KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, June 16, 2011

SEGMEN PALING SIMPLE: BAGI SAYA SATU AYAT...


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Kali ini saya nak buat segmen paling simple je.  Tak wajib buat entry pun.  Kalau korang nak buat gak, silakan. Tiada halangan.

Kenapa saya kata ini Segmen Paling Simple?  Sebabnya korang hanya perlu beri saya satu ayat je.

Senang kan?

Caranya, saya akan tulis satu ayat mula.  Pastu, korang cuma kena tulis satu ayat yang bersambung dengan ayat saya tadi.  Lepas itu, orang lain kena lah sambung ayat korang tu dengan satu ayat je. Faham?

Tak faham?

Contoh:

Saya mula dengan ayat "Saya beli nasi lemak".  Kemudian, si A sambung ayat "nasi lemak itu sedap".  Pastu, si B sambung ayat "saya beli air pepsi gak".  Dan seterus-terus-terusnya.

Paling simple kan?

Korang cuma perlu tulis satu ayat je.  Setiap orang boleh komen banyak kali. Ayat-ayat akan saya gabungkan dan jadikan satu karangan. Korang boleh baca hasil gabungan ayat-ayat korang tu. Mesti menarik. takde tajuk or tema. Tembak je apa ayat korang nak tulis tapi kalau berunsur lucah or perkauman or yang berkaitan, saya akan reject k?

orait. ayat permulaan ialah:

"Besarnya bangunan pencakar langit yang langitnya tak tercakar-cakar tu"

Hehe...Cepat sambung. Tulis ayat korang je. Nanti saya kumpul dan gabungkan.

Jom pakat join ramai-ramai.

UPDATED :

Saya minta maaf sebab kena tamatkan segmen tepat jam 6 petang ini (16hb Jun 2011).

Sambutan yang sangat memberansangkan. Sebagai tanda terima kasih, saya listkan sekali link rakan-rakan blogger yang terlibat.  Saya akan postkan Hasil Segmen ini selepas pukul 6 petang. Saya dah baca, memang best dan sempoi. Huhu...

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

37 comments:

  1. tiap2 hari saya tengok bangunan tu sebab bangunan tu depan rumah saya..

    ReplyDelete
  2. Depan Rumah saya ade KFC makan fries sambil guyang-guyang kaki..

    ReplyDelete
  3. goyang2 kaki sampai tersepak kaki aku tapi aku tak marah sebab ko belanja aku sarapan pagi ini..

    ReplyDelete
  4. tp ak marah ko sbb ko xbelanja ak plak =)

    ReplyDelete
  5. aku belanja ko pon sebab ada tujuan lain..

    ReplyDelete
  6. sarapan pagi ini kat kedai mamak, anney, teh tarik satu !

    ReplyDelete
  7. aiii..satu jer???..kedekut tol,aku kan ader nieyh..teh tarik 2 lar weyh..roti canai telur 4 ,roti kosong 4 ,telur separuh masak 2 biji, penat aku bertenggek kat cini..hahhaaha :p

    ReplyDelete
  8. apesal 2 jer teh tarik..aku skali dah 3...roti canai aku xnk..sebab aku nak diet..hehe

    ReplyDelete
  9. tak payah diet sangatlah bro, makan jer lah, mamak dah buat tuh..Baca doa before makan..

    ReplyDelete
  10. ternampak kucing dan tikus belanda melintas jalan dengan penuh ketertiban pula..

    ReplyDelete
  11. makan nasi lema lagi beat pagi2 ni...
    haha..

    try this segmen pertama dari Moonkey world
    http://zulfattah.blogspot.com/2011/06/segmen-pertama-aku-sayang-blog-aku.html

    ReplyDelete
  12. kucing tu datang minta sikit nasi lemak berkuah sambal tumis ikan keli.

    ReplyDelete
  13. tiba-tiba tikus yang sangat montok lalu depan kucing itu...

    ReplyDelete
  14. Kucing tuh pun ngap tikus tuh, maka tamatlah riwayat tikus montok..

    ReplyDelete
  15. "xdapat makan ikan keli tapi dpt yg lagi besar dr tu..erkk...alhamdulillah..."kata kucing

    ReplyDelete
  16. rupanya tikus montok telah disumpah oleh nenek kebayan berambut ungu dan tikus montok sebenarnya adalah isteri kucing yang ngap dia yang telah 7 tahun hilang.

    ReplyDelete
  17. yg kucing tu berada diistana sambil mempunyai bidadari yang cantik di hadapan sambil menari - menari .

    ReplyDelete
  18. muncul raksasa berwajah-wajah yang tak dapat dikenalpasti wajahnya menyerang istana itu.

    ReplyDelete
  19. pengawal istana cuba mempertahankan istana dengan sedaya upaya...

    ReplyDelete
  20. lalu berkata la encik mohdnaser kepada pengawal tersebut..

    ReplyDelete
  21. "nyah kau pengawal yang tak sehensem aku yang gagah perkasa bersisik ikan haruan"

    ReplyDelete
  22. ini telah menimbulakn kemarahan pengawal menyebabkannya bertukar menjadi incredible hulk.

    ReplyDelete
  23. sambil mengorek hidung lalu pengawal yang telah bertukar menjadi incredible hulk pun berkata, "hei awak! kenapa perlu berkata begitu sedangkan saya hanya seekor ikan haruan jadian..," ehem.

    ReplyDelete
  24. Dragon Ball ada tujuh biji kesemuanya.

    ReplyDelete
  25. mana nk cr dragon ball yang ketujuh?

    ReplyDelete
  26. kalau aku tau kat mane nak cari , aku takde kat sini , aku dah pegi cari dah.

    ReplyDelete
  27. cari punye cari beliau pon terjumpe la bola yang ke tujuh....

    ReplyDelete
  28. Hep!hep!hooreeyyy!jumpa sudahhhh!jeritnya kegembiraan sambil shuffle-shuffle...

    ReplyDelete
  29. Raja Naga pun diseru dengan penuh kelembutan usop wilca.

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. usop wilcha kata semua ni 'miskomunikesyen' je. . .

    ReplyDelete
  32. hantu kak limah datang sambil berkata "ce citer ... ce citer".

    ReplyDelete
  33. SEGMEN DAH DITUTUP..huhu..ayat dihantar selepas ni akan dianggap komen je..huhu..

    ReplyDelete
  34. alamak bru nak smbg ayt2 yg bombastik biar org len ssh nk smbung..hoho...anyway nice segmen!

    ReplyDelete
  35. OdahOne: hehe..takpe..mungkin saya akan buat sesi ke 2 plak..huhu..

    ReplyDelete