KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, August 5, 2011

"LUAR BIASA"

MENARIK:

TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah dengar lagu Shahir AF8 tajuk luar biasa tak? Hehe... Saja nak bincang tentang lagu tu. Tajuk je luar biasa. Hehehe... Actually saya suka sangat lagu tu. Sebab apa ye? Sebab saya rasa kalau tak dapat kawal diri saya, saya akan jadi macam tu.

Korang pernah tengok ke video clip lagu ni? Kalau tak pernah tengok, korang pergi tengok kat Youtube. Ia mengenai seorang lelaki yang ada masalah mental. Dia kawan dengan perempuan dan bila perempuan tu kawan dengan perempuan lain, dia berdendam dan bunuh perempuan tu. Pastu setiap perempuan yang dia bunuh gambar dorang dia gantung dalam rumah dia.

Pada pendapat saya, lelaki dalam video clip ni pernah dikecewakan dan tak mampu untuk terima hakikat. So, dia berdendam. Ini menyebabkan dia jadi sangat marah dan mengalami masalah mental. Dari luaran, dia nampakk ok je tapi sebenarnya dia ada masalah yang sangat parah.

Pada pendapat saya, setiap orang ada limit masing-masing. Berapa kali mampu terima tamparan dikecewakan. Berapa kali mampu terima hentaman penipuan. Berapa kali mampu terima tikaman ketidaksetiaan. Bila orang tu tak mampu nak kawal dan tahan lagi, dia pasti akan alami masalah dalaman yang kronik. Ini boleh menjurus ke arah masalah mental dan menyebabkan sifat benci serta dendam dia dizahirkan kepada orang lain.

Ini cuma pendapat saya. Korang ada pendapat lain nak share tak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

8 comments:

  1. kalau kecewa dekat kan diri dengan Allah.tak kecewa pun kena dekatkan diri dengan Allah.bila kita jauh jadi la macam shahir Af tu.
    tak dapat kawal kemarahan dan kebencian sampai jadi dendam yang membunuh minda sendiri

    ReplyDelete
  2. minat shahir eyh?
    hehehe
    x pnh tgk vdeo klip agi.tapi dah dgr lagu selalu,..hehehe
    ase cm same pendapat!

    ReplyDelete
  3. heheh..guwa dah banyak kali dikecewakan, dimainkan..

    JV?..nak buat macam mana tu bro..kita jauh jauh nie..heheh

    terima kasih sebab komen kat entry saya.

    ReplyDelete
  4. dh tngk dh video tu.. dasyat jugak shahir brlakon ye..

    ReplyDelete
  5. haaa ... btol2 2 awk ... lagi time skrg nie awk ...lebih lagi zaman skrg ... makin teruk lh waaaaaaaa ,,, nk tgk lh video klip 2 ... awk letak lh dlm entri nie ... boleh tgk heheh

    ReplyDelete
  6. Sabar setiap org ada limitnya kan?jgn di cabar berkali-kali,akibatnya...tst la.:))

    ReplyDelete
  7. kecewa bukan alasan nak berdendam gitu.. kalau kecewa, bangun dri kecewa tu..kalau jd mcm lgu tu..lemah mental org tu

    ReplyDelete
  8. kita pon kena sentiasa hati2 supaya jgn lukakan hati orang .. takut2 kita plak yg kene ..

    tp dendam memang tidak elok .. lagu ni best sebenarnya

    ReplyDelete