Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, August 6, 2011

"KAWAN MAKAN KAWAN"

MENARIK:

WHAT A PERFECT WORLD IT WOULD BE IF WE DIDN'T HAVE TO WORRY ABOUT OUR PHONE CREDIT LIMIT...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi saya blogwalking ke blog adik maya saya (dah dia anggap saya abang dia, saya pun anggap dia adik saya la..hehe..). Dalam blog dia menceritakan "Ciri-Ciri Sahabat Yang Baik". Korang bleh klik SINI untuk baca, memang info yang sangat baik.

Tapi kat sini saya nak ceritakan tentang kawan makan kawan. Dalam dunia, ada macam-macam jenis kawan. Ada yang masa kita senang, baru dia muncul. Bila kita susah, dia pun hilang. Ada yang kawan sebab ada agenda tersembunyi. Antara agenda tersembunyi yang popular adalah sebab nak kenal dengan kawan kita yang hensem atau comey, sebab nak minta kita belanja makan selalu, sebab ayah dan emak kita polis, boleh minta diskaun saman nanti dan macam-macam.

Tapi yang paling teruk bagi saya, kawan yang depan baik tapi belakang mengutuk kita. Kawan macam ni saya pernah ada dulu. Tapi saya ni dulu lurus bendul dan jenis buat tak tau je. Ada gak bagitau saya, tapi saya ikut cakap emak saya, "biarlah, balasan dia kalau tak dapat kat dunia, kat akhirat nanti dapat la dia".

Ada gak kawan saya cerita tentang masalah dia yang ada kawan suka buruk-burukkan dia depan orang lain. Saya hairan gak sebab wujud gak orang macam ni. Mungkin kawan saya cantik atau hensem sangat dan dia tak cantik atau hensem, dia rasa terganggu gugat. Haha...

Korang pernah jumpa ke orang yang jenis "kawan makan kawan" ni? Kongsilah. Jangan la kedekut sangat. Isk2..

Hehehe...

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

7 comments:

  1. tu la...riso dengan kawan makan kawan nie...

    ReplyDelete
  2. pernah jek, macam haram jek.

    p/s : selamat berbuka =)

    ReplyDelete
  3. kakak tak pernah ada lagilah kawan macam ni, minta2 tak adalahkan? tapi kawan macam ni, menang tak patut, macam nabil cakap, nampak suci je...hehe

    kalau ada kawan mcm ni, harus hati2

    ReplyDelete
  4. sekarang ni susah la nak percaya sgt..kdg2 kawan2 pon tikam dari belakang..huhu~

    ReplyDelete
  5. pernah dapat beberapa kawan..baik gila macam apa.bila susah pun dia ada.but rupanya backstabbers.belakang kita,rahsia yang dia tahu dia sebarkan sampai kawan-kawan lain tak nak kawan dengan ina.sabar je la.main tikam dari belakang.sakit betul.last-last,ina tinggalkan dia and belajar sorang-sorang.nasib baiklah result lagi better even belajar sorang-sorang je.huh.tak guna punya kawan.

    ReplyDelete
  6. kawan makan kawan memang banyak skang ni.. kena hati2 pilih kawan..

    ReplyDelete
  7. kwn yg ske kutuk dr blkg..mmg dh biase...actually x kisah la ngn sape kita berkwn..yg penting hati ikhlas..even die kutuk kita kaw2 dri blkg..hmmm mulut die kn..biarlah..nnt2 penat la tuu..

    ReplyDelete