Ada orang yang takut tengok cermin. Ada orang yang tak suka tengok cermin. Ada orang yang suka tengok cermin. Korang rasa korang orang yang mana?
Orang yang takut tengok cermin ni jenis yang kurang keyakinan diri. Dia menganggap diri dia tak bagus dan terlalu merendahkan diri. Dia takut nak pandang diri dia dalam cermin sebab takut apa yang dilihat tak seperti yang diharapkan.
Orang yang tak suka tengok cermin adalah seorang yang tak pernah nampak salah sendiri. Tapi salah orang lain, dia boleh buat huraian lengkap siap dengan graf bar dan carta pai lagi. Tapi dia tak suka tengok cermin sebab dia menganggap diri dia dah cukup bagus dan sentiasa betul.
Orang yang suka tengok cermin sentiasa sedar tentang kekurangan diri. Orang seperti ini membandingkan dirinya dulu sebelum melihat orang lain. Perbandingan yang positif melahirkan keyakinan yang tinggi untuk terus maju. Orang yang sentiasa memandang cermin sanggup melihat diri sendiri dan cuba memperbaiki diri. Teguran yang baik dan bermanfaat untuk dirinya pasti diterima.
Pernah ke korang fikir bila korang pandang diri korang dalam cermin, apa yang korang nampak?
Lontaran pendapat secara spontan daripada saya. Keluar seperti yang dicatatkan dalam minda saya.
Wassalam.
-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4
Sila Tekan Like Jika Suka
