KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, June 28, 2011

CEMBURU...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya yakin semua orang ada perasaan cemburu. Kalau seseorang tu takde perasaan cemburu tu, maknanya dia masalah. Dicadangkan berjumpa denga doktor pakar psikologi.

Kadang- kadang cuba sembunyikan perasaan cemburu kita tu. Sebabnya? Bergantung setiap individu dan situasi. Kita kena faham, setiap situasi yang berbeza akan menghasilkan sebab yang berbeza.

Ada juga yang jenis suka menunjukkan perasaan cemburu. Cemburu yang sederhana rasanya bagi sesetengah orang, tak mengapa tapi kalau cemburu yang terlampau, boleh merimaskan orang lain.

Cemburu ni timbul disebabkan pelbagai faktor. Antaranya sebab terlalu sayang pada seseorang, kurang rasa percaya pada seseorang, tidak puas dengan kejayaan seseorang, dengki dan macam-macam lagi.

Bukan tak boleh cemburu tapi berpada-padalah. Cemburu supaya kita dapat meningkatkan kebolehan kita. Cemburu supaya kita akan berusaha dengan lebih gigih lagi. Cemburu yang ke arah positif. Pasti kita yang untung. Kan?

Korang tak setuju ke? Huhu...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

10 comments:

  1. kalo cemburu buta, pun susah gak... rimas bro...

    ReplyDelete
  2. kalau cemburu bukan dapat apa2 pun..tak suka orang camtu...lebih2 org yg suker kemiskinan kiter...hehee

    ReplyDelete
  3. betul..biar kita kawal cmburu,jgn cmburu kwl kita..

    ReplyDelete
  4. hehe.. stand la cemburu nih...
    tu tandanya syg

    ReplyDelete
  5. betul juga....tapi kakak tambah sikit ok, kalau yg dah kawin, cemburu biar bertempat, beri sedikit ruang kebebasan untuk suami @ isteri dalam pergaulan

    ReplyDelete
  6. <----- sgt alergik pd org2 yg kuat cemburu.:)
    singgah blog abby...=.=! kekeke

    ReplyDelete
  7. Urm .. sangat setuju !! hehehee

    ReplyDelete
  8. oh..azie memang kuat cemburu -.-

    btw azie datang senyum dekat sini pulak =D

    ReplyDelete