KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, July 28, 2011

RAMADHAN DATANG LAGI...

MENARIK:

GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!


Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bulan Ramadhan atau bulan puasa datang lagi. Lepas puasa, raya. Hehe.. Biasalah. Ingat raya je. Puasa tak plak. Bila Bulan Ramadhan ni datang, akan muncullah pelbagai jenis juadah berbuka puasa. Saya rasa semua tempat pun akan berlaku perkara yang sama. Masa ini, Bazaar Ramadhan akan penuh dengan orang yang nak membeli juadah berbuka puasa idaman kalbu masing-masing.

Saya pernah bekerja dengan bapa saudara saya. Saya tolong dia berniaga kuih muih di pasar ramadhan Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang. Masa kecil lagi. Rasanya baru Darjah 6. Saja nak cari duit poket. So, kerja saya adalah menghalau lalat dan memberi beg plastik pada orang yang datang beli. Bab kira duit, saya serahkan kepada Bapa Saudara saya je la. Saya panggil dia Pak Tam sebab dia adik kepada emak saya.

Memang best berniaga di situ. Macam-macam jenis orang saya tengok. Tapi lagi best masa berbuka nanti. Kuih muih yang kami jual memang selalunya habis. Kalau tak pun, tinggal skit dan kami sedekah pada peniaga di sebelah. Pastu, peniaga sebelah akan bagi apa yang dia jual. Macam-macam saya makan untuk berbuka puasa saya. 

Gaji saya masa tu? Saya pun dah tak ingat tapi best. Sebab dapat pengalaman baru. Cuma masa tu penat sangat sebab budak-budak la kan? Korang ada pengalaman tak berniaga kat Pasar Ramadhan?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

3 comments:

  1. kakak dulu, lepas spm, tolong saudara niaga kat bazar Ramadhan, memang best, nak2 masa awal puasa, sesak orang datang

    ReplyDelete
  2. penah tolong kawan bniaga jual kad raya,songkok,kuih raya kat gerai di bandar masa tunggu result spm.best!setengah bulan jer sebab kantoi ngan bapak. bapak x suruh!haihhhh

    ReplyDelete