Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label hutang keliling pinggang. Show all posts
Showing posts with label hutang keliling pinggang. Show all posts

Monday, October 3, 2011

"TAK MAMPU BAYAR HUTANG, ORGAN DIAMBIL BALIK"


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Layan DVD Movie Repoman ni. Memang terkesan gak kat saya. Sebab movie lebih kepada "Tak mampu bayar hutang, barang kami ambil balik". Dalam movie ni, "barang" yang akan diambil balik adalah organ mekanikal yang dibeli secara hutang dengan kadar faedah yang sangat tinggi.

So, ia macam korang tak dapat bayar hutang kereta dan notis terakhir sampai, kereta korang akan ditarik balik kan? Ia lebih kurang macam tu. Cuma ia lebih ekstrem lagi. Dorang nak ambil organ mekanikal tu, dorang akan bedah on the spot. Memang nampak dorang potong kulit dan keluarkan organ mekanikal tu.

Movie ni tak sesuai ditonton oleh budak-budak. So, amaran ye, jangan tengok kalau korang tak cukup umur. Sebab memang banyak scene bedah membedah.

Kenapa saya cerita tentang movie ni? Ni movie lama. Buat apa saya nak cerita kan? Sebenarnya, ia melibatkan hutang. Kita suka berhutang kan? Saya pun ada hutang tapi nasib baik terkawal lagi. Movie ni menunjukkan hutang boleh membawa kepada kematian. So, nak berhutang pun korang kena tengok kemampuan untuk korang bayar balik.

Ini cuma pendapat saya. Korang ada pendapat lain?

p/s : Kalau rasa tak mampu nak bayar, jangan berhutang. Dan jangan berhutang dengan Ah Long, nanti lagi banyak masalah dan hutang pun takkan habis.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 8, 2011

"MASA NAK PINJAM, MUKA MANIS JE. MASA NAK MINTA BAYAR..."

MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!

FREEDOM TO LOOK HOT!

HURRY! PURCHASE A SAMSUNG PRODUCT AND REDEEM YOUR FREE GIFT TODAY!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah hadapi tak perkara macam ni tak?

SITUASI 1

"Mat, engkau baik kan?

"Hah? Nape?"

"Aku tengah sesak ni. Nak pinjam RM100"

"Engkau nak buat apa dengan duit tu?"

"Pinjam sampai akhir bulan ni je. Pas dapat gaji aku bayar balik"

"Oklah. Nah"

Akhirnya bulan,

"Man, duit aku engkau pinjam awal bulan hari tu bila nak bayar balik"

"Eh, aku ada pinjam ke? Bila masa plak?"

"Ala... Yang RM100 tu. Dah lupa?"

"Ada ke?"

SITUASI 2

"Mat, engkau je la kawan aku yang boleh tolong aku sekarang ni?"

"Nape? Engkau ada masalah apa?"

"Aku nak pinjam duit la. Tolonglah"

"Man, duit aku RM100 bulan lepas pun engkau buat-buat lupa, ni nak pinjam lagi"

"Aku tak buat-buat lupa la Mat. Aku betul-betul tak ingat, takpe-takpe, akhir bulan ni aku bayar"

"Ye ke? Boleh caya ke?"

"Betul Man. Nanti aku bayar semua sekali termasuk yang aku pinjam ni"

"Oklah"

Akhir bulan tu,

"Man, duit aku yang engkau pinjam tengah bulan, aku nak minta balik"

"Engkau ni siapa? Tiba-tiba je tegur aku"

"Aku kawan engkau yang engkau pinjam duit la"

"Ye Ke? Bila masa aku kawan dengan engkau"

Man terdiam dan terasa nak belasah je Mat masa tu. Hahaha.

Ini cuma situasi rekaan saya saja. Tapi saya rasa situasi ni walaupun agak ekstrem tapi memang wujud. Masa mula-mula nak pinjam, muka manis, kalah gula putih. Bila nak bayar balik, punyalah liat dan kelat je muka. Saya pernah kena sekali, pastu, saya tak bagi dah la. Sori la. Kalau yang jenis bayar balik on time, mungkin saya boleh consider.

Saya pernah jumpa, dia pinjam duit, 5 tahun berlalu pun dia tak bayar-bayar balik. Kira nak burn je. Yang hairan tu, bila ada duit, bukan dia nak bayar hutang tapi habiskan je. 

Emak saya pernah nak minta hutang dia balik sebab nak hantar saya belajar. Punya la susah sampai bermasam-masam muka. Bukan apa? Emak saya masa tu memang sesak sebab saya kena masuk belajar sekolah menengah kena pakai duit. So, kami pergi ke rumah orang yang pinjam duit. Rumah cantik dan mewah. Masa tu, rumah kami rumah PPRT papan je. Nak bayar, muka masam je. Emak saya paksa juga dan akhirnya bayar terus. Pastu, emak saya cakap jangan minta pinjam dah lepas ni kalau macam ni punya liat nak bayar. Hahaha. 

Saya rasa korang pernah kan kena macam ni? Kongsilah.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, July 6, 2011

BUNUH DIRI SENDIRI...

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Tiba-tiba terdetik nak buat satu entry berkenaan bunuh diri sendiri. Tak tahu kenapa tajuk ni terdetik dalam minda saya.

Apa yang saya faham yang mati bunuh diri sendiri ni, rohnya tak boleh naik ke langit dan tak diterima bumi. Kalau ada yang salah, tolong tegur dan betulkan saya ye? Sebab itu, roh orang bunuh diri ni sentiasa berlegar-legar sehingga hari kiamat.

Kenapa orang sanggup mencabut nyawanya sendiri? Banyak sebabnya. Tapi yang selalu kita dengar sebab berhutang keliling pinggang dan tekanan perasaan disebabkan oleh putus cinta atau dah terlanjur. Ada lagi sebab lain tapi korang boleh fikirkan.

Ini cuma pendapat peribadi saya. Kalau korang ada pendapat, bolehlah kongsi dengan saya. Boleh kan?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka