KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, July 14, 2011

JATUH DAN BANGUN ...

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah jatuh tak? Bukan jatuh yang korang jatuh tersembam termakan baja organik tu. Tapi, dalam kehidupan korang. Dalam kehidupan korang, pernahkah korang jatuh disebabkan sesuatu?

Dalam kehidupan ni, memang ada masa kita akan jatuh.  Nak jatuh tu agak senang tapi nak bangun semula adalah susah. Saya pernah jatuh dan ambil masa yang lama untuk bangun semula. Memang lama saya ambil masa untuk kuatkan hati saya dan terus bangun. Takkanlah sampai bila-bila pun saya nak terbaring kat situ? Hidup mesti diteruskan.

Banyak sebab yang boleh menjatuhkan kita. Antaranya, Cinta, Kehilangan Orang Yang Kita Sayang seperti Ibu dan Bapa, Keputusan Exam dan macam-macam lagi. Saya rasa korang yang ada pengalaman, mesti tahu dan boleh listkan sendiri.

Tapi, melalui proses jatuh dan bangun semula inilah korang akan semakin matang. Jangan sesekali salahkan takdir sebab segala yang berlaku ada hikmahnya.  Saya pernah bekerja dengan seseorang selama 12 jam sehari dan bayaran yang saya dapat hanyalah RM4. Bila saya fikirkan balik, memang saya marah. Tapi, disebabkan itulah saya ada pengalaman berkenaan kerja tu. So, apa yang dia buat pada saya, ada hikmah di sebaliknya.

Kalau korang jatuh, korang masih ada orang lain di sisi korang untuk bantu korang bangun. Tak kiralah, ibu, bapa, kawan, datuk, nenek, mak saudara, bapa saudara dan seterus-terusnya. Dorang akan bantu korang tapi orang yang paling boleh bantu korang adalah diri korang sendiri. Kalau korang tak buka hati korang untuk benarkan dorang bantu korang, dorang tak dapat bantu korang.

Betul tak? semuanya bermula dari korang sendiri. Saya faham perasaan bila kita jatuh dalam kehidupan kita dan saya juga faham macam mana nak bangun menghadapi hari mendatang. Setiap orang perlukan masa yang berbeza untuk bangun. Tapi, bagi saya, lambat atau cepat, yang pastinya, korang kena bangun juga.

Ini cuma pendapat saya. Kalau ada yang tidak setuju, boleh kongsi. Setiap orang ada pendapat yang berbeza.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

11 comments:

  1. sokong bang nasz... MB pulak paling rase jatuh bile kptusn upsr tak bagus huhu.. pas tu tros azam dapat 9A .alhamdulillah dapat..

    ReplyDelete
  2. jatuh tu la titik untuk kita bangun semula :)

    dah tengok awek aku pontianak?
    http://eleventx.blogspot.com/2011/07/movie-review-tolong-awek-aku-puntianak.html

    ReplyDelete
  3. sokong sangat2... bila kita jatuh kita kena bangun... tanpa kekuatan dari kita.. x der sesapa dapat membantu.. tapi bila kita dah bangun, kita jangan lupakan org yang pernah membantu kita.. walau secubit bantuan.. janganlah mendabik dada mengatakan kita bangun dengan kekuatan sendiri.. tanpa bantuan org disekeliling mana mungkin kita mampu untuk kembali bangun mengharungi kehidupan...hanya Allah bersifat sempurna... :) nice header

    ReplyDelete
  4. Betul tu,
    Setiap orang pernah merasai jatuh dan bangun , cuma cara jatuh dan bangun dan masa melaluinya berbeza bagi setiap orang.

    ReplyDelete
  5. bila kita jtuh dan kita bgn balik.. kita sbnrnya akn jd mkin kuat sebab kita pernh kecewa da akan lebih mnghargai kejayaan

    ReplyDelete
  6. kakak pun pernah jatuh, yang memang menyakitkan, tapi kakak tak mahu, ditengelami kekecewaan, kakak bangkit di sokongan keluarga, dan yg paling penting, betul cakap Nasz, diri sendiri

    ReplyDelete
  7. oopsss...lupa, header baru tuuu...nice, simple

    ReplyDelete
  8. kan best kalau tanpa perlu jatuh, kita boleh jadi matang...

    precoution..

    ReplyDelete
  9. yupp!! betul tu..sepanjang kehidupan banyak suka duka yg kita tempuhi..jatuh bangun adalah lumrah kehidupan, dan pengalaman itulah yg mengajar kita erti sebuah kehidupan...nice la header baru tu..:)

    ReplyDelete
  10. btul tue...kdg2 semua tue akan jd pengajaran ...

    kena kuat semangat....

    ReplyDelete