MENARIK
YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!
FREEDOM TO LOOK HOT!
HURRY! PURCHASE A SAMSUNG PRODUCT AND REDEEM YOUR FREE GIFT TODAY!
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Korang pernah hadapi tak perkara macam ni tak?
SITUASI 1
"Mat, engkau baik kan?
"Hah? Nape?"
"Aku tengah sesak ni. Nak pinjam RM100"
"Engkau nak buat apa dengan duit tu?"
"Pinjam sampai akhir bulan ni je. Pas dapat gaji aku bayar balik"
"Oklah. Nah"
Akhirnya bulan,
"Man, duit aku engkau pinjam awal bulan hari tu bila nak bayar balik"
"Eh, aku ada pinjam ke? Bila masa plak?"
"Ala... Yang RM100 tu. Dah lupa?"
"Ada ke?"
SITUASI 2
"Mat, engkau je la kawan aku yang boleh tolong aku sekarang ni?"
"Nape? Engkau ada masalah apa?"
"Aku nak pinjam duit la. Tolonglah"
"Nape? Engkau ada masalah apa?"
"Aku nak pinjam duit la. Tolonglah"
"Man, duit aku RM100 bulan lepas pun engkau buat-buat lupa, ni nak pinjam lagi"
"Aku tak buat-buat lupa la Mat. Aku betul-betul tak ingat, takpe-takpe, akhir bulan ni aku bayar"
"Ye ke? Boleh caya ke?"
"Betul Man. Nanti aku bayar semua sekali termasuk yang aku pinjam ni"
"Oklah"
Akhir bulan tu,
"Man, duit aku yang engkau pinjam tengah bulan, aku nak minta balik"
"Engkau ni siapa? Tiba-tiba je tegur aku"
"Aku kawan engkau yang engkau pinjam duit la"
"Ye Ke? Bila masa aku kawan dengan engkau"
Man terdiam dan terasa nak belasah je Mat masa tu. Hahaha.
Ini cuma situasi rekaan saya saja. Tapi saya rasa situasi ni walaupun agak ekstrem tapi memang wujud. Masa mula-mula nak pinjam, muka manis, kalah gula putih. Bila nak bayar balik, punyalah liat dan kelat je muka. Saya pernah kena sekali, pastu, saya tak bagi dah la. Sori la. Kalau yang jenis bayar balik on time, mungkin saya boleh consider.
Saya pernah jumpa, dia pinjam duit, 5 tahun berlalu pun dia tak bayar-bayar balik. Kira nak burn je. Yang hairan tu, bila ada duit, bukan dia nak bayar hutang tapi habiskan je.
Emak saya pernah nak minta hutang dia balik sebab nak hantar saya belajar. Punya la susah sampai bermasam-masam muka. Bukan apa? Emak saya masa tu memang sesak sebab saya kena masuk belajar sekolah menengah kena pakai duit. So, kami pergi ke rumah orang yang pinjam duit. Rumah cantik dan mewah. Masa tu, rumah kami rumah PPRT papan je. Nak bayar, muka masam je. Emak saya paksa juga dan akhirnya bayar terus. Pastu, emak saya cakap jangan minta pinjam dah lepas ni kalau macam ni punya liat nak bayar. Hahaha.
Saya rasa korang pernah kan kena macam ni? Kongsilah.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
pernah kena dgn junior dulu.
ReplyDeleteayat bukan main manja.
ckp kita cute la.baik la. hape la.
dah dsbbkan kita rapat n percaya dgn dia, kita bg pnjam rm100.
bila nak mintak duit, dia ckp dia dah bayar. seingat kita die x bayar lagi.
kita siap report kat parents.
bila parents dia taw, parents dia bayar. dah parents ada kereta mewah. malu la kowt anak berhutang dgn ank org biasa.
sampai skrg dia x tegur kita. huhu.
malu la tu
selalu jek.. tu yang serik nak bagi pinjam.
ReplyDeletewaahh..betol2.. toi xde lah ketara sampai xkenal pulak..(kalau ikut pengalaman).........lagi satu kalau orang yg bagi pinjam berat mulut nak mintak balik hutang..........hoho......
ReplyDeletesalam, kalau pinjam byk2. xleh bg muka. kecuali yg dipercayai ;)
ReplyDeletepart yg "kau sapa?" tuh memang padat and menusuk kalbu lah.. agak kurang ajar d situ..
ReplyDeleteselalu gak kena macam ni..tapi xde la sampai rm100...haha...seringgit dua tu ade la...tapi ade ke patut die wat2 luper..kan..kalau aku mintak, rasa macam mengungkit la ape la..haizzz....
ReplyDeletenice share info...:D
org camni mmg ramai atas dunia...
ReplyDeleteala...biasela..
ReplyDeleteserik la..huhu
Morning Nasz! Uikkss..baru perasan yang birthday kita sama lorh~ hahahaha~
ReplyDeletekalau between saya n kawan2 jarang berlaku perkara mcm nie..kalau diorg pinjam duit pun, diorg akan ingat sndiri n cepat2 bayar..
ReplyDeletetp between mak saya n sedara tu ada la terjadi perkara mcm nie..kalau kita x cakap suruh bayar, mmg x kan bayar laa...
yg jenis pinjam tak reti nak pulang ni biasanya dia lupa yg hidup ni bukan takat kat dunia je..
ReplyDeleteorang skarang memang liat nak byr hutang...pastu bila minta blk duit hutang, diburuk2 kan pulak orang yang bagi pinjam duit kat dia tuh..ermm...manusia zaman skarang..
ReplyDeleteserius ah, mmg org camnih tak berkat idup..ta penah kena lagi..berdosa kan, sbb dah janji bayar pastu kan utang mmg wajib dibyr..
ReplyDeletemne boleh burn je.. sian lah kt org yg bg pinjam tuh, ta pasal2 sempit sikit sbb nak bagi pnjam kat org tuh..org yg bg pinjam pulak yg kena tahan malu sbb si peminjam nih..haih=.= manusia2..