Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label tikam belakang. Show all posts
Showing posts with label tikam belakang. Show all posts

Monday, May 21, 2012

ADA SINDIR KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya terbaca dalam Metro Online mengenai Lagu Kosong Sindir Wartawan.

"SEKARANG kalau ‘buka’ radio, akan berkumandang lagu Kosong nyanyian Najwa Latif. Dalam keseronokan melayan melodi dan lirik lagu itu, timbul pula desas-desus mengatakan lagu itu adalah lagu sindiran buat wartawan hiburan.
Sejauh mana kebenarannya, SS tidak pasti kerana SS seorang yang berfikiran terbuka. Dengan erti lain, SS akan layan sesebuah lagu itu kalau melodi dan seni katanya menarik. Apa yang penting, usahlah ada benda yang terlalu sensitif atau menjejaskan keharmonian masyarakat. 
Kata kawan SS, lagu Najwa itu khabarnya ditujukan buat wartawan yang dianggap suka mencaci dan putar belitkan kenyataan. Entahlah hanya Najwa yang tahu maksud sebenar kata-kata dalam lagu itu, sama ada ia ditujukan untuk kekasih yang menghampakan dirinya atau wartawan hiburan.

SS difahamkan, lirik lagu itu bukan ditulis oleh Najwa tetapi kakaknya, seseorang yang kreatif. Kalau benarlah apa yang disebutkan dalam khabar angin itu, SS rasa pihak media dan wartawan pun sebenarnya tidak pernah rasa rugi apa-apa atau dengan erti lain turut rasa ‘kosong, kosong’ macam yang dilaungkan Najwa.

SS tak nak cakap lebih-lebih sebab nanti orang cakap SS nak terasa hati pula, pada hal SS hanya melaporkan yang SS dengar daripada kawan. Hakikat sebenar SS sendiri sukakan lagu Kosong itu.

Tak mengapa, selepas ini kalau kawan SS jumpa Najwa kita boleh minta mereka tanyakan sendiri dengan penyanyi itu. Biarlah kita berbaik sangka dengan orang kerana kita sendiri belum pasti sejauh mana kebenarannya." - myMetro

Saya pun decide nak dengar balik lagu Kosong nyanyian Najwa Latif ini. Saya cuba cari di mana yang dikatakan menyindir wartawan tu. Yang saya faham lagu mengenai orang yang iri hati dan suka fitnah serta burukkan seseorang dari belakang.

Itu melalui pemahaman saya. Tak dengar plak bahagian sindiran kepada wartawan. Ini cuma pendapat saya, kalau korang ada pendapat lain, jom kongsikan kat ruang komen kat bawah. 

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, August 6, 2011

"KAWAN MAKAN KAWAN"

MENARIK:

WHAT A PERFECT WORLD IT WOULD BE IF WE DIDN'T HAVE TO WORRY ABOUT OUR PHONE CREDIT LIMIT...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi saya blogwalking ke blog adik maya saya (dah dia anggap saya abang dia, saya pun anggap dia adik saya la..hehe..). Dalam blog dia menceritakan "Ciri-Ciri Sahabat Yang Baik". Korang bleh klik SINI untuk baca, memang info yang sangat baik.

Tapi kat sini saya nak ceritakan tentang kawan makan kawan. Dalam dunia, ada macam-macam jenis kawan. Ada yang masa kita senang, baru dia muncul. Bila kita susah, dia pun hilang. Ada yang kawan sebab ada agenda tersembunyi. Antara agenda tersembunyi yang popular adalah sebab nak kenal dengan kawan kita yang hensem atau comey, sebab nak minta kita belanja makan selalu, sebab ayah dan emak kita polis, boleh minta diskaun saman nanti dan macam-macam.

Tapi yang paling teruk bagi saya, kawan yang depan baik tapi belakang mengutuk kita. Kawan macam ni saya pernah ada dulu. Tapi saya ni dulu lurus bendul dan jenis buat tak tau je. Ada gak bagitau saya, tapi saya ikut cakap emak saya, "biarlah, balasan dia kalau tak dapat kat dunia, kat akhirat nanti dapat la dia".

Ada gak kawan saya cerita tentang masalah dia yang ada kawan suka buruk-burukkan dia depan orang lain. Saya hairan gak sebab wujud gak orang macam ni. Mungkin kawan saya cantik atau hensem sangat dan dia tak cantik atau hensem, dia rasa terganggu gugat. Haha...

Korang pernah jumpa ke orang yang jenis "kawan makan kawan" ni? Kongsilah. Jangan la kedekut sangat. Isk2..

Hehehe...

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, July 20, 2011

"DURI DALAM DAGING"

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

"Duri dalam daging". Korang rasa apa maksudnya?

Ini cuma pendapat saya melalui pemahaman saya. "Duri Dalam Daging" tu seperti seseorang yang merupakan seorang yang suka merosak dan menikam dari dalam. Macam lebih kepada orang kita percaya mengkhianati kepercayaan kita.

Orang macam paling bahaya. Sebabnya? Saya bagi satu situasi. Orang yang bersifat Duri Dalam Daging ni kerja bahagian perisikan negara kita, kemudian dia berpaling tadah sebab dapat imbuhan yang banyak. Dia bocorkan maklumat keselamatan negara kita boleh sebabkan ancaman luaran.

Satu lagi situasi ialah bila rakyat kita sendiri menghasut untuk mengganggu ketenteraman negara kita. Pelakuan menghasut ini boleh membawa kepada kemusnahan dari dalam negara sendiri. Ini lebih kepada ancaman dalaman.

Ini cuma pendapat saya saja. Kalau ada yang tak setuju, boleh dengan saya.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.3

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 30, 2011

TIKAM BELAKANG...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua

Korang pernah kena tikam belakang tak? Saya mengaku saya pernah sampai saya susah nak percayakan orang lain. Memang terasa dan sakitnya memang tak terkata. Tambahan orang tu adalah orang kita paling percaya.

Tikam belakang ni berlaku sebab ada perasaan hasad dengki dan tamak haloba. Ada yang sanggup tikam belakang kawan baik sendiri untuk ke jawatan yang lebih tinggi.

Terfikir gak saya, apa dorang rasa masa menikam belakang kawan baik dorang? Seronok?

Korang rasa la apa dorang rasa sebenarnya?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 17, 2011

DENGKI ...

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam dunia blogging ni ada orang akan ada sifat dengki dengan kita. Dorang akan cuba jatuhkan kita.  Akan kutuk dan umpat kita supaya kita putus asa.  Jangan ingat di dunia sebenar je banyak orang dengki.  Di dalam dunia blogging pun ada.

Orang yang suka berdengki ni ada macam-macam kategori.  Antaranya Dengki Fesyen, Dengki Duit, Dengki Kaya dan macam-macam lagi. So, kalau kita jumpa orang macam ni, kena la banyak bersabar.  Kalau dilayan perasaan marah, memang perang takkan tamat pun.  Lagipun takde sape yang untung. So, biar je kat dia. Nanti sedar la dia.

Bila berdengki ni pasti ada yang suka tikam belakang.  So, bila kena tikam belakang, mesti rasa sakit kan? takkan rasa masin kot? So, sabar je la.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka