MENARIK
YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Masalah. Masalah adalah sebahagian dari hidup kita. Hidup yang tiada masalah adalah hidup yang tidak hidup. Bila ada masalah, maknanya kita ini hidup. Ada sesetengah orang menganggap masalah itu suatu peluang untuk maju dengan lebih baik. Ada sesetengah orang menganggap masalah itu menyusahkan diri dorang.
Kita ada dua pilihan bila kita ada masalah. Pertama, lari dari masalah. Nak lari dari masalah ni memang banyak. Yang selalu kita buat adalah bila ada masalah, kita akan buat tak tahu saja. Ada yang langsung biarkan masalah tu. Persoalannya, sampai bila kita nak lari dari masalah? Korang jawab sendiri la ye?
Kedua, hadapi masalah. Bila kita ditimpa masalah, kita berusaha untuk menyelesaikannya. Tapi step pertama adalah kita kena hadapi dulu masalah tersebut. Lepas itu kita akan cuba mencari jalan penyelesaian. Dalam proses kita mencari jalan penyelesaian, kita akan belajar sesuatu perkara baru.
Menyelesaikan masalah boleh mematangkan diri kita dan juga memberi kita peluang untuk menjadi lebih baik. Kita boleh mengenal pasti kesalahan kita dan cuba untuk tidak mengulanginya semula.
Dalam hidup kita takkan lari dari menghadapi sebarang masalah. Kita cuma boleh ikhtiar dan berusaha untuk menyelesaikan masalah kita. Oleh itu, janganlah benci pada masalah sebab ia cuma untuk mendidik kita menjadi lebih matang.
Betul tak? Ada tak setuju ke?
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
