Follower korang ada banyak? Follower yang banyak antara tool atau cara nak tunjukkan kepada orang lain yang blog korang ramai orang follow. Blog saya pun ada follower biasa-biasa je. Pelan-pelan saya akan tingkatkan follower saya dengan hasil penulisan saya.
Antara banyak-banyak follower korang tu, korang rasa ada berapa banyak reader korang? Korang boleh teka? Dalam 1,000 follower mungkin ada 500 reader atau 300 reader atau 50 reader atau 9 reader atau tak ada langsung reader. Reader ini antara orang mungkin akan komen entry korang. Ada gak reader yang cuma baca tapi tak komen.
Follower ini ada macam-macam jenis. Antaranya yang paling popular adalah 'I follow You, You follow Me Back'. Ada gak buat segmen untuk tingkatkan follower. Tapi korang rasa follower yang korang dapat dengan ini akan jadi reader blog korang? Mungkin tak semua tapi insya Allah. Bergantung kepada cara penulisan korang.
Tapi kalau korang berjaya mendapatkan reader, insya Allah sudah pasti reader korang tu akan baca entry korang. Dan akan ada reader yang tinggalkan komen kat entry yang korang tulis tu.
Kalau korang tanya saya mana yang saya nak lebih, saya dua-dua lebih. Lebih follower dan lebih reader. Hehehe.
Korang pula?
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka