KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, July 13, 2011

IRI HATI...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dalam dunia ada macam-macam jenis orang. Tapi kali ini saya cuma cerita mengikut skop pendapat saya. Orang yang suka iri hati dengan dengan kejayaan orang lain. Kenapa dorang nak iri hati sangat-sangat dengan kejayaan orang lain? Kalau orang tu layak, kita patut jadikan kejayaan dia sebagai matlamat kita. Sebagai daya penolak dan pendorong kita.

Saya mengaku pernah iri hati dengan orang tapi bila saya iri hati sekarang, saya akan cuba ubah perasaan iri hati kepada neutral. Camne saya buat? Saya beristifar. Rasa iri hati hilang. Tapi, biasalah, sebagai manusia, saya tak lari dari kesalahan.

Iri hati ni kalau dilayan, memang boleh menyebabkan dengki. Bila dah dengki, kita akan cari salah dan cuba memburukkan dia. So, orang tu akan malu dan maruahnya dijatuhkan. Apa kita dapat? Musuh. Ada pepatah mengatakan, "biar dapat seribu kawan, daripada seorang musuh". Rasanya bunyinya lebih kurang macam tu.

So, jom kita buangkan perasaan iri hati pada kejayaan orang lain jauh-jauh. Boleh tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

7 comments:

  1. kalau iri hati yg positif takpe.. jangan iri hati yg negatif sampai santau santau, dah la.. ;)

    kadang kadang, iri hati yang positif perlu untuk majukan diri :D

    ReplyDelete
  2. yup btl ckp Miss Jannah. iri hati positif tkpe. aye pon pnh iri hati pd member tapi iri hati dgn pencapaian dia. dan n usaha mencapai ap yg dicapai.. dan Alhamdulillah. aye satu level dgn dia. syukur. =)

    ReplyDelete
  3. jauhi sifat iri hati yang boleh membawa kepada perkara jahat. amin..

    ReplyDelete
  4. kalau dlm hati kita ada perasaan buruk, sebenarnya kita sendiri pun tak tenangkan?

    ReplyDelete
  5. iri hati takpe tp jgn dengki... betul apa yg bro buat tu... tukarkan kpd positif...

    Norhisham Nordin : Jom Singgah Blog Saya

    ReplyDelete
  6. w'salam..
    yup. kena ada niat dan keazaman yang tinggi. bukan mudah nak buang. tapi usaha,..kan =)
    lebih kepada aspek pembangunan sahsiah. lebih baik

    ;)



    by : http://fadzli-rt.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. awe tak pasti pula ada yang pernah iri hati atau tak pada awe..

    ReplyDelete