Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Saturday, July 27, 2013

SALAH SIAPA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan - rakan blogger semua.

Setiap hari kita baca suratkhabar. Setiap hari kita mesti kita akan baca tentang budak-budak yang masuk hospital sebab 'terlalu pandai' buat mercun sendiri. Bila dah terkena, baru nak menyesal tak sudah. Padahal banyak dah kes-kes macam ini berlaku sejak musim raya tahun-tahun lepas lagi.

Siapa yang nak kita salahkan? Budak itu? Mercun buatan sendiri itu?

Ini pengalaman saya semasa duduk di rumah sewa suatu ketika dulu, setiap malam mesti ada orang main mercun depan rumah sewa saya. Kadang-kadang saya keluar rumah dan bertempik suruh main di tempat lain. Lagi kurang ajar mereka dengan baling masuk mercun bola yang meletup kuat di halaman rumah sewa saya. Memang terkejut saya dibuatnya.

Saya fikir budak-budak yang buat begitu. Jadi, satu malam saya ambil keputusan untuk menyorok dalam kereta dan tengok siapa yang selalu baling mercun bola ke dalam halaman rumah sewa saya. Rupa-rupanya BAPA si anak. Kalaulah BAPA dah berperangai macam itu, anak sudah semestinya ikut perangai bapa dia.

Ibu dan bapa adalah orang pertama yang anak-anak akan tiru. Oleh itu, apa yang ibu dan bapa buat, anaknya pasti tiru. Dah bapa dia suka main mercun baling masuk ke rumah orang, anaknya pasti mengikut. Sekarang ini siapa yang sebenarnya salah bila si budak ini terkena mercun ke mata dan buta sebab tak sempat baling atau tersilap baling? Si budak itu? Si mercun itu sendiri? Si bapa budak itu? Si ibu budak itu?

Cuma lontaran pandangan saya saja.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, September 6, 2011

"SAYA MINTA MAAF"

Assalamulaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terasa nak buat entry minta maaf plak hari ini. Mungkin ada yang terasa dengan hasil tulisan saya selama saya berblogging. Lagi ramai saya kenal, lagi senang saya nak buat salah. Saya mungkin ada terlanjur kata kepada sesiapa saja yang terasa hati. Saya mohon kemaafan walaupun raya dah lepas beberapa hari. Hehe.

Bagi saya untuk minta maaf tak semestinya waktu raya je. Sebab waktu raya pun, kita bersalam pun sebab dah jadi kelaziman setiap kali raya menjelma. Bagi budak-budak pun, bersalam semata-mata nak duit raya je.

Bila betul-betul terasa nak minta maaf? Masa kita betul-betul rasa menyesal atas perbuatan kita dan kita bersungguh-sungguh tak nak ulang semula. Bila nak minta maaf? Sudah semestinya bila-bila masa yang kita rasa sesuai. Lagi cepat lagi bagus sebab kita tak tahu sama ada kita akan hidup lagi esok dan hari-hari seterusnya.

Saya di sini nak minta maaf kepada sesiapa yang terasa selama saya berblogging. Maafkan saya ye?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, September 2, 2011

"PATUTLAH..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini terasa pelik. Dari pagi terasa macam kurang something. Saya bangun tidur. Mandi dan makan nasi dengan lauk ayam goreng 5 ketul. Hehehe. Suka ayam goreng.

Pastu, siap keluar bawa family yang terdiri daripada emak dan adik-adik saya pergi Maybank. Nak buat Loan ASB untuk adik dan emak. Siap yang tu pergi plak TM Point register streamyx sebab adik nak masuk streamyx.

Lepas tu, bertolak ke Sungai Petani untuk pergi rumah terbuka Mak Ndak saya. Baru lepas makan nasi tomato dengan 4 ketul ayam masak merah. Hehehe.

Baru perasan, saya langsung tak update blog saya hari ini. Hehehe. Sebab tu rasa macam tak kena je. Ini kira entry 1st saya untuk hari ni la. Sori ye?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, September 1, 2011

LAKSA...LAKSA...LAKSA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari Raya Pertama : Rumah Mak Teh = Laksa

Hari Raya Kedua : Rumah Mak Lang = Laksa

Hari Ketiga : Rumah Mak Ndak = Laksa

Muka saya pun dah macam laksa dah. Hahaha. Takpe, putih dan hensem. Hehehe.

Tapi laksa memang faveret saya. Hehehe. Siapa suka kat rumah dia ada laksa?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"SEKARANG RASA MUAK. NANTI DAH HABIS BARU NAK CARI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pagi-pagi saya dah bangun tidur terus ke dapur. Bekas yang isi kuih raya perisa coklat saya capai dengan rakusnya. Hehehe.

Dengan mendaki tangga ke atas sambil memjinjing bekas kuih raya tu. Sambil duduk-duduk di kerusi area ruang tamu, bekas dibuka dan kuih raya dimakan. Hehehe. Baru berapa ketul dah muak. Biasalah, bila benda dah banyak depan mata, memang muak. Tapi bila dah habis, baru berkelapar mencari. Ras teringin nak makan.

Macam tu la saya. Korang macam tu gak ke?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, August 31, 2011

"MAI... SALAM MAK UDA KALAU NAK DUIT RAYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini saya jalan-jalan rumah sebelah a.k.a. rumah emak dan bapa saudara saya. Disebabkan dari pagi tak makan nasi, saya makan soto dengan sup ayam tambah 3 kali.

Mak Tam : Sedap ye Naser? Tambah 3 kali dah

Saya : Sedap. Dari pagi tak makan nasi Mak Tam.

Saya jawab dengan suara serak saya. Hilang suara tiba-tiba. Memang saya dah sakit tekak sejak sebelum raya lagi. Tapi saya buat donno je. Pagi tadi makin teruk. Masih buat donno je. Hehehe.

Pastu, navigator saya a.k.a. emak saya ajak pergi rumah Mak Lang saya kat Sungai Duri. Saya layan je.

Sampai rumah Mak Lang saya, ternampak laksa. Saya cool dulu. Duduk jap. Pastu, dengan pantasnya saya menceduk laksa dan menjamah dan tambah 2 kali. Hehehe. Kuat makan saya kan?

Pastu masa nak balik, emak saya pun menjalankan tugas sebagai Menteri Kewangan.

"Mai... Salam Mak Uda kalau nak duit raya"

Pantas je budak-budak tu bersalaman dengan emak saya. Saya teringat masa saya kecil dulu. Macam tu la saya dan memang best dapat duit raya. Terkenang plak zaman kecil comel lote saya dulu. Hehehe.

Sesiapa nak bagi saya duit raya, meh. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

BAJU RAYA BARU KU... HEHEHE.

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Masa saya snap gambar kat atas tu, saya berada di rumah mak saudara saya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Minta tolong adik tangkapkan gambar. Hehehe.

Baju raya baru saya selepas 5 tahun tak tukar baju raya. Hehehe. Emak saya dah siap beli kain untuk tempah baju raya anak-anaknya. Saya pun dengan pantas bawa emak beli baju raya baru untuk dia. Kalau tak, dia akan busy dengan baju anak-anaknya sampai terlupa baju raya diri sendiri. Hehehe.

Rupanya niat emak saya sebab nak tangkap gambar keluarga. Dan berjaya. Tak siap lagi gambar. Kalau rajin, saya letak kat blog saya. Hehehe.

Tema tahun ni yang julung kalinya kami buat sedondong adalah coklat cerah. Hehehe.

Tema baju raya korang?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

PLAN HARI RAYA KEDUA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Macam mana mood raya korang? Terasa nak masuk bulan puasa balik ke? Hahaha. Yela. Makan tak henti-henti macam saya. Hari raya pertama saya makan tak henti-henti. Walaupun dah tahu perut saya kenyang, tapi tetap gak nak meratah makanan a.k.a. kuih raya yang ada di rumah saudara yang diterjah.

Hari ni, saya sebagai driver menanti arahan Navigator saya iaitu emak untuk memberi arahan ke mana hala tuju saya. Hehe. Takpela. Saya pun bukan nak pergi mana pun. Sekurang-kurang wajah emak saya gelak gembira pun dah cukup. Nanti dah kawin, kena bahagi sama rata dengan isteri saya kan? Nanti merajuk plak bakal isteri saya. Hehe. Takde calon lagi. Tak perlu fikir lagi.

So, plan hari raya kedua adalah belum ditentukan. Hehe. Menanti arahan Navigator saya.

Korang pergi mana hari raya kedua ni?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, August 30, 2011

BILA ADIK BERADIK BERTEMU...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang berada di rumah makcik di Tasek, Penang. Semua adik beradik emak dah berkumpul.

So, cerita hangat pun dibincangkan diselang seli gelak tawa. Memang best. Saya macam biasa. Menyakat dan layan gelak gak.

Bukan selalu adik beradik yang ramai untuk berkumpul macam ni? Semua busy dengan hidup dan kerjaya masing-masing.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

SESI ZIARAH MENZIARAHI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang ada kat rumah Mak Jang. Tadi pergi kedai gambar satu keluarga kami. Tahun lepas tak dapat buat sebab warna baju raya tak sama. So, tahun ni emak saya berharap sangat dapat buat. So, saya layan je la.

Hari ni sayalah driver bertauliah untuk bawa emak saya beraya ke rumah saudara mara yang dia nak pergi. Hehehe.

Korang pergi beraya mana-mana tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"MEH... SAPE NAK DUIT RAYA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah habis solat hari raya. Rumah pun dah penuh dengan anak-anak saudara saya. Datang beraya.

Pagi-pagi dah salam emak dan adik-adik sambil mohon kemaafan antara satu sama lain. Tak dilupakan duit raya untuk adik-adik termasuk emak saya macam tahun lepas. Hehehe.

Korang dah salam dan mohon maaf dengan emak dan ayah korang belum?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"DAH PACKING DUIT RAYA BELUM?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan blogger semua.

Tibalah sudah hari kemenangan. Hari raya hari ini. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Pagi-pagi bangun, emak saya tiba-tiba masuk bilik saya...

Emak : Duit raya untuk anak saudara dan budak-budak dah packing belum?

Saya : Belum lagi. Ada dalam beg tu.

Emak : Mana?

Saya terus bangun dan keluar duit not RM1 yang saya tukar di bank dalam RM100. Kemudian, saya keluarkan sampul raya.

Emak : Tak masukkan lagi dalam sampul? Meh mak buat.

Saya : Ok.

Dengan pantas emak saya duduk di ruang tamu dan proses pengisian duit raya dalam sampul. Saya menjadi pemerhati sambil memerhati saja. Hehehe.

Pagi tadi baru isi duit raya. Tahun lepas dan tahun ni saya yang bagi duit raya. Cuma emak saya tambah sikit-sikit je. Tahun ni saya bagi sorang je. Emak saya, saya kata tak payah bagi. Lgipun tahun ni, emak saya buat baju raya saya dengan 3 adik saya. Baju raya emak saya, saya dah beli. Dia beli warna coklat gak. So, sedondong la kami raya kali ini. Rancang nak tangkap gambar keluarga. Hehehe.

Korang bagi duit raya atau dapat duit raya?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, August 23, 2011

KENANGAN BERAYA DI KAMPUNG...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Teringat kenangan saya beraya di kampung masa kecil-kecil dulu. Adik beradik emak saya ada lebih kurang 16 orang. Cuba korang bayangkan kalau semua balik kampung dengan isteri dan anak-anak dorang? Memang riuh rendah rumah Arwah datuk saya dulu.

Arwah datuk saya dulu besarkan rumah semata-mata nak menampung anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu balik. Tambah sikit demi sikit. Arwah datuk saya pandai buat rumah. Disebabkan saya memang duduk kampung, sayalah selalu tolong Arwah datuk saya. Memang kenangan yang best.

Bila malam sebelum raya, gamatlah rumah Arwah datuk saya dengan cucu-cucu dia termasuklah saya. Seronok main dengan sepupu-sepupu yang jarang dapat jumpa. Pastu, kaum perempuan kat dapur tengah masak-masak. Lelaki plak tengah bertukang. Hahaha. Memang happening.

Sekarang ni dqh sunyi sebab datuk dan nenek saya dah meninggal dunia. Sunyi sikit sebab sepupu saya semua dah busy kerja dan jarang sangat jumpa.

Rindu kenangan masa tu. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

BERGEMA LAGU RAYA DI SETIAP MASA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Makin dekat nak raya, masih bergema lagu-lagu raya di mana-mana sahaja. Korang tune radio, lagu raya. Masuk shopping complex, lagu raya. Masuk pejabat kerajaan, lagu raya. Memang betul-betul mood raya dah ni.

Saya minat lagu raya yang lama-lama. Lagu raya yang baru ni tak lah best sangat macam lagu raya lama. Antaranya, Lagu 4U2C, M. Nasir dan lagu-lagu raya yang lama-lama. Tak ingat nama penyanyi. Hehehe. Suka dengar je.

Korang pun mesti dalam mood raya kan? Lagu raya apa korang minat?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 22, 2011

"WARNA APA? WARNA APA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada rakan blogger tanya saya, saya cat umah saya warna apa? Korang boleh sendiri kat dalam gambar atas tu.

Sejak rumah ni dibina, warna cat pertama yang saya cat adalah warna ni lah. Dah dekat lebih lebih 5 tahun tak pernah tukar warna cat. Maintain warna cat ni je.

Masa mula-mula saya cat dengan warna ni dulu, ada kisah lucu. Satu pagi atau petang, saya tak berapa ingat, emak bangun tidur dan keluar bilik. Bila terpandang dinding rumah yang baru dicat tu, tiba-tiba dia menjerit:

"Alamak. Rumah aku terbakar"

Lepas beberapa minit baru dia perasan itu warns cat. Masa emak saya cerita tu, saya gelak je. Saya nampak warna ni biasa je. Macam mana emak saya boleh nampak macam warna terbakar. Hehehe.

Korang nampak warna macam terbakar ke?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, August 20, 2011

BUSY NAK RAYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi masa mula-mula sampai kat Megamall Pacific, ramai manusia sedang membeli belah. Ada yang sedang beli baju raya. Ada yang beli barang nak kuih raya.

Nak parking pun susah. Lagi dekat nak raya, lagi ramai kan?

Betul tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

LANGSIR DI NAGOYA...

Assalamulaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pencarian langsir di Nagoya oleh emak saya. Hehe. Semangat nak raya betul. Saya je tak pandai nak pilih. Memang dari dulu saya fail benda-benda ni. Hahaha.

So, untuk perkara macam ni, say serahkan kepada emak saya untuk buat keputusan. Hehehe.

Rumah korang tukar langsir baru tak? Warna apa?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, August 10, 2011

"SERONOK SAMBUT HARI RAYA MASA KECIL KAN?"


MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah rehat-rehat sekarang, teringat sambut raya masa kecil-kecil dulu. Bila nak dekat raya je, semua duduk depan TV tunggu pengumuman Hari Raya. Harapan masa tu esok raya sebab tak sanggup nak puasa dah. Hehehe. Biasalah. Kecil lagi masa tu. Bila diumumkan esok raya je, melompatlah kegirangan saya dan adik beradik saya. Kalau esok tak raya, lompat gak, tapi lompat keseksaan sebab kena puasa sehari lagi. Hahaha.

Pagi raya, bangun je terus mandi. Sebab nak pakai baju raya baru. Pastu, makan sikit dan minta ampun kat emak. Dapatlah duit raya emak bagi. Pastu makan sikit sebelum pergi Solat Hari Raya Aidilfitri. Kat surau, habis solat, masa nak salam-salam, dapat lagi duit raya. Seronok sangat.

Pastu, pergi beraya dengan bapa dan mak saudara. Dapat lagi duit raya. Keluarga emak saya ada 16 orang adik beradik. So, ramai la bapa saudara dan emak saudara kena salam. Tak dilupakan gak nenek dan datuk saya tercinta.

Habis je beraya dengan bapa saudara dan emak saudara, macam biasalah, beraya satu kampung, kampung sebelah dan kampung sebelah sebelah. Masa tu RM0.50 tu paling banyak la. Sekarang ni budak dah tak pandang RM0.50. Paling cikai pun RM2. Itu pun dorang kata sikit. Duit raya adalah sumbangan yang sudi diberikan. Bukan ada penetapan setiap tahun kena bagi minimum RM2 dan maksimum tak terhad. Gila eh? Hehe.

Sekarang saya yang kena keluarkan duit raya. Baru padan muka sebab dulu komplen banyak sangat.

Korang takde pengalaman macam saya ke? Ce buat satu entry cite?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka