KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, July 28, 2011

KISAH BENAR SAYA : MINUM MINYAK TANAH...

MENARIK:

GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!



Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semua orang tengah busy sembang tentang Perlawanan Bola Sepak antara Harimau Malaya dengan Singa. Mesti peminat bola sepak akan turun ramai-ramai ke Stadium Bukit Jalil untuk menyorak Pasukan kita. Saya tak turun sana. Takde bajet dan jauh sangat. Lagipun mesti traffic sesak.

Ini memang kisah benar. Masa kisah berlaku adalah semasa saya kecil dulu di Flat Dato Keramat Kuala Lumpur. Saya lahir di Hospital Kuala Lumpur. So, pernah tinggal di Kuala Lumpur jap.

Masa tu saya balik lepas main apa ntah, saya tak ingat. Saya masa tu masuk je rumah dan terus dapur. Haus betul masa tu. Saya ternampak satu botol putih atas dapur. Tanpa fikir panjang terus saya capai dan teguk.

Dah dekat setengah botol saya teguk, emak saya masuk ke dapur. Nampak je saya tengah menonggang botol putih tu dengan rakusnya, emak terus menjerit jangan minum. Itu bukan air, itu minyak tanah. Saya stop minum dan emak saya terus angkat saya. Dia pegang saya ke atas dan kepala saya ke bawah minta saya muntahkan. Terasa lawak lak bila teringat masa tu. Cuma lepas emak saya angkat kepala saya ke bawah tu, saya dah tak ingat apa-apa. Saya langsung apa jadi leas tu sama ada saya kena masuk hospital ke tak. Malas nak tanya emak saya.

Orang ada tanya apa rasa minyak tanah tu. Saya cakap rasa biasa je. Yelah. Masa tu kan saya tengah haus gila. Hehe... Mungkin sebab saya macam tak betul sikit. Hahaha... Korang ada pengalaman macam saya tak? Hehehe...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

10 comments:

  1. dtg follow blog awak. salam perkenalan dari saya.

    ReplyDelete
  2. hahah. Sedap tuh. hee. Nice entry. :)

    ReplyDelete
  3. hahahaaa...budak2 memang mcm tu..main bedal saja kan?

    abby ada pengalaman jugak.Tapi takmo lah crita.Kalau ingat peristiwa tu geli2 sendiri...:P
    hahaha

    ReplyDelete
  4. Assalam...
    Nasib baik hidup lg kan???
    Saya sekadar pernah minum air garam je...

    ReplyDelete
  5. minyak tanah? omg. tak de la pulak. takde kesan sampingan ke?

    ReplyDelete
  6. pergh..minyak tanah?
    hahaha
    kalo pengalaman mcm gitu..kene recall lama2 sbb shida ni pelupa skit...ho3~~~

    ReplyDelete
  7. mak ai... minyk tu kan pekat...errr..cmne leh telan..

    ReplyDelete
  8. hahhahah... selamat tak jadi apa2... adoi... bahaya betul... :) saya x pasti la ada tak kenangan macam tu.. tapi rasanya x kot...hhuhuhu...

    ReplyDelete
  9. ishhh...boleh cm tue...seb bek xjd pa2...

    ReplyDelete
  10. haha dahsyat gila. boleh bakar tak ni? ;p

    ReplyDelete