk maju dengan lebih baik. Ada sesetengah orang menganggap masalah itu menyusahkan diri dorang.

Kita ada dua pilihan bila kita ada masalah. Pertama, lari dari masalah. Nak lari dari masalah ni memang banyak. Yang selalu kita buat adalah bila ada masalah, kita akan buat tak tahu saja. Ada yang langsung biarkan masalah tu. Persoalannya, sampai bila kita nak lari dari masalah? Korang jawab sendiri la ye? 

Kedua, hadapi masalah. Bila kita ditimpa masalah, kita berusaha untuk menyelesaikannya. Tapi step pertama adalah kita kena hadapi dulu masalah tersebut. Lepas itu kita akan cuba mencari jalan penyelesaian. Dalam proses kita mencari jalan penyelesaian, kita akan belajar sesuatu perkara baru.

Menyelesaikan masalah boleh mematangkan diri kita dan juga memberi kita peluang untuk menjadi lebih baik. Kita boleh mengenal pasti kesalahan kita dan cuba untuk tidak mengulanginya semula. 

Dalam hidup kita takkan lari dari menghadapi sebarang masalah. Kita cuma boleh ikhtiar dan berusaha untuk menyelesaikan masalah kita. Oleh itu, janganlah benci pada masalah sebab ia cuma untuk mendidik kita menjadi lebih matang. 

Betul tak? Ada tak setuju ke?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka