Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, July 10, 2011

MASIH LAGI DI MCD... BLOGWALKING JAP..

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya masih di sini. Di McD Teluk Intan. Buat apa kat sini. Masih lagi menggunakan wifi untuk berblogwalking. Hehe...

Blogwalking sambil baca entry-entry rakan blogger lain buatkan masa yang berlalu tidak terasa. Sebenarnya banyak blogger-blogger sangat berbakat dalam penulisan. Dorang mempunyai idea sendiri dan entry yang ditulis daripada hati dorang sendiri.

Saya cuma agak kurang berminat baca entry yang dicopy paste antaranya berita semasa. Ini saya k? Jangan terasa hati plak sampai nak boikot saya. Mungkin blogger lain suka, tapi tidak saya.

Saya lebih prefer untuk baca entry yang ditulis dan diolah menggunakan ayat sendiri. Sebab apa? Sebab setiap blogger ada cara penulisan yang berbeza. So, bila saya baca banyak blog sebegini, saya rasa seronok sebab tak sama. Kalau korang blogwalking ke semua blog yang cara penulisan sama je, korang boring tak?

Comtoh terbaik adalah Blog Abang Ben yang menampilkan cara penulisan dia sendiri. So, saya suka terjah blog dia bukan sebab dia feymes or hensem (hensem ke?..hehe..jangan marah Abang Ben..), saya terjah blog dia sebab cara penulisannya yang melambangkan diri dia sendiri dan ringkas tapi padat.

Saya bukan nak cari salah orang lain. Cuma melontarkan kehendak dan pandangan saya. Jangan benci dan santau saya k?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

2 comments: