KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, July 2, 2011

REZEKI YANG DICARI...

Salam sejahtera dan selamat pagi rakan-rakan blogger semua.

Pagi ini emak minta saya hantar dia ke tempat keje. Emak saya keje di kilang baju. Saya lepak jap kat luar kawasan kilang. Saja nak rehat dan cari idea untuk entry pagi ni.

Tengah lepak-lepak ni, saya ternampak seorang berniaga nasi lemak depan kawasan kilang emak saya keje. Terfikir saya, pelbagai cara orang cari rezeki. Berniaga, kerja kilang, kerja bengkel, buka syarikat dan macam-macam lagi.

Semua orang cari rezeki tak kira secara betul atau salah. Yang penting, dapat diisi, hutang dapat dibayar, keinginan dapat dipuaskan dan lain-lain.

Bila tengok kesusahan emak bekerja untk besarkan 4 orang anaknya, saya rasa bersyukur sebab rezeki kami murah. Saya dapat belajar dam membesar dengan baik ni disebabkan oleh susah payah emak saya. Saya tak boleh lupa.

Mari kita sama-sama cari rezeki halal. Kepada yang masih belajar, fokus dan capai result yang boleh dapat keje yang baik. Bagi parent korang berbangga dengan dorang dan jangan sesekali lupakan jasa dorang membesarkan korang.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

3 comments:

  1. rezeki akan berterusan datang..kalau sumbernya halal.,

    ReplyDelete
  2. kerja adalah ibadah...selain dapat rezeki kita dapat pahala juga :)

    ReplyDelete