KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, September 26, 2011

"COURSE NI SUSAH NAK DAPAT KERJA LA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dapat idea nak tulis entry ni lepas baca Entry INI daripada Tea. Teringat masa mula-mula saya dapat course Diploma Pengurusan Dan Teknologi Pejabat. Hampir semua sepupu saya cakap:

"Course ni susah nak dapat kerja la"

"Kawan kakak pun ambil course ni. Menganggur sampai sekarang"

"Course ni dulu course Diploma Kesetiausahaan. Untuk perempuan je"

"Buang masa je ambil course ni. Nanti grad, susah cari kerja gak"

Macam-macam dorang cakap tentang course yang masa tu bakal saya terjah. Tapi, saya dah tetapkan matlamat saya, course ni saya ambil sebagai batu loncatan untuk yang lebih tinggi. Maksud saya, kalau saya ambil course bombastic de bomb pun kalau fail pun tak guna gak kan? Tak boleh nak sambung Degree. Sekurang-kurangnya kalau saya lulus course ni, saya dah ada diploma dan ada peluang nak apply for degree kan?

So, saya pun belajar course ni. Semester 1 ada kawan-kawan yang cakap ini:

"Ini bukan course yang aku minta. Aku nak Mass Comm"

"Rasa malu la belajar course ni. Course ni untuk perempuan je"

Saya layan je. Memang tak dinafikan memang banyak perempuan yang dapat course ini. Tapi setelah beberapa lama, rasa best plak belajar course ni sebab ia lebih kepada pembelajaran menjadi seorang ketua dan pentadbir.

Semester last saya praktikal di KWSP Seberang Jaya, Pulau Pinang dan semua yang saya belajar diapply kat sana. Masa tu gak saya apply untuk jawatan kosong dan sebelum saya graduation, saya ditawarkan oleh 4 jawatan swasta. Bayangkan belum lagi graduation, saya dah dapat tawaran kerja.

Terfikir saya, bukan masalah course yang buatkan kita tak dapat kerja, ia adalah masalah diri kita sendiri. Sama ada kita memilih kerja ataupun terlalu nak bekerja yang berkaitan dengan course kita ataupun kurang usaha nak mencari. Sepupu saya yang bercakap-cakap mengenai course saya ni terus diam tanpa kedengaran apa-apa bunyi. Mungkin inilah rezeki saya dan saya bersyukur sebab saya tak ikut cakap-cakap sepupu saya tu. Kalau tak, boleh ke saya berada di tempat saya sekarang? Hanya Allah saja yang tahu.

Itu pilihan saya dan Alhamdulillah. Korang nak belajar, apa saja course yang korang dapat, yang penting adalah usaha untuk capai markah tertinggi. Dan pada masa yang sama, korang kena adaptkan diri dengan alam pekerjaan supaya korang tak terkena culture shock.

p/s : Kenangan masa di UiTM Seri Iskandar Perak memang tak dapat saya lupakan. Rindu masa tu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

68 comments:

  1. bangga with you. sy amik dip sains kesetiausahaan kt politeknik, so kira adik beradik your course la kans..

    kebanyakan student lelaki dlm DSK ni, ade yg drop out or belajar separuh hati, malu dengan kwn2 yg duk ejek, "ape la amik course org pempuan"..

    tapi, dorang tak tau, hak ni la yg jadi rebutan, baru lepas exam terus dpt panggilan interview kans.. terus dpt lak tu..

    sesungguhnya rezeki tu dari Allah SWT.. again, i'm very proud with you la sbb bertahan sehingga berjaya.. alhamdulillah! :)

    ReplyDelete
  2. MyLara Sarah Cullen : Thanx. Actually, course ni bukan seteruk mana pun. best gak sebab byk blaja tentang administrative. susah bila suka ikut cakap orang ni, hidup kita, kita yang tentukan. betul tak?

    ReplyDelete
  3. miss kinah : yup. best2. hehe.

    ReplyDelete
  4. saya sangat sangat sangat setuju dengan apa yang awak kata tu...kita serupa..ternyata gosip2 awal hanya la omongan kosong...semua bergantung kepada diri sendiri dan bertawakal....

    ReplyDelete
  5. betul tu Abg Nasz.. dlam cos biomedic ni, ramai popuan.. bio.. laki mana la minat.. tp sy tetap teruskan jugak.. mana la tahu ada rezeki kmudian hari.

    ReplyDelete
  6. sue-ab : betul tu. yakin pada diri. pasti bleh buat.

    ReplyDelete
  7. zul fattah : teruskan zul. sebab bila dah berjaya, masa tu baru orang lain akan sedar. macam course saya amik ni. bila ada orang berjaya, baru terhegeh2 nak apply.

    ReplyDelete
  8. betul apa yang nasz cakap tu. kita berusaha dapatkan segulung diploma, ijazah dan usaha tanpa memilih kerja walaupun lari daripada bidang ke.

    eh ex student Uitm Perak jugak ye? sama la kita. rindu suasana kat sana.hehe

    ReplyDelete
  9. nurdani: yup. saya ex student Uitm Perak. Memang rindu suasana kat sana. hehe.

    ReplyDelete
  10. followed 1335th... dari segmen tu juga =p=p

    jom join bloglist =p

    http://sesedaporen.blogspot.com/2011/09/just-bloglist.html

    ReplyDelete
  11. pedulikan org kate, juz focus on what u want to achieve, kite yg tentukn hidup kite ;) gud luck !!

    ReplyDelete
  12. Rezeki ada di mana2......betul x... Hihiks. Susah2 dahulu, bersenang lepas tu.... Dh follow Nasz dah...ke-1343...lawa kn nombor!! hihiks

    ReplyDelete
  13. josrevalution : sori. memang takde chat box.

    yui92 : insya Allah. nnt saya cuba join ye?

    izzahdegreat : betul2. org hanya tahu cakap dan komen je, kita yang nak hadap kan?

    ninie : Ye, betul rezeki ada di mana2. thanx sudi follow.

    ReplyDelete
  14. diri sendiri jugak sbnrnye yg boleh tntukan boleh pegi jauh ke tak..kan nasz kan?? hehe




    cik ana.

    ReplyDelete
  15. putri kos bidang kimia.. susah jugak nk dpt keje.. urm.. tgh pening pale dok mntk keje nie..

    ReplyDelete
  16. xperlu dgr ckp org.. laku kn dgn kate hati kite sendri :)

    ReplyDelete
  17. nurpiska : ye. betul. kalau tak usaha, memang rezeki pun tak datang.

    anamizu : diri sendiri yang bleh bawa kita jauh ke depan. nak atau tak nak je. bleh atau tak bleh je.

    putri ilyanie : senang je. keje apa yang ada. jgn terlalu pilih yang berkaitan kos je. keje dulu apa yang ada macam part time kfc ke, jual tiket wayang ke, sementara nak tunggu kerja yang bersesuaian. rezeki ada di mana-mana. nak atau tak nak je cuba. saya pernah ada kawan ada diploma electrical tapi kerja contact centre.

    ReplyDelete
  18. aimi : betul tu. tapi akal pun kena main peranan gak sebab kadang2 hati yang terlalu seronok atau marah pun akan buat pertimbangan yang salah.

    ReplyDelete
  19. saya student OM dekat S.I jugak :) hehe ,

    ReplyDelete
  20. izzaty hazwani : sama la kita. hehe. blaja elok2 k?

    ReplyDelete
  21. hehehe . dulu masa nak smbung study camtuh gak org kata kt saya . kos programming nie susah , mcm2 lgi. tpi cmner pon ttp stdy . :)

    ReplyDelete
  22. fierul : anyway, good luck dan dont give up k? truskan sampai berjaya.

    ReplyDelete
  23. course saya sekarang adalah pilihan ke8 aka pilihan terakhir, redho je.... saya mengharapkan yang terbaik dari Allah

    ReplyDelete
  24. Ahmad Haziq : takpe. apa saja course yang awak ambil, buat sebaiknya.

    ReplyDelete
  25. wey nk tyee cmne care belajar kos nie cz sye pn dpt gak kos nie sng or ssh erk belajar kos nie ?

    ReplyDelete
  26. Anonymous : course ni senang je kalau fokus dalam kelas.

    ReplyDelete
  27. salam. anak auntie lelaki...dia dpt this course...nak tanya serba sedikit apa yg dia expect bile belajar this course? ada shorthand, trengkas, typing bagai? one more thing, dia segan coz ramai girls dlm this course

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Anonymous, saya dah explain dalam satu entry khas untuk pertanyaan puan. boleh rujuk kat sini ye?

      http://www.mohdnaser.com/2012/05/dia-segan-coz-ramai-girl-dalam-this.html

      Delete
  28. salam,nak tanya nie...dalam course nie ada math tak??? sebab saya tak suka sangat dengan math nie...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam Anonymous,

      Dalam course memang ada Math tapi basic je. Kalau buat latihan banyak kali. In Shaa Allah, tak ada masalah.

      From,

      Nasz

      www.mohdnaser.com

      Delete
  29. assalamualikum , abg nak tanya belajar dye kena banyak membaca ke ? belajar dlm bahasa inggeris full ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam nur syazwani, banyak juga membaca dan hampir semua subjek dalam Bahasa Inggeris. Tapi, kita boleh tanya lecturer mana yang kita tak faham. Jangan malu bertanya.

      Memang mula-mula rasa susah nak belajar dalam Bahasa Inggeris tapi lama-lama nur syazwani akan rasa biasa.

      From,

      Nasz

      www.mohdnaser.com

      Delete
  30. boleh x cerita serba sedikit ttg kos ni ..nk isi upu ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nysa Lalysa,

      Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang kos ini. kos ini dulunya dikenali dengan Diploma Kesetiausahaan tapi telah dibranding balik supaya kaum lelaki boleh join.

      Kos ini banyak belajar teori lebih kepada pengurusan pejabat. ada juga belajar basic mathematic, asas undang-undang. Ada juga satu sem kena organize satu acara dan akan diberi markah. Kos ni fun dan best. Kita akan terdedah dengan pelbagai perkara berkenaan pengurusan. Tak rugi masuk kos ini sebab degree nanti ada peluang untuk sambung cabang kos berkaitan pengurusan.

      Ada juga latihan praktikal dalam pada semester kelima dan semester keenam, akan ada praktikal luaran.

      Setakat ini saja rasanya saya boleh ceritakan serba sedikit tentang kos ini.

      Wassalam.

      Nasz

      www.mohdnaser.com

      Delete
  31. boleh x cerita serba sdikit ttg kos ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh baca kat sini juga.

      http://www.mohdnaser.com/2012/05/dia-segan-coz-ramai-girl-dalam-this.html

      Delete
  32. Program blaja ttg ape ek ?? confuse ni.. xtau nak amik coarse ape.. help me!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Program ini lebih fokus kepada pengurusan dan pentadbiran.

      Delete
  33. Assalamualaikum, sy student OM jugak, tp dr uitm lendu,melaka :) mmg ramai dok kutuk kos ni kn? Ckp kos ni kos paling senang laa susah dpt keje laa, tp bile dh lalui sndri br rase kos ni seronok sgt :) skrg sy br part 4 ,tp batch sy dh xde practical, so kire tinggl lg satu sem je, insyaAllah :) tp sedih jugak sbb dpt nak rase pngalaman pratical tu ..huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe. Just teruskan dan yg penting, skor CGPA setinggi mungkin. Ttg senang dapat kerja atau tak, ingat rezeki yang Allah nak bagi ada di mana-mana.

      Delete
  34. Assalamualaikum, sy student OM jugak tp dr uitm lendu melaka :) nak tanye laa, utk kos ni part 5 die susah x? Sbb skrg sy tngh tunggu result part 4 .. mcm tkt pulak nak masuk last semester ni -,-" hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Tak susah sangat pun. Tak perlu takut. Fokus dan rajin buat soalan past sem sbb nanti exam akan kuar soalan yv lebih krg sama. Yakin pada diri ye?

      Delete
  35. tmpang tnya. klau dh hbs bljar dlm kos ni then nk smbng degree dlm kos pengurusan prniagaan boleh ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpasti pula. Tapi saya baru dapat tawaran utk sambung degree dlm pengurusan organisasi. Cuba awak check kelayakan utk apply degree pengurusan perniagaan tu? Mesti ada nyatakan kelayakan dan program yang layak mohon kan?

      Delete
  36. tumpang tnya. klau dh hbs bljar dlm bdang ni nnt then nk smbung degree dlm bidng pngurusaan erniagaan boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapannya sama je di atas.

      Delete
    2. Salam sya nk tya,klau x de kwn blh ke survive srg2..n klau x join aktiviti bersukan x pe ke?sya ni ssh nk dpat kwn sbb sya krg bckp..sorry abg sbb tya soalan cam ni..hihi..

      Delete
    3. Salam sejahtera Anonymous,

      Dalam course ini, akan ada banyak presentation di depan classmate, aktiviti berkumpulan dalam membuat satu event, buat grouping presentation, public speaking dan lain-lain.

      Takpe, kalau pendiam, cubalah bergaul dengan rakan-rakan sekelas. Lama-lama nanti awak akan terbiasa.

      Delete
  37. assalammualaikum! :) sekarang saya sdg ambil lower 6 dlm aliran kemanusiaan dan dpt tawaran upu utk kos OM...tak tau lg nk amik ke tak kos ni atau teruskan f6.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Anonymous,

      Apa yang penting adalah adakah awak mampu untuk teruskan Form 6 tersebut? Kalau mampu dan awak yakin, teruskan. Tapi kalau awak rasa tak yakin dan tak mampu teruskan, saya cadangkan awak amik kos ini.

      Saya tahu macam mana susahnya belajar di Form 6 sebab saya adalah seorang bekas pelajar Form 6 Aliran Biologi. Tapi saya gagal dan Alhamdulillah saya berjaya masuk course ini. Cuma rugi 2 tahun sebab masuk Form 6.

      Saya percaya awak akan buat pilihan yang tepat untuk masa depan awak.

      Delete
  38. assalam. kalau sy buat diploma OM 3tahun, jd smbung degree nnti dlm course yg sma degree tu brpe thun ye ? ade yg ckp course sama dip+deg 5tahun shaja. betul ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera Aina,

      Tentang itu, saya tak pasti sebab selepas tamat diploma, saya terus bekerja. Sekarang ini saya dalam proses untuk menyambung Degree secara jarak jauh di USM.

      Aina boleh hubungi pihak pendaftar di UiTM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

      Delete
  39. assalam. kalau sy buat diploma in OM 3tahun, jd nnti smbung degree dlm course yg sama bpe thun ye ? ada yg ckp dip+deg course sma 5thun je. betul ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera Aina,

      Tentang itu, saya tak pasti sebab selepas tamat diploma, saya terus bekerja. Sekarang ini saya dalam proses untuk menyambung Degree secara jarak jauh di USM.

      Aina boleh hubungi pihak pendaftar di UiTM untuk mendapatkan maklumat lanjut.

      Delete
  40. Salam,sya nk tya,klau x de kwn blh ke survive srg2..n klau x join aktiviti bersukan x pe ke?sya ni ssh nk dpt kwn sbb sya krg berckp..sorry abg tya soalan cam ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera Anonymous,

      Dalam course ini, akan ada banyak presentation di depan classmate, aktiviti berkumpulan dalam membuat satu event, buat grouping presentation, public speaking dan lain-lain.

      Takpe, kalau pendiam, cubalah bergaul dengan rakan-rakan sekelas. Lama-lama nanti awak akan terbiasa.

      Delete
  41. Salam,klau x de kwn blh ke survive srg2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera Anonymous,

      Dalam course ini, akan ada banyak presentation di depan classmate, aktiviti berkumpulan dalam membuat satu event, buat grouping presentation, public speaking dan lain-lain.

      Takpe, kalau pendiam, cubalah bergaul dengan rakan-rakan sekelas. Lama-lama nanti awak akan terbiasa.

      Delete
  42. setuju.. saya pun fikir mcm tu memandangkan saya ada basic pasal ofis manage dri sekola voke so why not just continue this course .. budak2 kos pejabat sek saya most of them tanak sambung kos ni dkt U nti..

    ReplyDelete
  43. betul tu.. saya pun ragu2 samaada nak sambung kos ofis mange atau tak nti dkt U memandangkan sya ada basic pasal kos ni dkt sek voke .my first expectation pun mcm tu kos ni mcm x famous tpi bila fikir balik kos ni mcm senang nak dpt keje .tapi budk2 pej sek sya most of them tanak sambung kos ni

    ReplyDelete
  44. Slam bang,betul ke senang nak dapat kerja? Saudara mara sy pon ckp susah la,tak ade peluang lah. tp sy mmg minat kos OM nie..

    ReplyDelete
  45. Salam..tumpang tanya,kat mna leh buat PJJ untuk kos ni yer?

    ReplyDelete
  46. Salam..nk tyee..hbis diploma course nih..degree bole mohon course pengurusan perniagaan tak??

    ReplyDelete