KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, July 30, 2011

"WAH... BESARNYA RODA TU"

MENARIK:


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam masa drive balik rumah lepas pergi Batu Feringghi, ternampak ada Funfair dekat Bukit Tambun, Penang. Betul-betul mengadap tempat saya keluar tol. Nak snap pic tapi tak boleh sebab ada kat kereta belakang.

Teringat masa saya kecil. Saya ni memang gayat sikit. Masa tu, famili saya pergi satu Funfair kat depan flat kami di Dato Keramat, Kuala Lumpur. Masa masuk tu saya ternampak satu roda yang sangat besar. Saya teruja tapi takut nak naik. Tapi ayah saya bawa naik gak. Saya duduk senyap je. Kaku.

Masa roda tu bawa saya naik, saya tak berani bergerak. Tak berani nak tengok bawah. Keras je. Parent saya senyum je masa tu. Memang kecil lagi masa tu. Rasanya saya baru masuk tadika.

Mula-mula memang saya takut. Lama-lama rasa seronok plak. Boleh tukar-tukar tempat duduk. Haha... Memori ni saya tiba-tiba teringat. Walaupun saya kecil masa tu, sesetengah perkara saya dapat ingat dengan jelas. Korang suka pergi Funfair tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

3 comments:

  1. hhu. Funfair mmg best. hee. Gayat juga. huhu.

    Jom tolong support saya kat Facebook. Like tau. :)

    www.facebook.com/umedianetwork

    ReplyDelete
  2. kakak pernah sekali naik roller coster, ya Allah...cukuplah sekali, serik

    ReplyDelete
  3. penah p naik apa tah org panggil..yg kepala kt bawah kaki kt ats tue....yg pusing tue...gila2 mnjerit...serius tkut gila....lepas tue mmg xp dh funfair..

    ReplyDelete