Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label minyak tanah. Show all posts
Showing posts with label minyak tanah. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

KISAH BENAR SAYA : MINUM MINYAK TANAH...

MENARIK:

GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!



Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semua orang tengah busy sembang tentang Perlawanan Bola Sepak antara Harimau Malaya dengan Singa. Mesti peminat bola sepak akan turun ramai-ramai ke Stadium Bukit Jalil untuk menyorak Pasukan kita. Saya tak turun sana. Takde bajet dan jauh sangat. Lagipun mesti traffic sesak.

Ini memang kisah benar. Masa kisah berlaku adalah semasa saya kecil dulu di Flat Dato Keramat Kuala Lumpur. Saya lahir di Hospital Kuala Lumpur. So, pernah tinggal di Kuala Lumpur jap.

Masa tu saya balik lepas main apa ntah, saya tak ingat. Saya masa tu masuk je rumah dan terus dapur. Haus betul masa tu. Saya ternampak satu botol putih atas dapur. Tanpa fikir panjang terus saya capai dan teguk.

Dah dekat setengah botol saya teguk, emak saya masuk ke dapur. Nampak je saya tengah menonggang botol putih tu dengan rakusnya, emak terus menjerit jangan minum. Itu bukan air, itu minyak tanah. Saya stop minum dan emak saya terus angkat saya. Dia pegang saya ke atas dan kepala saya ke bawah minta saya muntahkan. Terasa lawak lak bila teringat masa tu. Cuma lepas emak saya angkat kepala saya ke bawah tu, saya dah tak ingat apa-apa. Saya langsung apa jadi leas tu sama ada saya kena masuk hospital ke tak. Malas nak tanya emak saya.

Orang ada tanya apa rasa minyak tanah tu. Saya cakap rasa biasa je. Yelah. Masa tu kan saya tengah haus gila. Hehe... Mungkin sebab saya macam tak betul sikit. Hahaha... Korang ada pengalaman macam saya tak? Hehehe...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka