KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, June 16, 2011

KOMEN "SAMPAH" PADA ENTRY SAYA...

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Pagi ini bangun je pagi terus layan blogging. Saya kira dah jadi gila blogging la plak. Huhu... Tengok Dashboard ada 1 Comment belum moderated lagi. Teruja la sebab ada orang sudi komen entry saya.  Bila buka je, terus saya rasa terkilan.


simple je komen dia... "sampah". Ini dalam entry "Ini Abang Ben Punya Pasal La ...".  Saya hairan sebab entry memang tajuk macam tu dan isi dia pun berkaitan.  Sebab abang Ben la saya dapat ramai kawan blogger baru dan tak menang tangan nak reply komen.  So, saya pun hairan sebab saya bukanlah seorang blogger yang feymes pun. Blogger kecil kecilan je.

Saya tak mahu la gaduh-gaduh sebab saya dah seronok berblogging ni.  Bukan saya tulis benda yang mengaibkan orang. Saya cuma berterima kasih pada abang Ben sebab buat Game yang menaikkan lagi blog saya. Kenapa perlu kutuk? Kalau bergurau, ada tempatnya, ada caranya.

Saya pun masih bertatih lagi dalam dunia blogger ni.  Walaupun dah berblogging selama beberapa tahun.  Saya respect semua blogger dalam dunia blogger tak kira yang tua ataupun muda, yang otai ataupun newbie.  Harap dapat wujudkan satu komuniti yang harmoni.

Kepada yang berkenaan, kalau tak suka apa yang saya tulis dalam blog saya, mungkin boleh bagi komen yang positif dan membina, bukan menjatuhkan blogger lain.  Lagi senang, tak payah komen langsung.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

13 comments:

  1. ishhh,ape la diorang ni...
    sy pon selalu kene jgk,tapi rilex je.buat bodo...x bole lyn sgt diorang ni...

    mybe jeles sbb ben ashaari famous kott...entah laa

    ape kate join segmen kat blog sy lak...insyallah,xde org nak kritik2

    ReplyDelete
  2. azrijohan: terkilan je. sebab tak sangka sampai mcm tu skali diorang nak jatuhkan orang..apa salah abang ben tu?

    Insya Allah saya join k? huhu..

    ReplyDelete
  3. sptutnya bgila komen yg bernas.. mcm mna nk maju klau asyk dengan pemikran cetek... neway, chill bro, janganlah tergugat dengan komen sebegitu :)

    ReplyDelete
  4. Radsmil : takpela..manusia ni macam2 ragam..huhu..

    ReplyDelete
  5. lempang sampai kepala dia pusing-pusing..hahaha..kuang ajar itu org, tak profesional langsung..sabar ye ! dugaan dunia.. :)

    ReplyDelete
  6. smlm sy bru kena..si anon dtg..

    first time lak tu!! sbr jela..

    nk kata kt ni blogger xtahu malu.gler ke pe!

    ReplyDelete
  7. Fee Hafeezah : haha..tak nak la lempang..tak baik..

    nusha: sama la kita..

    ReplyDelete
  8. jangan risau..dia memang mcm tu..hehe

    ReplyDelete
  9. jenis orang mcm tue biar jer bro..

    kita berusaha nak banyakkan kenalan, rapatkan silaturrahim.. tue pun kena bantai.. tak kisah nak baca N3 sebab bila2 pun boleh baca, yang penting kita kenal2 dulu..

    cantek kan bro.. target tak sampai bro.. tapi best ramai kenalan maya..

    hahah..

    ReplyDelete
  10. sang pecinta: haha..hairan sebab dalam dunia blogging ni ada orang dengki..kalau saya feymes, takpela. saya ni bukan feymes pun..huhu..

    ReplyDelete
  11. jgn di layan sgt org mcm ne.. :)

    ReplyDelete
  12. Aida Omar : tak layan pun..muahaha..saya rasa ini taktik untuk dapatkan follower ke blog dia..huhu..

    ReplyDelete