Suatu ketika dulu, sebelum lagu-lagu Korea menjadi kegilaan remaja sekarang, saya antara orang yang minat dengar lagu Korea. Antara artis dan kumpulan Korea yang saya minat dulu ialah BoA dan Baby Vox. Pada masa itu, memang ada kegilaan Korea juga tapi cuma orang gila layan drama Korea seperti Full House, My Girl dan so on.
Kawan-kawan saya pada masa itu anggap saya ini pelik dan tak betul. Yalah, orang lain dengar lagu Melayu dan English tapi saya dengar lagu Korea. Ada yang pandang sinis kepada saya sebab saya lain daripada dorang.
Macam mana saya boleh ter'minat' dengan lagu Korea pada masa itu?
Pada suatu hari yang aman dan dingin kot, saya tengah buka Youtube dan secara tak sengaja saya terbuka lagu Korea daripada BoA. Masa itu, saya layan je sebab BoA ini pandai menari. Saya suka tengok orang menari. Group menari yang saya paling minat dulu adalah sudah semestinya N'sync. Hehehe.
Lepas itu, terus saya tertarik. Dahlah pandai menari. Suara pun sedap. Korang nak dengar dan tengok BoA menyanyi dan menari, korang pergi cari kat Youtube.
Korang tengok sekarang. Lagu-lagu Korea dah makin naik dan 'menyerang' hampir semua Negara. Ada yang siap buat group ala-ala group Korea lagi. Blog-blog yang minat dengan artis Korea pun dihias seperti ke'Korea'an. Padahal, masa saya dulu, tak ramai yang tahu tentang lagu-lagu Korea apatah lagi nak ikut trend dorang seperti waktu sekarang.
Sekarang saya masih minat lagu Korea lagi ke?
Minat sikit-sikit saja. Taklah sampai fanatik sangat. Setakat dengar kat radio atau tengok kat Astro je. Hehehe.
Korang rasa kenapa lagu Korea yang kita tak faham sepatah pun ini berjaya naik di luar dari Negara dorang? Padahal bukan dorang tanslate pun tapi dinyanyikan dalam bahasa Korea sendiri.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka