Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label Ingatan. Show all posts
Showing posts with label Ingatan. Show all posts

Monday, January 28, 2013

PENGORBANAN SEORANG IBU ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang tahu ke pengorbanan ibu korang? Korang pernah rasa? Tahu dan rasa itu tak sama. Seperti pepatah dulu-dulu,

"Berat Mata Melihat, Berat Lagi Bahu Memikul"

Saya pun tak pernah rasa tapi bila dah naik pangkat menjadi seorang ayah ini, ada terkena tempiasnya sikit. So, rasa juga sikit.

Kalau nak dihitung pengorbanan seorang ibu ini, memang takkan terbalas jasanya. Ibu mengandungkan kita. Semasa mengandung, pelbagai pantang larang kena ikut sebab nak pastikan kita selamat lahir ke dunia ini dan sihat. Selepas itu, bertarung nyawa untuk melahirkan kita. Kemudian, jaga kita selepas lahir. Itu tak termasuk kena jaga diri sendiri selepas bersalin.

Setiap malam ibu kita kena bangun untuk menyusukan kita. Bila kita menangis dan merengek tengah-tengah pagi, ibu kita itulah yang bangun untuk dodoikan kita. Kalau kita berak, dengan mata mengantuk, dia cuci dan tukarkan pampers kita. Itu belum dikira bila kita tak nak tidur malam, yang pasti ibu kita yang kena pujuk dan jaga kita. Sampai tak tidur semalam dia untuk pujuk dan jaga kita.

Apa yang saya tuliskan itu untuk semasa kita masih bayi lagi tau? Selepas itu saya rasa korang pun boleh huraikan. Cuba bayangkan, kalau kita ingat memori semasa kita masih bayi dulu, mesti takkan berlaku anak buang ibu kan? Tapi perlu diingatkan, manusia ini mudah lupa. Hari ini dia ingat, esok mesti dia lupa. Sebab itulah kita kena sentiasa saling mengingati.

Seorang boleh jaga ramai anak, tapi tak semestinya ramai anak boleh jaga seorang ibu.

Korang setuju tak?

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, January 10, 2013

JANGAN SAMPAI AIBKAN SUAMI SENDIRI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya faham hampir semua orang suka bergurau dan berjenaka. Sampaikan sekarang dah ada program Maharaja Lawak Mega di Astro. Saya faham dan memang saya pun suka ketawa serta berlawak supaya orang lain ketawa. Tapi, mungkin kena la berhati-hati supaya sampai mengaibkan suami sendiri.

Sebenarnya saya secara tak sengaja layan Program Primadona di Astro mana saya tak ingat sebab saya tukang layan tengok je. Tajuk Rancangan Primadona pada waktu itu adalah 'Queen Control'. Ada 4 orang host untuk rancangan ini. Dorang jemput beberapa artis untuk sembang dan bincangkan tajuk tersebut.

Cuma saya tak berapa gemar bila seorang artis ini bercakap seperti mengaibkan suami sendiri. Saya faham dia bergurau supaya rancangan ini menarik tapi mungkin kena hati-hati sikit. Sepatutnya seorang isteri kena jaga maruah suaminya sebab suaminya adalah ketua keluarga. Isteri dapat bekerja pun di atas izin suami. Kalau suami tak izinkan, isteri tak boleh kerja sebab suami tak redha (Perbetulkan saya kalau saya salah).

Saya harap si dia dah minta maaf kat suami dia. Saya bukan nak burukkan sesiapa, cuma nak ingatkan kepada diri saya sendiri saja. Kita manusia, pasti akan buat salah juga. Kita takkan boleh lari dari kesilapan tapi kita boleh belajar dari kesilapan kita dan orang lain.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, December 16, 2012

PAKAI TUDUNG MASA NIKAH JE...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru-baru ini ada beberapa artis berkahwin. Alhamdulillah. Sampai juga jodoh mereka. Tapi, saya tak berapa setuju dengan cara dorang. Masa akad nikah, pakai tudung tapi masa kenduri ataupun resepsi apa entah, tudung terus hilang.

Sepatutnya, suami kenalah tegur isteri supaya pakai tudung. Sebab akibat tak pakai tudung, dosa bagi setiap helai rambut isteri tu terus kepada suami. Saya pun bukan perfect sangat. Saya pun ada kelemahan tapi saya rasa kena tegur juga.

Majlis kenduri pun tak perlulah rasanya nak buat besar-besaran sangat. Secara sederhana cukuplah. Entahlah, saya perasan sekarang ini, orang kita kalau nak buat kenduri, mesti buat sebesar-besar yang boleh.

Saya harap sangat perempuan-perempuan di luar sana, pakailah tudung. Tutuplah aurat. Kalau nak tahu apa azab yang akan diterima, korang tengok cerita 'Maut'. Masa tu korang akan rasa insaf.

Entry ini bukan berbaur rasa iri hati tapi cuma untuk peringatan saja. Sekurang-kurangnya saya dah memperingati sesama kita. Semoga kita sama-sama saling mengingati antara satu sama lain.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, October 11, 2011

RENUNGAN DAN INGATAN ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi saya blogwalking ke blog saudari Cik Muda dan terbaca artikel ni. Saya rasa patut dikongsi sebagai ingatan diri saya dan rakan-rakan blogger semua. Subhanallah.

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi
Kredit kepada Syok.org dan Belog "Cik Muda" 

p/s : Lepas baca, baru saya sedar yang saham akhirat saya memang tersangatlah sedikit. 

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 29, 2011

"SAYA MINTA MAAF. EMAK AWAK SUDAH MENINGGAL DUNIA"

Have your say, in a united voice.

Win A HTC Cha Cha today!

Chicken, crab, or prawn? You decide!

We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ini baru je saya attend tadi. Wanita ni nak cari cari emak kandungnya. Mengikut katanya, emak kandungnya hidup susah dan bagi dia kepada keluarga angkat. Kemudian, keluarga angkatnya tak pernah beritahu dia yang dia seorang anak angkat. Dia pun baru dapat tahu selepas keluarga angkat bagitau dia. Dia ambil keputusan untuk cari emak kandung dia.

Saya terus periksa dalam sistem dan disahkan emak kandung dia dah meninggal dunia pada tahun 2007. Dia terkejut dan terus menitis air mata. Saya terus terdiam. Tapi cari terus cari data-data kematian emak kandungnya dan beri dia alamat terakhir yang ada. Mungkin dia boleh pergi cari dan jumpa adik beradik emak kandungnya.

Masa tu saya terkedu dan tak tahu nak cakap apa. Memang sebelum ni saya latah bercakap tapi kali ni saya kalah. Tak tahu ayat apa yang patut saya ucapkan. Saya pun tahan mata dari menitis air mata. Sedih. Memang saya betul-betul sedih.

Korang yang masih ada emak dan ayah tu, jagalah elok-elok. Sekurang-kurangnya korang masih dapat bersama mereka. Wanita ni, dia tak tahu dia seorang anak angkat sehingga baru-baru ini dan baru dia nak cari emak kandung dia, ibu kandungnya telah meninggal dunia.

Saya merayu kepada korang, hargailah emak dan ayah korang. Saya cuma ada emak dan ayah saya entah di mana. Tapi, saya masih bersyukur sebab masih ada emak yang sayang saya. Terima kasih emak. Saya sayang emak.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, August 21, 2011

SYUKURLAH DENGAN APA YANG KITA ADA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah menjalankan aktiviti mengecat rumah tadi, terdengar slot sedutan Merisik Khabar di Radio Era FM. Tentang seorang perempuan aka isteri yang suaminya terlantar sakit dan dia kerja sebagai Cleaner. Kalau tak pergi kerja, gaji kena potong. So, kena la paksa diri pergi kerja.

Dia mengadu tahun ni tak dapat la dia sediakan apa-apa untuk anak-anak dia sempena sambutan Hari Raya. Sebak saya dengar.

Cuma ingatan untuk diri saya sendiri, di samping kita menyambut Hari Raya, ingatlah kepada orang yang tak bernasib baik. Dan bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada sekarang. Jangan takbur dan berlagak.

Cuma sekadar coretan ingatan untuk diri sendiri.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, July 26, 2011

"SEDAR LA DIRI SIKIT"

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tajuk kat atas tu bukan orang cakap kat saya tapi saya cakap kat diri saya sendiri. Mungkin saya sekarang dah lupa diri sendiri. Mungkin saya ingat saya ni bagus sangat tapi saya tak la bagus mana. Saya ingat saya ni pandai sangat tapi tak la pandai mana. Saya ingat orang betul-betul suka kat saya tapi sebenarnya tak suka pun. Just nak jaga hati saya kot?

Saja buat entry ni untuk ni untuk ingatkan saya siapa sebenarnya diri saya. Saya ni bukan siapa-siapa pun. Orang lain tak pandang pun saya ni. Dalam dunia ciptaan Allah ni, saya ni cuma salah satu makhluk Allah yang kecil sangat-sangat-sangat. So, jangan duk fikir saya ni bagus sangat. Ilmu pun setakat sejemput kuman, tak payah la nak berangan sangat.

Sedarlah diri sikit. Saya ni bukan ada apa-apa pun. Pandang ke bawah. Jangan asyik mendongak ke langit je. Lebih baik merendah diri daripada meninggi diri. Tak guna otak ada tapi letak kat lutut. Saya, ingat tempat asal.

Tapi, saya syukur sangat-sangat sebab masih diberikan nyawa. Masih dibenarkan untuk melihat. Masih dibenarkan untuk mendengar dan sebagainya oleh Allah. So, saya bersyukur sangat-sangat.

Jom sama-sama kita muhasabah diri dan bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Semoga kita semua dirahmati oleh Allah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, May 4, 2011

KORANG RASA HANDSOME/CANTIK KE?


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Sori sebab lama tak update blog saya ni.  Balik kampung dan kat kampung takde internet.  Pakai line handphone tapi terhad connection.  Huhu...

Tajuk kali ni pelik sikit.  Saya tahu ramai rakan-rakan kat luar sana kadang-kadang rasa rendah diri kerana terdapat sedikit kekurangan pada diri.  Ada juga rakan-rakan yang kurang yakin dengan diri sendiri sebab fikir diri sendiri tak cantik ataupun tak handsome.

Sebenarnya rakan-rakan semua cantik ataupun handsome.  Semua orang dijadikan oleh Tuhan dengan kelebihan masing-masing.  Kecantikan ataupun kehenseman bukan diukur dari segi luaran tapi sifat dalaman kita.  Cantik ataupun handsome sifat dalaman kita, maka cantik ataupun handsome la kita.  Kalau buruk sifat dalaman kita, faham sendirilah.

So, saya di sini nak berseru kepada semua rakan-rakan yang rasa rendah diri dan kurang yakin sebab kekurangan fizikal, ingatlah, rakan-rakan sebenarnya cantik ataupun handsome sebab itu semua diukur dari sifat dalaman rakan-rakan sendiri.

Wassalam.

p/s: saya pun kadang-kadang terbabas gak bab-bab macam ni...sebab saya tak anggap diri ni ada rupa tapi ini cara saya nak tingkatkan keyakinan saya tapi pada masa yang sama nak elakkan diri dari sombong diri...sifat yang saya nak sangat-sangat elakkan...huhu..

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, April 17, 2011

KALAU TUNANG/AWEK/PAKWE SENDIRI TAK INGAT BIRTHDAY KORANG, APA KORANG RASA?


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Tajuk post kali ni agak beremosi sikit. Cuma nak kongsi dan nak tanya pendapat rakan-rakan blogger saya tentang tajuk kat atas.

Kalau korang dah bertunang or ada awek atau pakwe dan dorang langsung tak ingat birthday korang, apa korang akan rasa?  Tambah lagi kalau dorang kata perkara tu benda kecil je.  Korang tunggu dorang wish tapi sampai lepas seminggu pun dorang tak wish pun.  Apa korang rasa?

Korang mesti akan cakap, "dorang sibuk or dorang nak buat surprise la tu".  Tapi semua benda tu salah dan dorang memang tak amik tau pun.  Apa korang rasa?

Yang bestnya, korang call 5 minit sebelum birthday korang tamat, dia angkat dan cakap acuh tak acuh je.  Korang mesti harap dorang ingat tarikh birthday korang kan? Tapi dorang just biar je korang.  Yang hairan, kawan-kawan yang lebih awal wish korang tapi tunang/awek/pakwe korang just ignore je.

Teremosi plak. Hahaha... Just nak tahu apa korang rasa dan sebabnya.  Sudi-sudilah share di ruangan komen kat bawah ye?

Terima kasih.

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, April 14, 2011

JANGAN PANDANG HINA PADA ORANG YANG KERJA DI TEPI JALAN!!!


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Tajuk hari ini mungkin agak kasar sikit tapi cuma nak ingatkan diri saya sendiri dan mungkin rakan-rakan blogger yang terlibat (tak semua k?..so, no heart feeling...huhu).

Macam mana aku terfikir nak buat tajuk ni?

Macam ni ceritanya, tadi aku drive ke bank untuk menjalankan urusan memasukkan duit ke dalam akaun.  Bukan pergi untuk belajar memasak mahupun menganyam.

On the way nak balik tu, aku ternampaklah seorang pakcik sedang menolak kereta sorong.  Maka, terciptalah entry ini.

Saya pun bukan habis je belajar, terus dapat kerja yang sekarang ini.  Saya pun bermula dari bawah.  Bak kata pepatah saya sendiri la ... kalau kita tak rasa susah, kita takkan hargai hasilnya ... Huhu...

Contohnya:
Kalau tiada orang yang buat jalan, takkan ada jalan di Malaysia ini.  Betul tak?

Mereka pun perlulah kita hargai.  Tak payahlah kita nak pandang hina pada mereka.  Tak perlulah kita nak berlagak dengan kereta mewah kita.  Kereta mewah yang kita drive pun atas jalan yang mereka buat.  Betul tak?

Mereka juga manusia macam kita.  Mereka pun ada perasaan macam kita.  Mereka kerja sebab nak tampung perbelanjaan anak dan isteri mereka.  Kalau ada mak dan ayah, nak tanggung juga.

Entry ini cuma nak mengingatkan diri saya dan rakan-rakan blogger je.  Kalau ada terasa hati, saya mohon maaf ye?

p/s : Jangan saman saya ye?...huhu..

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, October 12, 2010

NAHAS SIMPANG AMPAT, MELAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari bila tatap muka surat depan surat khabar Kosmo!, terpampang gambar 12 orang yang maut dalam Nahas Simpang Ampat, Melaka.  Hati aku jadi sedih.  Bagi sesetengah orang, tarikh 10.10.10 merupakan tarikh yang menggembirakan tetapi tidak bagi keluarga kesemua mangsa yang terkorban ini.  Sebelum ini kita dikejutkan dengan kemalangan yang melibatkan perkhidmatan bas express Sani pada hujung Disember tahun lepas dan setelah kisah itu semakin dilupakan, kita dikejutkan dengan kisah kemalangan maut yang disifatkan sebagai kemalangan yang paling teruk pada tahun ini.


Mangsa-mangsa yang terselamat menceritakan yang pemandu bas tersebut memang memandu dengan laju.  Bila aku terbaca pengalaman mangsa yang terselamat merangkak ke atas mayat-mayat untuk keluar dari bas tersebut, kecut hati aku.  Ajal maut ketentuan Allah.  Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.  



Aku berharap sangat keluarga 12 orang yang maut dapat mengharungi detik-detik ini.  Bukan senang untuk melupakan saat-saat begini.  Termasuk juga mangsa-mangsa yang terselamat.  Kebanyakkannya pasti akan trauma untuk menggunakan perkhidmatan bas express lagi pada masa hadapan.


Mungkin pihak kerajaan yang terlibat dapat membuat sesuatu untuk mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.  Pemandu-pemandu bas, aku minta sangat supaya memandu dengan berhati-hati.  Pemandu bas bertanggungjawab terhadap keselamatan 40 atau lebih penumpang yang dibawa mereka.  Tanggungjawab itu memang besar dan berat.  Jalankan tugas dengan berhemah dan berhati-hati.  Sekurang-kurangnya rancang perjalanan supaya tidaklah terpaksa kelam kabut untuk mengejar masa dengan memandu dengan sangat laju.


Kepada semua yang sedang membaca blog ini, marilah kita sama-sama mensedekahkan surah Al Fatihah kepada semua yang maut dan doakan mangsa-mangsa yang cedera sembuh sepenuhnya.  Bagi yang bukan beragama islam, berdoalah mengikut kepercayaan agama masing-masing.

Terima kasih.




Sila Tekan Like Jika Suka