KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, July 15, 2011

"ENGKAU INGAT ENGKAU BAGUS SANGAT KE?"

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya hanyalah seorang manusia biasa. Saya tak pernah anggap diri saya ni bagus. Mungkin ada masa saya secara tak sengaja merasa bangga dengan pencapaian saya. Masa tu agak lupa tapi kalau tiba-tiba teringat, saya beristifar supaya sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Saya sedar yang saya pun bukan bagus mana. Cuma saya cuba sebagus yang mungkin untuk menjadi bagus.

Tak perlulah nak menulis ayat sinis berpersiskan cemburu. Tak ada apa yang nak dicemburukan. Saya bukan feymes pun. Cukuplah ada pembaca yang sudi membaca blog saya. Kalau dorang nak screen shot dan bagi link ke blog saya lagi saya suka. Saya pun akan cuba bagi hidangan bacaan yang santai dan kadang-kadang boleh mengubat hati yang terluka. Kalau saya ada sekelumit pengetahuan yang boleh dikongsi, saya pasti kongsikan.

Saya tak bagus pun. Gaya penulisan saya pun masih mentah. Tapi saya bangga dengan hasilnya. Sebab ada sesetengah orang, lebih bercakap daripada melaksanakan. Setakat bercakap saja, mengkomplen dan mengondem orang lain, semua orang boleh buat, tapi melaksanakan perubahan, tak semua orang boleh dan terima.

So, kepada awak yang baca entry ni, terima kasih kerana sudi memberi idea untuk saya terus menulis.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

14 comments:

  1. konklusi tu menarik tu... memberi idea utk menulis... huhu... harap2 dia terasa yek... hehe...

    ReplyDelete
  2. awat ni? ada org dengki awak eh? sabarlah eh..

    ReplyDelete
  3. bwtul bos gua sokong ayat lu tu...

    ReplyDelete
  4. teruskan menulis....itu je.takyah lah pikir menda2 lain k.:)

    ReplyDelete
  5. Never hate people who are jealous of you,but respect their jealousy.They are the ones who think that you are better than them...

    YES..IT IS BECOZ U R BETTER THAN THEM...keep up bro!

    ReplyDelete
  6. sekiranya ada insan menyuarakan itu pada anda, percayalah anda adalah bagus di matanya.. itu adalah luahan ketidakpuasan hati..

    ReplyDelete
  7. blog kita hak kita so nak tulis apa tulislah tapi jangan salah undang2 negara & islam udah...x gitu...hehehehhe

    ReplyDelete
  8. rasanya ni 1st time kot eqa komen kt sini.. hehehe..

    org yg suka komplem mengondem ni, jenis yg jeles dgn kejayaan org lain la tu..

    ReplyDelete
  9. Abg Nasz jangan layankan orang macam tu okay? jannah pon dah pernah kena.. orang ni macam macam perangainya.. sikit sikit nak melenting, nak terasa bagai.. pedulik la dia nak cakap apa..

    tak hidup dek puji, tak mati dek keji okay? :D

    ReplyDelete
  10. sabar yer abg nasz.. dalm 10 kdng2 x semua bersetuju ngn kita.. tapi sekurang2nya masih ada 9 yg menyokong kita..:) smile...

    ReplyDelete
  11. err..ni org yg x suke screen shot tu ke...? btw, sabar yek bang nasz. biase lah kalau dah takde budi bhase.

    ReplyDelete
  12. selagi kita rasa kita tak salah menulis sesuatu , teruskan aje . kita semua masih belajar . hebat macamana pun seseorang tu , dia masih sedang belajar ..

    ReplyDelete