MENARIK:
TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!
TIME TO CHILL LAH AND EXPRESS YOURSELF WITH NESCAFÉ!
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Baru-baru saya gaduh dengan adik saya. Biasalah. Adik beradik gaduh. Tapi yang menyakitkan hati saya, tiap kali gaduh mesti dia akan cakap:
"Takpelah. Orang tu dah kerja kerajaan"
"Bos la katakan"
"Budak pandai la katakan"
"Kerja pegawai kerajaan bolehlah cakap macam tu"
Saya dah explain banyak kali. Apa yang saya capai ini pun saya mula dari bawah. Saya bukan graduate je terus dapat kerja ni. Saya pun mula dari bawah. Dari kerja kilang, contact centre dan cinemas. Kemudian, dapat rezeki jadi penjawat awam.
Walaupun dah explain tapi bila gaduh, masih nak ungkit lagi. Kenapa? Sebab saya dapat, dia tak dapat? Lepas tu, dia nak saya buat apa? Resign? Bagi dia jawatan ni?
Macam saya kata tadi, saya mula dari bawah. Perlahan-lahan dan akhirnya rezeki Allah saya dapat jawatan ni. So, daripada tanam sifat dengki pada saya, baik usaha. Saya sentiasa bagi info berkenaan kerja kosong kerajaan tapi dia bukan nak betul-betul apply pun. Tak ada benda datang tanpa usaha. Nak mencuri pun kena ada usaha.
Sekarang, kalau nak cakap apa, cakap la. Saya dah tak kisah. Malas nak explain sebab explain pun tak guna. Bukan nak faham. Sedih bila adik sendiri cakap macam tu kat saya.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

