Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label baju raya. Show all posts
Showing posts with label baju raya. Show all posts

Wednesday, August 31, 2011

BAJU RAYA BARU KU... HEHEHE.

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Masa saya snap gambar kat atas tu, saya berada di rumah mak saudara saya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Minta tolong adik tangkapkan gambar. Hehehe.

Baju raya baru saya selepas 5 tahun tak tukar baju raya. Hehehe. Emak saya dah siap beli kain untuk tempah baju raya anak-anaknya. Saya pun dengan pantas bawa emak beli baju raya baru untuk dia. Kalau tak, dia akan busy dengan baju anak-anaknya sampai terlupa baju raya diri sendiri. Hehehe.

Rupanya niat emak saya sebab nak tangkap gambar keluarga. Dan berjaya. Tak siap lagi gambar. Kalau rajin, saya letak kat blog saya. Hehehe.

Tema tahun ni yang julung kalinya kami buat sedondong adalah coklat cerah. Hehehe.

Tema baju raya korang?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, August 20, 2011

AKHIRNYA...BERJAYA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak suruh emak saya beli baju raya untuk diri sendiri memang susah. Macam nak suruh diri saya beli baju raya untuk sendiri. Hahaha.

Setelah dipush dan diperkenalkan dengan pelbagai jenis design baju raya, akhirnya berkenaan satu di hatinya. Akhirnya berjaya beli. Alhamdulillah. Lepas gak hajat saya.

Tengok muka emak saya punya gembira dah buat saya gembira. Tak kisah sangat berapa ringgit harga baju yang emak saya nak tu. Saya bayar je.

Teringat plak masa saya kecil, masa emak saya beli baju raya saya. Saya ni jenis tak cerewet. Beli je, saya pakai. Hehehe.

Emak korang dah korang belikan baju raya?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

BUSY NAK RAYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi masa mula-mula sampai kat Megamall Pacific, ramai manusia sedang membeli belah. Ada yang sedang beli baju raya. Ada yang beli barang nak kuih raya.

Nak parking pun susah. Lagi dekat nak raya, lagi ramai kan?

Betul tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, August 14, 2011

"BAJU RAYA? HAH?"

MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam tiba-tiba tergerak hati nak telefon emak di kampung. Kalau nak telefon emak saya kat kampung, adik lelaki bongsu saya nyer handphone la mangsanya. Maklumlah, emak saya ni tak pandai guna handphone dan kat rumah memang takde telefon. 

Saya pun sembang dengan emak saya. Saya ni jenis jarang telefon. So, banyaklah emak saya nak cerita. Saya plak jenis melayan je. Hehehe. Ada cerita tentang dah beli cat dan nak suruh adik lelaki bongsu saya cat rumah, cerita tentang perangai adik-adik saya yang lain dan lain-lain yang tidak perlu dinyatakan di sini. Emak saya minta saya balik kampung next week sebab saya cuti lepas raya. Nasib baik next week dah dapat duit saguhati yang Kerajaan janjikan. Jadi, taklah ralat sangat nak drive balik kampung dan bawa emak dan adik saya pergi mana dorang nak pergi.

Tiba-tiba dipertengahan perbualan:

"Acel bawa balik ke baju melayu warna kuning emas pi sana ke?"

"Mana ada. Ada dalam almari la mak"

"Ye ke? Mak cari tak jumpa pun"

"Ada kat dalam almari tu. Acel buka pakai sangat baju tu. Masa raya je pakai"

"Mak nak amik baju tu nak buat baju raya kat hang. Mak dah beli kain pun"

"Hah? Bazir je. Acel tak kisah pun. Bukan pakai pun nanti"

"Takpela. Pas pakai simpan je. Mak dah beli kain ni. Nak buat baju raya hang dengan Naim sedondong"

"Isk. Ikut suka hati Mak la"

Sebenarnya dah lebih 5 tahun saya tak tukar baju raya. Hehehe. Tahun lepas emak dan adik-adik saya paksa pergi bazaar kat Bandar Perda cari baju raya. Disebabkan saya ni memang tinggi dan kalau nak buat baju raya, kena tempah, so, takde la saiz saya. Saya selalu bagitau mak saya, beli dulu untuk adik-adik, pastu kalau ada duit lebih, beli barang dapur. Saya memang jenis tak kisah tentang baju raya ni. 

Selagi boleh pakai lagi baju raya lama tu, selagi itulah saya pakai. Barang-barang lain pun sama. Kalau nak beli baju, beli baju yang boleh saya pakai pergi kerja setiap hari. So, tak la membazir. Hahaha. Pelik kan saya ni? 

Saya tahu raya setahun sekali. Tapi bila tengok adik-adik dan emak saya dapat pakai baju baru, saya pun tumpang seronok. Nampaknya tahun ni tak dapat nak skip sebab emak saya memang faham sangat anak lelaki sulung dia. Hahaha.

Korang mesti dah beli baju raya kan? Warna apa?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka