Suatu ketika dulu, ada beberapa blogger beritahu saya yang cara penulisan saya agak skema dan menggunakan bahasa baku. Saya tahu dan saya sedar tentang perkara ini. Tapi saya tetap teruskan.
"Kenapa?"
Saya tahu sekarang ini memang orang suka baca blog yang boleh ditulis secara santai dan kadang-kadang menggunakan bahasa rojak. Saya pun ada juga guna bahasa rojak tapi saya nak kurangkan. Saya kalau boleh nak lebihkan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Saya nak jadikan blog saya ini santai tapi pada masa yang sama mengekalkan keindahan bahasa Melayu kita sendiri.
"Tak kisah orang cakap blog ini blog skema ke?"
Saya rasa kalau ramai orang cakap begitu, ada juga kebaikannya. Mungkin orang kenal blog saya dengan cara itu. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Tapi, kita boleh buat terbaik dan menggunakan gaya kita sendiri semasa menulis blog. Meniru cara menulis orang lain bukan tak bagus. Tapi meniru dan olah semula cara penulisan mereka serta jadikan cara penulisan itu milik kita.
Ini adalah gaya penulisan saya. Memang agak skema sikit dan saya mengaku. Hehehe.
Korang rasa gaya penulisan korang macam mana pula?
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka