KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, July 6, 2011

PERLI MEMERLI ...

Credit Google

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Korang pernah kena perli dengan orang lain tak? Apa korang rasa tu? Mesti korang rasa nak penampar je orang tu kan? Kalau tak, saya yang rasa. Huhu... Tapi, perli memerli ni dah jadi darah daging dalam masyarakat.  Disebabkan perasaan sombong dan bangga diri, kita perli orang yang kurang daripada kita.  Masa tu kita rasa kitalah paling besar dan paling bagus.

Tapi, bila kena kat batang hidung kita sendiri, apa akan kita rasa ye? Mesti kita akan rasa macam mana orang yang kita perli rasa.  So, padan muka kita la. Huhu... Buat apa nak perli orang lain kalau diri sendiri pun belum cukup ilmu lagi.  Cuba kita fikir, kalau semua orang saling perli memerli, semua saling bertikam lidah, semua orang saling berusaha menjatuhkan orang lain, apa akan berlaku seterusnya?  Ini yang pasti, masyarakat akan hilang rasa percaya antara satu sama lain dan perpecahan akan berlaku.

So, daripada kita saling perli memerli, kalau tak puas hati, cuba jumpa orang tu dan beritahu dia secara baik.  Memang kadang-kadang dia takkan boleh terima, tapi kita dah jalankan tanggungjawab kita untuk beritahu dia. Dia nak terima atau tidak, itu keputusan dia.

Ini cuma pendapat saya. Kalau korang ada pendapat lain, jemput kongsi k?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

13 comments:

  1. erm...mmg buat pns telinga je kalau kena perli tepat punya..

    thanks singgah ye...da follow sini^^

    ReplyDelete
  2. betul!perli memang menyakitkan hati.tapi kekadang kita xboleh nak berterus terang suma perkara.ada menda yang kita kena perli jugak,tp perli cra baik.maksudnya,gunakan ayat kiasan..mungkin itu teguran untuknya :)

    ReplyDelete
  3. yang penting perli ni memang tak elok .. tak baik tonjolkan aib orang ..

    tp untuk dengan rakan2, aktiviti ini merapatkan persahabatan .. jadi tgk laa versi perli macam mana

    ReplyDelete
  4. Haaa~~ betol! yg nih cp stuju sgt2.. kdg2 cara perli nih ada mcm2, tp bila seseorang tuh dah terasa diperli, mknanya memang kta sgja nak perli dia la kan??? cp heran ngan org mcm nih..dia anggap semua pndpt dia betol n perli org yg masih stahun jagung yg tak tau pape nih.~~~ huhu~~~ dunia dunia~~~tolong cp bole? :)Bah, tolong dulu komen Entri ni Bah..:)
    thanks!:]

    ReplyDelete
  5. balas kunjungan & follow blog ni..

    xbaik la perli2 ni...nanti jd gaduh..

    ReplyDelete
  6. salam. singgah pagi kat sini. uik, memang panas gak telinga kalau kena sindir ni.

    ReplyDelete
  7. kadang2 memperli tu sebagai satu cara melepaskan rasa sakit hati diri sendiri ...

    ReplyDelete
  8. perli memerli amalan setanirajimmmm...hehe

    ReplyDelete
  9. chill bro, perangai manusia mmg tak penah nk puas hati dgn org lain..perasaan dengki byk sgt.. huhuhu..

    ReplyDelete
  10. perli2 ni biasa ja...kalau perli suka2 okla...tapi kalau perli yg menyakitkan hati mmg tension...rasa mcm nak cili je mulut yg memerli time tu...

    ReplyDelete
  11. paling x suka dgn org suka perli memerli nih. kalau x suka, berterus terang lebih baik. mengelak salah faham & mengelak pihak lain ambil kesempatan..

    ReplyDelete
  12. pernah juga kena...tapi dalam bentuk gurauan dan boleh diterima..kalu perli macam nak cari gado..memang kena smash balik la..hehe

    ReplyDelete
  13. face to face itu lebih baik ..
    menunjukkan kita orag yg berani ..
    setakat perli merli ckp belakang tu pengecut .. huhu

    ReplyDelete