Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label sebab. Show all posts
Showing posts with label sebab. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

MUKA HANCUR DITETAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


"BATU GAJAH: Muka seorang pekerja hotel hancur akibat ditetak bertalu-talu oleh sekumpulan tiga samseng bersenjata parang sebelum mengheret mangsa berusia 20 tahun itu ke dalam kereta dan sejam kemudian, dia ditemui dicampak di tepi jalan berhampiran Kawasan Perindustrian Batu Gajah Perdana, di sini, kelmarin.
Mangsa, R Ganesan, 20, yang ditetak lebih 10 kali di muka dan kepala menggunakan parang oleh kumpulan penjenayah dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap berbahaya di daerah ini, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah (HBG), tengah malam kelmarin.
Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sasikumar, 20-an, berkata kira-kira jam 11 malam kelmarin, dia dan Ganesan serta dua lagi rakan berbual di depan rumahnya di Menglembu, di sini, apabila tiga lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba muncul dan menyerang mereka.

“Serangan itu menyebabkan dua rakan kami cedera akibat dilibas parang. Saya sempat melihat tiga lelaki itu menetak Ganesan dengan teruk terutama di kepala dan muka menyebabkan rakan saya itu rebah bermandi darah.

“Ganesan tidak mampu berbuat apa-apa atau lari menyelamatkan diri kerana kaki kanannya cedera akibat kemalangan dua minggu lalu,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik HBG di sini, semalam."
- myMetro


Takkan kena tetak tanpa sebab? Mesti ada sebab dia kena tetak tapi tak diberitahu. Korang rasa apa sebabnya?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 22, 2011

"BAIK ENGKAU CARI BINI CEPAT. MAKAN MINUM ENGKAU TERJAGA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

"Baik engkau cepat cari bini. Makan minum engkau ada orang jaga"

Soalan itu banyak kali kawan-kawan saya tanya. Cuma bukan saya tak nak tapi tak sampai hati. Kepada korang yang selalu baca blog saya, korang akan perasan saya tak jarang mention tentang ayah saya.

Actually, parent saya bercerai dan ayah saya tak bagi nafkah pada emak saya. Tapi saya tak nak burukkan dia sebab seburuk mana pun dia, dia tetap ayah saya. Saya memang berazam tak nak jadi macam dia.

Kenapa saya kata tak sampai hati nak kawin? Sebab kalau saya kawin, saya risau saya akan kurang ada masa untuk emak saya. Nak harapkan adik-adik saya, memang tak boleh sebab jarang ada kat rumah. Busy kerja je. Mungkin korang akan cakap saya ni anak emak. Saya tak kisah sebab saya seorang je merasa macam mana emak saya bekerja untuk sara kami 4 beradik.

Disebabkan saya anak sulung, sebahagian keputusan terletak di bahu saya. Sejak kecil lagi saya terpaksa belajar buat keputusan. Memang kadang-kadang saya termeletup gak. Hahaha.

Sebab tu la kalau emak saya teringin apa-apa, saya akan cuba dapatkan. Sebab segala jasanya dulu memang saya langsung tak dapat balas.

Korang jangan palingkan muka korang dari emak korang k? Jasanya sangat besar dan tak mampu dibalas oleh korang.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 28, 2011

CEMBURU...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya yakin semua orang ada perasaan cemburu. Kalau seseorang tu takde perasaan cemburu tu, maknanya dia masalah. Dicadangkan berjumpa denga doktor pakar psikologi.

Kadang- kadang cuba sembunyikan perasaan cemburu kita tu. Sebabnya? Bergantung setiap individu dan situasi. Kita kena faham, setiap situasi yang berbeza akan menghasilkan sebab yang berbeza.

Ada juga yang jenis suka menunjukkan perasaan cemburu. Cemburu yang sederhana rasanya bagi sesetengah orang, tak mengapa tapi kalau cemburu yang terlampau, boleh merimaskan orang lain.

Cemburu ni timbul disebabkan pelbagai faktor. Antaranya sebab terlalu sayang pada seseorang, kurang rasa percaya pada seseorang, tidak puas dengan kejayaan seseorang, dengki dan macam-macam lagi.

Bukan tak boleh cemburu tapi berpada-padalah. Cemburu supaya kita dapat meningkatkan kebolehan kita. Cemburu supaya kita akan berusaha dengan lebih gigih lagi. Cemburu yang ke arah positif. Pasti kita yang untung. Kan?

Korang tak setuju ke? Huhu...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka