Tadi saya layan satu pelanggan dengan anak-anaknya. Tengah sibuk layan dan beri penerangan mengenai apa yang dia nak buat serta tahu, saya terperasan anaknya yang seorang ini berdiri di atas meja. Saya secara spontannya cakap:
"Adik, turun adik. Nanti jatuh kang?"
Budak itu terus turun dan terus menangis meraung-raung. Saya cuma tegur je. Bukan buat apa-apa pun. Menjerit pun tak. Tapi, dah menangis meraung-raung. Korang nak tahu jantina budak tu? Budak itu berjantina LELAKI.
Mesti korang akan cakap,
"Ala... Biasalah la tu. Budak-budak"
Betul cakap korang tapi kalau kena tegur pun dah menangis meraung. Macam mana la kalau dihukum. Menangis meraung guling-guling kot? Hehehe. Saya perasan budak-budak sekarang memang sangat manja. Tak macam saya kecil-kecil dulu, emak dan bapa saya didik saya dengan kasih sayang berselang seli dengan tali pinggang (Bila buat salah la).
Saya bukan nak suruh dibalun dengan tali pinggang ataupun apa-apa benda pembalunan. Cuma janganlah kena tegur, terus menangis meraung macam saya pula nak makan dia. Nanti dah besar, manja sangat sampai tak boleh ditegur.
p/s : Saya belum ada anak lagi tapi saya ada adik dan saya ada bapa yang tak pernah ada semasa saya membesar. Saya anak sulung dan hampir semua keputusan di atas bahu saya.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka


